Kelana Pasir Gudang

Kelana Pasir Gudang This is the part we going to expose ours Rovers Movements and Activity. Pleasure to be share with the others to create more COLOURS in SCOUT'S WORLD.

PENDAFTARAN KREW KELANA PASIR GUDANG (ARCANA ROVER) 2026 KINI DIBUKA!!!*Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan*Tarikh akhi...
07/03/2026

PENDAFTARAN KREW KELANA PASIR GUDANG (ARCANA ROVER) 2026 KINI DIBUKA!!!*

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan

*Tarikh akhir pendaftaran pada 26/2 bagi tahun 2026*

Yuran hanya *RM20* untuk sepanjang tahun, ia termasuk insurans PPM dan juga menjadi ahli Pengakap Dunia

_*Ayuh, daftarlah sekarang sbg ahli Arcana! Pelbagai program yg tlh dirancang bgi tahun 2026!*_

Utk daftar dan bayaran sila scan qr code di atas atau terus ke link ini
https://forms.gle/BUy3LkLE9HG6Lxkv5

Do follow us on!
Instagram - https://instagram.com/kelanapasirgudang
Facebook – https://www.facebook.com/arcanarovers/

For any inquiries contact https://wa.me/+60122778483 Iskandar

kbs swa wsep mop

Pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Sekolah Menengah Foon Yew Bandar Seri Alam, telah berlangsung Majlis Apresias...
15/12/2025

Pada 13 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Sekolah Menengah Foon Yew Bandar Seri Alam, telah berlangsung Majlis Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang Tahun 2025 dengan jayanya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Rizal bin Mat Said, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pemimpin serta ahli Pengakap yang telah menunjukkan komitmen dan kecemerlangan dalam perkhidmatan serta penglibatan aktif dalam gerakan Pengakap.

Majlis ini merangkumi penyampaian Tauliah Pemimpin Pengakap kepada seramai 25 orang pemimpin, Sijil Kepujian Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor (SKPPMNJ) kepada 74 orang pemimpin, serta Sijil dan Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Pengakap) kepada ahli-ahli Pengakap seperti berikut:

Pengakap Kanak-kanak: 355 orang ahli

Pengakap Muda: 41 orang ahli

Pengakap Remaja: 12 orang ahli

Pengakap Kelana: 1 orang ahli

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, para Pengetua dan Guru Besar, Jawatankuasa Penganjur Kumpulan-kumpulan Pengakap, barisan Penolong Pesuruhjaya Daerah, seluruh barisan pimpinan Pengakap, serta ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pembangunan sahsiah dan kepimpinan anak-anak Pengakap.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah serta pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam melahirkan generasi Pengakap yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Salam Pengakap ⚜

WORLD SCOUTS SCARF DAY PASIR GUDANG 2025Anjuran: Pengakap Kelana A Pasir GudangDengan Kerjasama: Persekutuan Pengakap Ma...
17/08/2025

WORLD SCOUTS SCARF DAY PASIR GUDANG 2025
Anjuran: Pengakap Kelana A Pasir Gudang
Dengan Kerjasama: Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang

📍 Lokasi: Dataran Mahkota TMIYC Pasir Gudang
📅 Tarikh: 29/8/2025
💰 Yuran Penyertaan: Rm 20
🌟 Penyertaan Terbuka: Semua lapisan umur
💬 "Once a Scout, Always a Scout"

🎯 Objektif Program
1. Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
2. Memupuk nilai perpaduan dan kerjasama.
3. Menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti pengakap secara kreatif dan inovatif.

LINK PENDAFTARAN SEPERTI BERIKUT:-
https://docs.google.com/forms/d/1KcHJ1JuMWvvaN7iP3gY2RvpLqR5xXyD4uKK2m8Buiqo/edit

PG SCOUTS MERDEKA CHALLENGE 2025Anjuran: Pengakap Kelana A Pasir GudangDengan Kerjasama: Persekutuan Pengakap Malaysia D...
10/08/2025

PG SCOUTS MERDEKA CHALLENGE 2025
Anjuran: Pengakap Kelana A Pasir Gudang
Dengan Kerjasama: Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang

📍 Lokasi: Dalam Talian
📅 Tarikh: 1 – 27 Ogos 2025
💰 Yuran Penyertaan: RM 2 / Aktiviti
🌟 Penyertaan Terbuka: Semua lapisan umur
💬 "Once a Scout, Always a Scout"

🎯 Objektif Program
1. Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
2. Memupuk nilai perpaduan dan kerjasama.
3. Menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti pengakap secara kreatif dan inovatif.

LINK PENDAFTARAN SEPERTI BERIKUT:-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdXqkHHBAl8Ya_1gZn3gRzeP7CTrUeAV0MhZ8AMjO9T1nnImA/viewform?usp=sharing&ouid=116839526735220592035

Address

Pasir Gudang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelana Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelana Pasir Gudang:

Share