07/05/2026
Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Cawangan Mccalum, Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 1 Mei yang lalu bertempat di Dewan MPKK Taman Brown.
Mesyuarat ini turut diserikan dengan kehadiran:
YDP Majlis Belia Daerah Timur Laut, Saudara Ong Choon Keat;
Wakil Negeri, Saudara Siranjeev Ram;
Pegawai Pengurus Kebangsaan dan Setiausaha Agung MIYC Kebangsaan merangkap Pengerusi Majlis Belia India Pulau Pinang, Saudara Janarthanan Velliathum.
Seramai 20 orang ahli telah hadir secara fizikal bagi menjayakan mesyuarat ini.
MIYC Mccalum komited dan bersemangat untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta lebih banyak pencapaian sepanjang sesi 2026/2027 dengan sokongan dan kerjasama semua pihak.
#20262027