16/03/2026
Pada 14 Mac 2026, Pertubuhan Ninja Malaysia berganding tenaga bersama Persatuan Permotoran Ninja Malaysia dan Syarikat Dom Furniture dalam menjayakan program edaran bubur lambuk sempena Pecutan Akhir Ramadan sekitar Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Seawal pagi, sukarelawan berkumpul di perkarangan kediaman Pengerusi NINJA Johor Darul Takzim untuk menyediakan bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada masyarakat sekitar Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Sebanyak 600 pek bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan.
Pengerusi NINJA Malaysia cawangan Johor Darul Takzim, YDH Encik Mohd Firdaus, turut turun padang bersama sukarelawan dari proses memasak hingga sesi agihan.
Walaupun sederhana, program ini mengingatkan kita bahawa Ramadan adalah tentang kebersamaan dan berkongsi rezeki dengan masyarakat.
Semoga kerjasama ini terus membawa lebih banyak manfaat kepada komuniti.
Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia
(NINJA Malaysia)