07/12/2023
Belajar silat memanglah tidak menjamin kita dari menjadi mangsa jenayah , Tapi statistik membuktikan bahawa mereka yang tidak mempelajari silat mahupun seni beladiri lainnya, menerima kesan negatif yang lebih besar jika menjadi mangsa2² jenayah di negara kita .
Contoh jenayah berat yang sering berlaku di negara kita adalah rogol, ragut, rompak, samun, bunuh dan lain². Mempelajari silat secara tak langsung melatih kita untuk menghadapi situasi² bahaya jenayah dengan mempertahankan diri dan melarikan diri dari menjadi mangsa.
Sekurang²nya kalau kalian mempunyai seni pertahankan diri, Boleh lah melawan dan mencegah dari dirogol dan diragut. Mempelajari silat menambah disiplin pada setiap seseorang, Serta dapat membantu menghindarkan dari segala penularan gejala negatif seperti dadah, seks bebas, vandalisme dan sebagainya.
Masalah generasi kita sekarang ni, Bila ada orang berkongsi ilmu pertahankan diri , Mulalah keluar komen "Kalau hebat sangat masuklah MMA", Dan yang paling kerap saya jumpa adalah komen yang ni "Buat apa nak belajar silat , Senjata Api kan ada." - "Zaman sekarang orang pakai pistol bro."
Masalahnya yang bercakap tu ada pistol ke Haha, Dan mempelajari ilmu silat ni bukan semata² untuk masuk MMA, Orang mempelajari silat untuk pertahankan diri , keluarga dan menolong orang awam. Lagi satu perang akhir zaman dah tak pakai senjata api, Sebab tu Rasulullah S.A.W menuntut kita untuk belajar berpedang, memanah, berkuda dan berenang.
Kalau betul ikut sunnah, Kenapa tak belajar ilmu pertahankan diri ? Rasullullah S.A.W bukan sekadar menyampaikan ilmu agama, Tapi baginda juga handal dalam seni pertahankan diri, Bergusti , Berpedang dan Berkuda. Kalau umat islam dizaman Rasulullah S.A.W tak belajar ilmu pertahankan diri, Siapa yang nak pergi berperang pertahankan agama ?
Makanya, Kalau betul² nak pertahankan agama, Belajarlah ilmu pertahankan diri , Tambah p**a kita sekarang dah berada di akhir zaman. Bila² masa perang tercetus. Jangan ingat senjata api dan pedang saja sebagai senjata, Anggota tubuh badan kita juga boleh jadi senjata yang boleh membunuh.
Kita takkan dapat menikmati agama islam dan keharmonian hari ini, Kalau bukan kerana datuk nenek moyang kita yang pertahankan agama, bangsa dan tanah air. Mereka sanggup berjuang bermatian agar agama cucu cicit mereka kekal sebagai islam. Kebanyakan generasi kita hari ini tak reti menghargai pengorbanan nenek moyang kita dulu.
Tuntulah ilmu agama , ilmu pertahanan diri, ilmu sejarah dan ilmu yang bermanfaat.