17/09/2026
CAKNA RAKYAT DUN SELISING 2026
Karnival Cakna Rakyat Selising 2026 berlangsung meriah dengan penglibatan masyarakat setempat yang tampil mengetengahkan kreativiti masing-masing menerusi hiasan khemah bertemakan Pasar Malaya.
Program yang berlangsung di Dataran Al-Barokah, Tasek Pauh Selising itu menghimpunkan penduduk daripada pelbagai kampung yang mengambil peluang menghias khemah dengan pelbagai idea kreatif dan menarik.
Program ini dirasmikan oleh YB Datoโ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Agromakanan dan Komoditi.
Karnival anjuran Pejabat Timbalan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Selising itu turut menyediakan pelbagai acara dan aktiviti untuk masyarakat, termasuk sukaneka kanak-kanak, belia, beliawanis, dewasa dan veteran, selain pertandingan lepar jala, lepar lembing serta bidah tin.
Kemariahan program turut diserikan dengan cabutan bertuah dan jamuan rakyat yang memberi peluang kepada masyarakat DUN Selising.
Karnival Cakna Rakyat Selising 2026 bukan sahaja menjadi medan untuk masyarakat menyertai pelbagai aktiviti, malah turut memperlihatkan semangat kerjasama dan kreativiti penduduk setiap kampung dalam menjayakan program bertemakan Pasar Malaya.