Dr Maliki Rapiee

Dr Maliki Rapiee Kini berkhidmat sebagai SUA AYC serta mantan Presiden MBM dan Pengarah IYC.

Dr Maliki merupakan anak jati Batu Pahat, Johor yang aktif memperjuangkan pembagunan belia serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik di peringkat nasional dan antarabangsa.

“RUMAH bukan lah tempat kau DILAHIRKAN, tetapi adalah tempat di mana kau DITERIMA”.  Inspirasi kisah perjuangan Melisa V...
06/08/2026

“RUMAH bukan lah tempat kau DILAHIRKAN, tetapi adalah tempat di mana kau DITERIMA”.

Inspirasi kisah perjuangan Melisa Vargas, atlet asal Cuba yang diketepikan negara sendiri sewaktu berusaha merawat kecederaan di luar negara dan akhirnya ditawarkan kewarganegaraan Turkiye.

Kini Melisa Vargas begitu cemerlang membantu pasukan Volleyball Turkiye pada peringkat dunia.

Pilih perpaduan rakyat, bukan perpaduan kuasa parti.Inilah masanya kita membuktikan rakyat peka dan punya kuasa menentuk...
23/07/2026

Pilih perpaduan rakyat, bukan perpaduan kuasa parti.

Inilah masanya kita membuktikan rakyat peka dan punya kuasa menentukan hala tuju kepimpinan, bukan mengikut percaturan pemimpin yang menggunakan sentimen auta untuk berkuasa.

Bersatu tidak prejudis, dan berjuang secara inklusif mewakili semua bangsa di Malaysia.

Bersatu menawarkan calon yang berwibawa untuk menjadi pemimpin dan menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan.

Undilah calon-calon dari Parti Bersatu!

Hadir semalam memberi sokongan kepada calon dari Bersatu yang diperkenalkan oleh Presiden YB TS Muhyiddin Yassin.24 DUN ...
18/07/2026

Hadir semalam memberi sokongan kepada calon dari Bersatu yang diperkenalkan oleh Presiden YB TS Muhyiddin Yassin.

24 DUN akan ditandingi Bersatu membuktikan Iltizam kami untuk menawarkan calon pemimpin dan menjadi kerajaan berwibawa kepada rakyat Negeri Sembilan.

Kami bukan hanya sekadar pelengkap, kami datang membawa maruah dan prinsip integriti kepada rakyat. Penyatuan dan kestabilan yang unggul hanya akan datang dengan matlamat yang jelas dan tidak memilih. Rakyatlah yang berhak menentukannya..


17/07/2026

Saya kesal dengan tohmahan Tan Sri Annuar Musa terhadap BERSATU.

BERSATU tidak mufarakah (berpisah) secara sukarela dari Perikatan Nasional.

BERSATU yang mengasaskan Perikatan Nasional dan BERSATU masih parti anggota Perikatan Nasional yang sah.

Tetapi hak-hak BERSATU sebagai parti anggota dan parti pengasas Perikatan Nasional telah dinafikan.

Rundingan kerusi pilihan raya dengan BERSATU tidak diteruskan. Malah ia sengaja dihentikan dengan alasan yang tidak munasabah.

BERSATU juga tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang memuktamadkan pembahagian kerusi parti-parti anggota Perikatan Nasional.

Jadi, mengapa BERSATU dituduh bertindak mendahului keputusan mesyuarat jika mesyuaratpun tidak dijemput?

Mengenai rundingan dengan BN, Pengerusi Perikatan Nasional mengakui beliau memberi kebenaran rundingan dijalankan.

Saya tidak mempersoalkan rundingan. Soalnya ia melibatkan perkara dasar yang sepatutnya dibawa ke Majlis Tertinggi Perikatan Nasional terlebih dahulu.

Sebaliknya, rundingan dibuat tanpa melibatkan semua parti anggota dan tanpa mandat Majlis Tertinggi. Setelah keputusan mengenai kerjasama dibuat barulah dibawa ke Majlis Tertinggi. Ini cara yang songsang.

Sepanjang saya memimpin Perikatan Nasional selama lima tahun saya tidak pernah mengenepikan mana-mana parti anggota dalam proses membuat keputusan Perikatan Nasional, termasuk hal-hal dasar parti dan pembahagian kerusi pilihan raya.

Mesyuarat dan rundingan melibatkan semua parti dan setiap keputusan dibuat secara teratur.

Hari ini, segalanya telah berkecamuk.

Tuduhan Tan Sri Annuar Musa kononnya BERSATU menghalang penyatuan Melayu adalah amat tidak bertanggungjawab.

Saya menubuhkan BERSATU sebagai sebuah parti pribumi Melayu dan perjuangan saya untuk penyatuan Melayu tidak pernah padam.

Malah, pada peringkat awal penubuhan Perikatan Nasional, saya menggagaskan Perikatan Nasional sebagai parti induk yang menggabungkan parti-parti Melayu termasuk UMNO serta parti-parti pelbagai kaum yang lain.

Namun, UMNO menolak untuk menyertai Perikatan Nasional. Malah UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Hanya ahli-ahli Parlimen UMNO sahaja yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO kemudiannya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional, iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan parti Melayu.

Hari ini mereka sedang melakukan perkara yang sama kepada Kerajaan Perpaduan yang mereka sendiri tubuhkan bersama-sama Pakatan Harapan.

Oleh kerana Perikatan Nasional yang dipimpin oleh PAS mahu mewujudkan gabungan dengan UMNO, yang masih mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan termasuk DAP, PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU dan parti Melayu yang saya pimpin ini diketepikan oleh Perikatan Nasional.

Ini bukanlah penyatuan Melayu yang sebenar. Ini hanyalah penjajaran semula kuasa politik.

Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Perikatan Nasional.

BERSATU tidak akan menoleh ke belakang lagi. Parti ini akan terus berdiri dan mara ke hadapan menjulang panji-panji perjuangannya demi Malaysia dan seluruh rakyatnya.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

17 Julai 2026

TERIMA KASIH WARGA PARIT RAJA! Dari lubuk hati yang paling dalam, saya menzahirkan penghargaan tidak terhingga atas kepe...
13/07/2026

TERIMA KASIH WARGA PARIT RAJA!

Dari lubuk hati yang paling dalam, saya menzahirkan penghargaan tidak terhingga atas kepercayaan, sokongan, dan doa anda sepanjang perjalanan ini.

Apa jua keputusan, kasih dan tanggungjawab saya kepada Parit Raja tetap kekal. Saya akan terus berdiri di sini, berkhidmat dengan penuh keikhlasan, dan sentiasa bersedia membantu demi kesejahteraan komuniti kita yang Bersih, Stabil, dan Prihatin.

Terima kasih atas kebersamaan ini!

12/07/2026

Selamat pulang ke tempat masing-masing buat Bangsa Johor yang merantau di luar. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

TERIMA KASIH WARGA PARIT RAJA! 💙Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pengundi dan warga...
11/07/2026

TERIMA KASIH WARGA PARIT RAJA! 💙

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pengundi dan warga N22 Parit Raja yang telah menunaikan tanggungjawab demi masa depan kawasan kita.

Setiap sokongan, undi, dan kepercayaan yang diberikan amat bermakna.

Bersama kita terus melangkah ke hadapan.


Address

LC133-09 Jalan Cempaka Biru 1, Taman Bunga Cempaka, Batu Pahat
Parit Raja
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Maliki Rapiee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share