Mahasiswa Parlimen Kuala Krau

  • Home
  • Mahasiswa Parlimen Kuala Krau

Mahasiswa Parlimen Kuala Krau MAHASISWA KUALA KRAU SOLID 🔥

06/03/2026

*INISIATIF MAKMUR PAHANG KLUSTER SISWA 2026*

Permohonan kini dibuka kepada mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi

⏰ Tarikh tutup: 30 Jun 2026

🔗 Maklumat lanjut & permohonan: esiswa.pahang.gov.my

(Sila rujuk poster untuk syarat kelayakan)

_MAJLIS TERTINGGI JAWATANKUASA_
_MAHASISWA BAHAGIAN KUALA KRAU_
_SESI 2025/2026_

Ikuti berita dan maklumat hebahan MTMKK di:
Instagram: siswa_kualakrau
Facebook: Mahasiswa Parlimen Kuala Krau




🌟“Pahang Terus Unggul! Kejayaan Berganda Demi Rakyat!”🌟📈 Pahang kini mencipta sejarah luar biasa! Dari hasil negeri seba...
22/10/2025

🌟“Pahang Terus Unggul! Kejayaan Berganda Demi Rakyat!”🌟

📈 Pahang kini mencipta sejarah luar biasa! Dari hasil negeri sebanyak RM434.3 juta pada tahun 2018, kini meningkat kepada RM1.199 bilion pada tahun 2025 — satu lonjakan 174.9%, tertinggi di Malaysia! 🏆🔥
Di bawah kepimpinan yang berwawasan, Kerajaan Negeri Pahang terus membuktikan komitmen untuk memajukan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat.

Antara inisiatif yang membawa manfaat besar kepada rakyat termasuklah:
💼 Bantuan Pendidikan & Biasiswa Anak Pahang
🏫 Inisiatif Pahang Prihatin bagi mahasiswa luar negeri
🏠 Program perumahan mampu milik untuk belia
🌳 Pembangunan lestari & pelaburan hijau bagi menjamin masa depan generasi muda
💡 Peluang pekerjaan baharu hasil pertumbuhan ekonomi yang pesat

💬 “Kejayaan ini bukan sekadar angka, tapi bukti bahawa PAHANG TERUS MAJU DEMI RAKYAT!”

Selesai Agihan Inisiatif Makmur Pahang (IMP) – DUN KerdauAlhamdulillah, seramai 146 mahasiswa menerima bantuan IMP yang ...
21/09/2025

Selesai Agihan Inisiatif Makmur Pahang (IMP) – DUN Kerdau

Alhamdulillah, seramai 146 mahasiswa menerima bantuan IMP yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Terima kasih kepada semua penerima yang hadir bersama ibu bapa atau penjaga. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan kos sara hidup sepanjang pengajian.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail (Tokwan) atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada mahasiswa. Sumbangan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus cemerlang dalam pelajaran.

Jom Smash ! Santai Badminton Mahasiswa Kuala Krau  🏸Program anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kuala Krau telah berjaya ...
15/09/2025

Jom Smash ! Santai Badminton Mahasiswa Kuala Krau 🏸

Program anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa Kuala Krau telah berjaya menghimpunkan seramai 50 mahasiswa DUN Jengka dalam satu suasana penuh semangat kesukanan dan ukhuwah. Setinggi-tinggi penghargaan buat YH Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Penyelaras DUN Jengka merangkap Pengerusi YPM atas tajaan dan sokongan padu yang membolehkan program ini direalisasikan dengan jayanya.

Semoga usaha sebegini terus menyemarakkan semangat mahasiswa untuk aktif dalam bidang sukan, kepimpinan dan kebersamaan.

AlhamdulillahInisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 – Kluster Siswa diteruskan bersama YH  yang mewakili YAB Dato’ Sri Diraj...
10/09/2025

Alhamdulillah
Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 – Kluster Siswa diteruskan bersama YH yang mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di:

📍 Bandar Pusat Jengka – 227 penerima

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap mahasiswa. Usaha ini membuktikan bahawa kemakmuran negeri sentiasa dikongsi bersama rakyat, khususnya golongan muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Masih diteruskan lagi dengan Pengagihan Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 Kluster Siswa  bersama YH  mewakili YAB Dato’...
09/09/2025

Masih diteruskan lagi dengan Pengagihan Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 Kluster Siswa bersama YH mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di:

📍 PDM Jengka 11– 70 penerima

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YAB Tokwan atas keprihatinan berterusan dalam menjaga kebajikan mahasiswa.

Hari ini Majlis Tertinggi Mahasiswa Parlimen Kuala Krau bersama YH   mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Is...
06/09/2025

Hari ini Majlis Tertinggi Mahasiswa Parlimen Kuala Krau bersama YH mewakili YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah melaksanakan pengagihan Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 – Kluster Siswa di:

📍 PDM Jengka 18 – 24 penerima
📍 PDM Jengka 19 – 27 penerima

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YAB Tokwan atas keprihatinan berterusan dalam menjaga kebajikan mahasiswa.

Ucapan terima kasih juga buat YH yang sudi turun padang mewakili YAB Menteri Besar Pahang serta menaja sarapan pagi bersama penerima IMP dan masyarakat Felda Dun Jengka.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada YH Dato’ Haji Wan Salman bin Wan Ismail yang turut hadir bersama pada harini menyantuni mahasiswa di dalam Dun Jengka. Alhamdulillah

Address

Jengka Sports Centre (JSC),Bandar Jengka

26400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahasiswa Parlimen Kuala Krau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share