SK Permatang Pelandok Official

SK Permatang Pelandok Official Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara
DEMI SKPP
https://linktr.ee/SKPermatangPelandok

🏐 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐑𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨π₯𝐚 π“πšπ¦π©πšπ« πŒπ’π’πƒ 𝐇𝐒π₯𝐒𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”6-8 Apr - Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar sekolah y...
15/04/2026

🏐 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐑𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨π₯𝐚 π“πšπ¦π©πšπ« πŒπ’π’πƒ 𝐇𝐒π₯𝐒𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

6-8 Apr - Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar sekolah yang telah berjaya membawa pulang medal. Tahniah diucapkan kepada para pemain yang sudah berjuang sehingga ke akhirnya. Tahniah juga kepada barisan pengurus, jurulatih yang telah menyumbangkan masa dan tenaga untuk pasukan sekolah

Keputusan:
Team Lelaki - Tempat Keempat
Team Perempuan - Tempat Keempat

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 1 APR - Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026 yang telah ...
13/04/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49

1 APR - Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa PIBG sesi 2025/2026 yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti demi kemenjadian anak-anak SKPP.

Tahniah diucapkan di atas pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2026/2027 yang baru. Semoga pelantikan yang baru ini dapat memberikan kerjasama dan komitmen berterusan demi kemenjadian anak-anak SK Permatang Pelandok

βœ¨πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πˆπ‡π˜π€β€™ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨17 Mac- Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, telah berlangsungn...
20/03/2026

βœ¨πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 πˆπ‡π˜π€β€™ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨

17 Mac- Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya’ Ramadan yang penuh bermakna. πŸŒ™πŸ“–

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mengimarahkan bulan penuh keberkatanβ€”dari tadarus Al-Quran, pengisian rohani, sehinggalah ke program kebajikan yang menyentuh hati.

Majlis ini menjadi simbol penutup bagi segala usaha dan amal ibadah yang telah dilaksanakan. Semoga setiap ayat yang dibaca, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap kebaikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta menjadi bekalan berharga dalam kehidupan kita.

πŸ’« Semoga semangat Ramadan terus mekar dalam diri kita walaupun bulan mulia ini telah berlalu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.




π–π€π“πˆπŠπ€π‡ ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π ππ„πŒπˆπŒππˆπ πŒπ”πƒπ€ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”9 Feb - Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pimpin murid yang telah di...
12/02/2026

π–π€π“πˆπŠπ€π‡ ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π ππ„πŒπˆπŒππˆπ πŒπ”πƒπ€ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

9 Feb - Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pimpin murid yang telah dilantik bagi sesi 2026. Semoga amanah yang diberikan dipikul dengan penuh tanggungjawab, integriti dan dedikasi demi kecemerlangan sekolah tercinta.
Teruslah memimpin dengan teladan, khidmat dengan hati dan menyumbang dengan bakti.

✨ 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐑𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 πƒπžπ¬πš πŸπŸŽπŸπŸ” ✨Sekolah Kebangsaan Permatang Pelandok16 Jan - Kejohanan Merentas Desa 2026 telah berlang...
18/01/2026

✨ 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐑𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 πƒπžπ¬πš πŸπŸŽπŸπŸ” ✨
Sekolah Kebangsaan Permatang Pelandok

16 Jan - Kejohanan Merentas Desa 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan kesungguhan. Setiap langkah yang dihayun melambangkan ketahanan diri, disiplin serta semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Program ini bukan sekadar acara sukan, malah menjadi medium membina sahsiah, jati diri dan kesihatan fizikal murid secara menyeluruh.
Sorakan, sokongan dan kebersamaan warga sekolah menjadikan kejohanan ini lebih bermakna dan bererti.

Semoga aktiviti seumpama ini terus menyemai gaya hidup sihat serta melahirkan generasi yang cergas, berdaya saing dan berakhlak mulia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa 2026.

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒΏβœ¨

πŸŽ’βœ¨ 12JAN | HELLO SEKOLAH! | SESI 2026 βœ¨πŸŽ’Pagi ni sekolah kembali meriah πŸŽ‰Ada yang datang sambil berlari πŸƒβ€β™‚οΈ,ada yang mas...
12/01/2026

πŸŽ’βœ¨ 12JAN | HELLO SEKOLAH! | SESI 2026 βœ¨πŸŽ’

Pagi ni sekolah kembali meriah πŸŽ‰
Ada yang datang sambil berlari πŸƒβ€β™‚οΈ,
ada yang masih mamai 😴,
ada yang senyum lebar jumpa kawan lama πŸ˜„,
dan ada juga yang pegang beg lebih besar daripada badan πŸ€­πŸŽ’

Riuh rendah suara, gelak tawa dan pelbagai gelagat comel inilah yang buat sekolah rasa hidup semula πŸ’•
Di sinilah tempat belajar, bermain, berkawan πŸ‘―β€β™‚οΈ, buat silap, cuba lagi dan terus jadi hebat sedikit demi sedikit 🌈✨

Sesi 2026 bermula!
Jom cipta kenangan manis, kumpul ilmu πŸ“š, bina keyakinan πŸ’ͺ dan kejar impian tanpa henti πŸš€

Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah, anak-anak hebat!
Semoga tahun ini penuh senyuman, semangat dan cerita indah πŸ˜†β€οΈ

Hello 2026! πŸ‘‹πŸŽ‰Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah!Ya Allah, jadikanlah sesi ini penuh keberkatan, ilmu yang be...
11/01/2026

Hello 2026! πŸ‘‹πŸŽ‰
Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah!
Ya Allah, jadikanlah sesi ini penuh keberkatan, ilmu yang bermanfaat dan kejayaan berterusan πŸ€²πŸ’«
Ayuh kita belajar dengan gembira, berusaha dengan sepenuh hati dan berjaya bersama-sama! πŸ’₯πŸ“š

𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑨𝑷𝑹𝑬𝑺𝑰𝑨𝑺𝑰 𝑲𝑬𝑴𝑬𝑡𝑱𝑨𝑫𝑰𝑨𝑡 𝑴𝑼𝑹𝑰𝑫 (𝑴𝑨𝑲𝑬𝑴) 202510 DIS - Hari ini menjadi saksi kepada usaha gigih, semangat tidak pernah...
11/12/2025

𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑨𝑷𝑹𝑬𝑺𝑰𝑨𝑺𝑰 𝑲𝑬𝑴𝑬𝑡𝑱𝑨𝑫𝑰𝑨𝑡 𝑴𝑼𝑹𝑰𝑫 (𝑴𝑨𝑲𝑬𝑴) 2025

10 DIS - Hari ini menjadi saksi kepada usaha gigih, semangat tidak pernah menyerah, serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para murid sepanjang tahun. Majlis ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi juga pengiktirafan terhadap potensi dan perkembangan holistik setiap individu yang telah berusaha meningkatkan sahsiah, akademik, kokurikulum dan kepimpinan.

Kejayaan hari ini adalah hasil sokongan padu daripada guru-guru yang berdedikasi, ibu bapa yang tidak pernah jemu memberi dorongan serta rakan-rakan yang saling menguatkan.

Gambar2 boleh diakses

https://photos.app.goo.gl/1xkf795gBPkZVAdJ6


ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ„π‹π€ππŽπ‘π€π 𝐏𝐁𝐃 π€πŠπ‡πˆπ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“29 NOV - Telah berlangsung Hari Interaksi dan Penyerahan Slip PBD bersama ibu b...
01/12/2025

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ„π‹π€ππŽπ‘π€π 𝐏𝐁𝐃 π€πŠπ‡πˆπ‘ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

29 NOV - Telah berlangsung Hari Interaksi dan Penyerahan Slip PBD bersama ibu bapa dan penjaga. Terima kasih diucapkan kepada ibubapa dan penjaga yang hadir dan sudi meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan semasa pembelajaran dan kemenjadian anak mereka. Anak hebat lahir dari sokongan bersama.

Serba sedikit gambar yang sempat diambil sekitar penyerahan pelaporan. Seluruh warga SKPP merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat.


𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π πŠπŽπŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ (π€πŠπŠ) πŸπŸŽπŸπŸ“17 Nov - Kejayaan demi kejayaan yang dicapai SK Permatang Pelandok sekali l...
19/11/2025

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π πŠπŽπŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ (π€πŠπŠ) πŸπŸŽπŸπŸ“

17 Nov - Kejayaan demi kejayaan yang dicapai SK Permatang Pelandok sekali lagi telah dicalonkan memasuki dalam pertandingan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum (AKK) untuk tahun 2025 bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Penilaian telah dijalankan oleh para penilai. Semoga SK Permatang Pelandok memenangi dalam anugerah tahun ini. Sama-sama kita doakan kejayaan sekolah.

Address

Permatang Pelandok, Chenderong Balai
Perak
36600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Permatang Pelandok Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share