09/04/2026
"Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Masjid Mukim Bukit Awang bagi tahun 2026.
Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi layanan atau hidangan.
Terima kasih juga kepada barisan jawatankuasa dan sukarelawan yang bekerja keras di belakang tabir. Semangat gotong-royong anda adalah nadi kekuatan masjid kita.
Semoga ukhuwah kita terus erat. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!"
Tarikh diadakan: 3/4/26 jumaat