15/08/2026
PROGRAM LATIHAN EDUSkillUP (UPSKILLING DIGITAL) BELIAWANIS DAERAH TANGKAK ANJURAN PUSAT MASYARAKAT LIVING LAB BANDAR MUAR UTHM DENGAN KERJASAMA PERSATUAN WANITA HARMONI TANGKAK
15 Ogos 2026 | Alhamdulillah Program Latihan EDUSkillUP (Upskilling Digital) Beliawanis Daerah Tangkak anjuran Pusat Masyarakat Living Lab Bandar Muar, ICRC UTHM - Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya dilaksanakan di UTHM - Kampus Pagoh.
YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Mutalib bin Leman, Provost UTHM Pagoh, telah hadir memberikan ucapan aluan serta memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran serta peningkatan kompetensi digital dalam kalangan beliawanis Daerah Tangkak.
YBrs. Puan Hajah Maimon binti Hashim, Setiausaha Persatuan Wanita Harmoni Tangkak bersama delegasi persatuan, YBrs. Encik Muhammad Hanafi bin Asril Rajo Mantari, Felo Pusat Masyarakat Living Lab Bandar Muar, merangkap Pengarah Program EDUSkillUP Beliawanis Tangkak dan Penceramah Pertama, YBrs. Prof. Madya Dr. Hamizah binti Mohd Safuan, Ketua Pusat Masyarakat Living Lab Bandar Muar, Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) UTHM, merangkap Penyelaras Program EDUSkillUP Beliawanis Tangkak, YBrs. Ts. Dr. Wan Nor Munirah binti Ariffin, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), merangkap Penceramah Kedua, YBrs. Encik Muhammad Amirul bin Razali, Pensyarah, Pusat Pengajian Diploma (PPD), merangkap Penceramah Ketiga, serta YBrs. Encik Mohamad Fazirul Rafiq bin Afandi, Pensyarah, Pusat Pengajian Diploma (PPD), merangkap Penceramah Keempat hadir menjayakan program ini.
Program EDUSkillUP ini menjadi platform pembelajaran yang memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan kemahiran digital, di samping membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk memanfaatkan teknologi dalam kehidupan seharian, pembelajaran serta pembangunan potensi diri.
Seramai 40 orang peserta juga berpeluang menggunakan kemudahan berteknologi terkini yang ada di makmal-makmal di UTHM Kampus Cawangan Pagoh iaitu Makmal Komputer SAVA dan Makmal Grafik dan Animasi PPM UTHM Pagoh - Pejabat Pengurusan Makmal UTHM Pagoh
Inisiatif ini turut memperlihatkan peranan UTHM dalam memperluas jangkauan ilmu dan kepakaran universiti kepada masyarakat melalui program pemindahan ilmu yang berorientasikan pembangunan komuniti serta pengupayaan modal insan.
Turut sama menjayakan program ialah barisan pendidik dari SMK Bukit Gambir Tangkak, Johor, urus setia program serta anak-anak peserta EDUSkillUP Beliawanis Tangkak.
Semoga pelaksanaan Program EDUSkillUP ini dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada para peserta serta menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih berkemahiran, berdaya saing dan bersedia mendepani perkembangan teknologi digital.