Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kinta Perak "Kusik"

  • Home
  • Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kinta Perak "Kusik"

Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kinta Perak "Kusik" KELAB USAHAWAN SAHABAT IKHTIAR KINTA PERAK (KUSIK)
Cawangan Kinta Tambun

Alhamdulillah Ya Allah… dengan izin dan kasih sayang-Nya, Majlis Sentuhan Kasih Syawal dan Jalinan Mesra Aidilfitri yang...
25/04/2026

Alhamdulillah Ya Allah… dengan izin dan kasih sayang-Nya, Majlis Sentuhan Kasih Syawal dan Jalinan Mesra Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kinta, Perak (KUSIK) bersama Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) pada 16 April 2026 telah berlangsung dengan begitu indah dan penuh makna, bertempat di De Bois Cafe, Jalan Gopeng.

Di sebalik setiap langkah yang diatur, setiap tangan yang dihulur, dan setiap senyuman yang terukir… terselit nilai kasih sayang, keikhlasan dan ukhuwah yang tidak ternilai harganya. Majlis ini bukan sekadar pertemuan, tetapi menjadi saksi kepada eratnya hubungan persahabatan yang dibina atas dasar kepercayaan dan kebersamaan.

Ada tawa yang dikongsi, ada cerita yang disulam, dan mungkin juga ada hati yang disentuh tanpa kita sedari. Inilah indahnya silaturahim… ia hadir dengan rasa yang sukar diungkapkan, tetapi cukup untuk menghangatkan jiwa dan menguatkan ikatan antara kita.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir, memberi sokongan dan menyumbang tenaga serta masa dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya setiap usaha kalian amat bermakna dan akan sentiasa dikenang.

Semoga apa yang terjalin ini terus subur dan mekar, bukan hanya di Syawal ini, tetapi untuk selama-lamanya. Moga Allah SWT terus merahmati setiap langkah kita dan mempertemukan kita lagi dalam majlis-majlis yang penuh keberkatan dan kasih sayang.

“Kerana dalam setiap pertemuan itu, ada kasih yang dipupuk… dan dalam setiap pertemuan akan ada perpisahan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat & kasih syg Allah SWT.

13/03/2026
📌12/03/2026 ( Khamis )Alhamdulillah… syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama kel...
13/03/2026

📌12/03/2026 ( Khamis )

Alhamdulillah… syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarga KUSIK pada hari ini. 🌙

Suasana penuh kemesraan dan ukhuwah terasa begitu indah apabila dapat berkumpul dan menikmati juadah berbuka bersama-sama. Detik seperti ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan persaudaraan dan saling menguatkan antara satu sama lain.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga kebersamaan ini sentiasa diberkati Allah SWT dan hubungan yang terjalin terus kukuh dari masa ke masa.

Mudah-mudahan setiap amalan kita di bulan Ramadan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah SWT dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲✨

📌12/02/2026 (Khamis)📌8.30 pagi - 11.30 pagi📌Masjid Jamil Al-Kholidi Kg SengatAlhamdulillah Ya Allah… dengan izin dan lim...
18/02/2026

📌12/02/2026 (Khamis)
📌8.30 pagi - 11.30 pagi
📌Masjid Jamil Al-Kholidi Kg Sengat

Alhamdulillah Ya Allah… dengan izin dan limpah rahmat-Nya, Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat yang dianjurkan bersama Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kinta (KUSIK), Masjid Jamil Al-Kholidi Kg Sengat serta Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh tertib, harmoni dan keberkatan sebagaimana yang dirancang.
Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan betapa syukurnya hati ini apabila melihat saf-saf yang terisi rapi, tangan-tangan yang menadah doa dengan penuh pengharapan, serta wajah-wajah yang hadir dengan keikhlasan yang tulus. Setiap langkah menuju ke rumah Allah, setiap ayat suci yang dialunkan, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi saksi bahawa kita adalah hamba yang sentiasa bergantung harap hanya kepada-Nya. Dalam suasana yang tenang dan syahdu itu, terasa betapa indahnya ukhuwah yang terjalin atas dasar iman, kasih sayang dan persaudaraan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan KUSIK, LPS, Jawatankuasa Masjid, para jemputan serta seluruh sahabat yang telah meluangkan masa, tenaga dan hati untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Tanpa sokongan dan komitmen padu daripada semua, tidak mungkin program ini dapat direalisasikan dengan begitu lancar dan penuh makna. Setiap sumbangan sama ada besar atau kecil, zahir mahupun tersembunyi sesungguhnya amat bernilai di sisi Allah SWT.
Semoga segala doa yang dipanjatkan pada pagi ini yang penuh keberkatan itu diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga setiap hajat yang tersimpan di dalam hati diberikan jawapan yang terbaik menurut hikmah-Nya. Mudah-mudahan segala kesulitan dipermudahkan, segala usaha diberkati dengan kejayaan, dan setiap langkah perjuangan kita sentiasa dipimpin dalam rahmat serta lindungan-Nya.
Semoga pertemuan ini menjadi asbab untuk kita terus dipertemukan dalam majlis-majlis ilmu, kebajikan dan amal soleh yang lain. Moga ukhuwah yang terbina tidak terhenti setakat di sini, tetapi terus mekar dan kukuh saling menyokong ketika lemah, saling mendoakan tanpa jemu, dan saling menguatkan dalam setiap ujian yang mendatang. Kerana kita percaya, dari sahabat kepada sahabat, untuk sahabat — kita melangkah bersama demi meraih redha Ilahi.
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kebersamaan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita, melapangkan rezeki kita, menenangkan hati-hati ini, dan menghimpunkan kita kembali di dalam syurga-Nya kelak.


🤍

08/01/2026 (Khamis)Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Program Kursus Pembuatan Sabun pada hari ini. Setinggi-ti...
09/01/2026

08/01/2026 (Khamis)
Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Program Kursus Pembuatan Sabun pada hari ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh manfaat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar, Puan Saidatul Shaari @ Panggilan Mesra Kak Intan, atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta tunjuk ajar yang sangat bermanfaat dan berharga kepada semua peserta. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah dan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengurus Cawangan Kinta Tambun Puan Khairunisa Binti Abu Bakar serta barisan AJK kelab yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, dari peringkat perancangan sehinggalah ke pelaksanaannya hari ini.
Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang hadir, yang telah memberikan komitmen, sokongan dan semangat sepanjang program ini berlangsung. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkasa ahli-ahli kelab dengan ilmu dan kemahiran yang bermanfaat.
Semoga segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan urusan kita semua di masa akan datang. InsyaAllah.

31/12/2025

Selamat Tahun Baharu

Dengan penuh rasa kesyukuran, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu. Semoga tahun yang mendatang ini membawa kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, serta keberkatan dalam setiap urusan dan amanah yang dipikul.

Diharapkan segala cabaran yang telah dilalui menjadi pedoman untuk terus melangkah dengan lebih bijaksana, manakala setiap perancangan dan usaha yang dirangka diberi kelancaran serta kejayaan.

Semoga tahun baharu ini menjadi titik permulaan ke arah kemajuan yang berterusan, keharmonian dalam kehidupan, dan pencapaian yang lebih cemerlang buat kita semua.

_Bismillahirrahmanirrahim.__Assalamualaikum warahmatulahi wabarokatuh dan salam subuh Jumaat penghulu segala hari.__Sega...
26/12/2025

_Bismillahirrahmanirrahim._
_Assalamualaikum warahmatulahi wabarokatuh dan salam subuh Jumaat penghulu segala hari._
_Segala puji hanya bagi Allah. Salawat dan salam buat junjungan besar saw._

_Sungguh indah lakaran taqdir ALLAH... Dari setiap sisi...Pasti baik andai difahami..._
_Diri dapat melihat hati.. Hati melihat keAgungan ILLAHI._
_Yang salah diperbaiki..._
_Yang baik disyukuri..._ _Yang lemah dikuatkan..._
_Yang teguh maka Istiqamahlah..._
_Indahnya taqdir ALLAH..._

_Mendidik akhlak Mahmudah..Sabar.. Tawakkal.. Redha..dan Memaafkan juga Berlapang dada._
_Syukur.. Sedar diri.. Malu dan sebagainya dengan ALLAH. Dan malu itu adalah perisai orang yang beriman..._
_la hadir dari pintu Taqdir. Allahuakbar.._

Address

11A & 13A, LAPANGAN SYMPHONY BUSINESS PARK, JALAN RAJA DR. NAZRIN SHAH, 31350 IPOH, PERAK

31350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Kinta Perak "Kusik" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share