Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO

Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman (PAYO) merupakan sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Mei 2025.

PAYO berperanan sebagai penggerak komuniti merentas generasi di Pulau Aman.

Perjumpaan & lawatan tapak AJK Perubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman bersama kontraktor bagi perancangan pembinaan st...
14/12/2025

Perjumpaan & lawatan tapak AJK Perubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman bersama kontraktor bagi perancangan pembinaan stor kayak & ruang simpanan.

Langkah kecil, tapi besar maknanya untuk keselesaan operasi, keselamatan peralatan dan kelancaran aktiviti akan datang.

Terima kasih ICU, Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, USM atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Bantuan ini menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah dan memperkukuhkan gerak kerjaya PAYO demi manfaat bersama.

๐—–๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐— ๐—ข๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ @ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—”๐— ๐—”๐—กPulau Aman sekali lagi menjadi lokasi penuh inspirasi bagi program Creative M...
08/11/2025

๐—–๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐— ๐—ข๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—›๐—ฌ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ @ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—”๐— ๐—”๐—ก

Pulau Aman sekali lagi menjadi lokasi penuh inspirasi bagi program Creative Mobilegraphy Workshop pada 7-8 November 2025.

AJK Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO turut serta bukan sekadar sebagai peserta, malah turut membantu sebagai sekretariat program.

Program sepanjang dua hari, peserta didedahkan dengan teknik asas fotografi menggunakan telefon pintar, manual exposure hingga ke komposisi dan post-processing guna aplikasi seperti Lightroom & Snapseed.

Lebih menarik, aktiviti sunset shoot di sekitar Pulau Aman membuka mata ramai tentang betapa indahnya pulau kecil ini jika dilihat dari lensa yang betul. Aktiviti di tepi pantai dan sekitar kampung menambah keunikan hasil foto yang lahir dari hati dan jiwa.

Tahniah kepada semua urusetia dan peserta atas semangat dan komitmen tinggi. Setiap gambar yang diambil bukan sekadar imej tetapi cerita tentang Pulau Aman yang indah, tenang, dan penuh makna.

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ก ๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑPULAU PINANG, 25 & 26 OKTOBER 2025 โ€“ Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPB...
28/10/2025

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ก ๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

PULAU PINANG, 25 & 26 OKTOBER 2025 โ€“ Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dengan kerjasaama Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Bengkel AI in Content Marketing bertempat di NADI Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Program bertujuan memperkasa peserta dalam penghasilan kandungan pemasaran digital berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Program dua hari ini merangkumi pelbagai sesi menarik seperti Pengenalan AI for Content Marketing, Modul ChatGPT, Bengkel Praktikal ChatGPT, serta Modul Canva Pro dan Veo 3 (AI Video).

Peserta dari kalangan Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO turut berpeluang menghasilkan kempen pemasaran lengkap dengan menggabungkan elemen teks, visual dan video berasaskan AI dalam sesi hands-on yang interaktif.

Bengkel ini menjadi platform penting dalam melahirkan pencipta kandungan pelancongan Bumiputera yang kreatif, strategik dan selari dengan kehendak pasaran digital masa kini.

Inisiatif ini juga merupakan Pelan Transformasi Pulau Aman Fasa 3 yang menyokong aspirasi Penang2030 ke arah pembangunan pelancongan yang lestari dan berimpak tinggi.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—˜๐—ž๐—ข-๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œPengerusi dan Timbalan Pengerusi PAYO berpeluang menyertai Law...
28/10/2025

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐——๐—จ๐—ž ๐—˜๐—ž๐—ข-๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PAYO berpeluang menyertai Lawatan Inspirasi Produk Eko-Pelancongan ke Pulau Langkawi, sebagai usaha memperkukuh pengetahuan dan jaringan dalam pembangunan pelancongan lestari.

Lawatan ini menjadi platform berharga untuk menimba pengalaman serta meninjau amalan terbaik dalam mengurus dan mempromosikan destinasi berasaskan alam semula jadi.

Sepanjang lawatan, peserta berpeluang berinteraksi dengan penggiat industri pelancongan tempatan, mempelajari strategi inovatif dalam memperkukuh produk komuniti, serta memahami peranan ekopelancongan dalam menjana ekonomi setempat tanpa menjejaskan kelestarian alam.

Pengalaman ini akan menjadi inspirasi buat PAYO dalam memperkasa Pulau Aman sebagai destinasi eko-pelancongan mesra Muslim, seiring matlamat Penang2030 menuju pembangunan pelancongan yang lestari, inklusif dan berdaya saing.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑTahun ini membawa makna tersendiri buat PAYO, apabila berpeluang melibatkan diri dala...
28/10/2025

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Tahun ini membawa makna tersendiri buat PAYO, apabila berpeluang melibatkan diri dalam menjayakan Program Kemerdekaan Pulau Aman 2025 buat kali pertama.

Penyertaan ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh semangat kebersamaan antara komuniti Pulau Aman dan agensi tempatan dalam meraikan bulan kemerdekaan penuh makna ini.

Alhamdulillah, PAYO turut diberi amanah sebagai penyelaras bagi segmen Wayang Pacak, satu inisiatif yang menghidupkan nostalgia tontonan filem terbuka sambil merapatkan hubungan sesama penduduk dan pelancong.

Dengan semangat โ€œMalaysia MADANIโ€, PAYO terus komited untuk menjadikan sambutan kali ini bukan sekadar perayaan, tetapi satu platform memperkukuh perpaduan, memupuk rasa cinta tanah air dan mengangkat identiti Pulau Aman sebagai komuniti harmoni yang kaya nilai warisan.

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑBuat pertama kalinya, PAYO terlibat secara rasmi dalam penganjuran Program Keme...
28/10/2025

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Buat pertama kalinya, PAYO terlibat secara rasmi dalam penganjuran Program Kemerdekaan Pulau Aman 2025, satu usaha bersama untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Mesyuarat awal telah diadakan bagi menyelaras peranan, aktiviti serta pengisian yang bakal dijayakan sepanjang program berlangsung.

Perbincangan ini turut menekankan nilai kebersamaan antara agensi, komuniti dan sukarelawan bagi memastikan setiap aktiviti bukan sahaja meriah, tetapi juga memberi impak positif kepada identiti Pulau Aman sebagai destinasi pelancongan warisan dan komuniti yang harmoni.

Dengan semangat โ€œMalaysia MADANIโ€, PAYO komited untuk memainkan peranan aktif dalam menjayakan sambutan bersejarah ini, sebagai wadah memperkukuh jati diri, mempererat silaturahim dan mengangkat semangat kemerdekaan dalam wajah baru Pulau Aman.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ - ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—๐—”๐—ž!Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO bersama komuniti P...
28/10/2025

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ - ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—๐—”๐—ž!

Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO bersama komuniti Pulau Aman berpeluang menyertai program Pencipta Kandungan Media Sosial: Viral Dengan Bijak anjuran Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan USM pada 6 Ogos 2025.

Ini merupakan satu inisiatif yang membuka ruang kepada peserta untuk mendalami strategi penghasilan kandungan digital secara kreatif dan beretika.

Melalui bimbingan dan perkongsian ilmu oleh tenaga pakar, Abu Mamu kami mempelajari teknik menghasilkan video berkualiti tinggi bagi tujuan promosi pelancongan dan pembangunan komuniti Pulau Aman.

Penyertaan ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh kehadiran digital PAYO dan masyarakat Pulau Aman, seiring matlamat menjadikan Pulau Aman sebagai destinasi pelancongan lestari di bawah agenda Penang2030.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œPertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO turut serta dalam program yang menekank...
28/10/2025

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—•๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ

Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO turut serta dalam program yang menekankan aspek kecekapan, integriti dan sistem pengurusan yang berdaya saing.

Kehadiran ini membuka ruang kepada kami untuk memperkukuh struktur organisasi dan meningkatkan keberkesanan dalam setiap gerak kerja.

Program ini memberi pendedahan mendalam tentang bagaimana sesebuah pertubuhan boleh berkembang melalui pengurusan yang tersusun, berpandukan nilai serta objektif yang jelas. Ia bukan sekadar tentang mengurus tugasan tetapi tentang membina budaya kerja yang sihat, profesional dan berkesan.

Bagi PAYO, ilmu seperti ini amat penting dalam memperkukuh hala tuju pertubuhan, terutamanya dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang cekap dan berdaya tahan. PAYO percaya pengurusan yang berkualiti adalah asas kepada impak sosial yang berpanjangan.

Langkah kecil hari ini adalah pelaburan besar untuk masa depan PAYO. Semoga setiap ilmu yang diperoleh menjadi panduan dalam menjadikan PAYO lebih sistematik, efisien dan terus memberi manfaat kepada komuniti.

๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—›๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐Ÿฏ.๐ŸฌPertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO berpeluang menyertai Boothcamp Usahawa...
27/10/2025

๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—›๐—–๐—”๐— ๐—ฃ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐— ๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐Ÿฏ.๐Ÿฌ

Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO berpeluang menyertai Boothcamp Usahawan Bumiputera 3.0.

Merupakan satu platform eksklusif yang menghimpunkan usahawan, pemimpin dan bakat muda Bumiputera dari Pulau Pinang.

Bukan sekadar hadir, tapi kami datang untuk belajar, berkongsi idea dan bina jaringan strategik yang boleh membuka lebih banyak peluang untuk komuniti Pulau Aman.

Dan menjadi rezeki buat PAYO untuk secara langsung berinteraksi dengan Tan Sri Khalid Ramli (Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang) yang sangat prihatin dan cakna dengan perkembangan Pulau Aman.

Setiap ilmu, setiap pengalaman, kami manfaatkan sebaiknya untuk pastikan anak muda di Pulau Aman agresif, inovatif dan kreatif dalam merealisasikan Pulau Aman sebagai Eco Pelancongan utama di Pulau Pinang.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅPada 22 Jun 2025, Ahad seramai 50 peserta daripada AADK SPS, NADI SPS, Persatuan Putra Malaysi...
27/10/2025

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ

Pada 22 Jun 2025, Ahad seramai 50 peserta daripada AADK SPS, NADI SPS, Persatuan Putra Malaysia serta komuniti setempat berganding bahu menjayakan gotong-royong pembersihan Pulau Aman

Inisiatif ini diterajui oleh PAYO sebagai langkah ke hadapan dalam menjadikan Pulau Aman salah satu destinasi eco-pelancongan utama di Pulau Pinang.

Bersama kita kekalkan keindahan alam, agar Pulau Aman terus โ€˜amanโ€™, bersih dan mempesonakan.

๐—ง๐—ข๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ง-๐—ž๐— Ahli jawatankuasa Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO telah menghadiri kurs...
27/10/2025

๐—ง๐—ข๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ง-๐—ž๐— 

Ahli jawatankuasa Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO telah menghadiri kursus TOT Pengusaha Pelancongan TAT-KM pada 18-19 Jun 2025 bertempat di Muzium Arkeologi Guar Kepah, Pulau Pinang.

Program anjuran Yayasan Kemajuan Sosial (YKS) Malaysia dan ThinkCity ini memberi pendedahan penting kepada peserta mengenai asas keusahawanan, aplikasi praktikal dalam industri pelancongan, serta peluang membina jaringan bersama penggiat industri.

Langkah ini menjadi sebahagian daripada usaha PAYO dalam memperkasa komuniti Pulau Aman menuju ke arah pusat eco-pelancongan unggul di Pulau Pinang.

Address

Penang Island
11010

Telephone

+60137018653

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Penggerak Anak Muda Pulau Aman - PAYO:

Share