18/09/2022
Di setiap dari kita, masih terselit peluang untuk menjadi baik.
Tidak ada istilah terlambat untuk berubah. Tidak ada istilah tidak layak untuk menjadi baik. Tidak ada istilah tiada harapan untuk memiliki masa depan yang cerah.
Kerana setiap dari kita, ALLAH masih izinkan kita setiap hari untuk bertaubat.
Bukan menyesal tanpa apa-apa langkah berubah.
Bukan mengenang dosa tanpa rasa bersalah.
Hakikatnya semua daripada kita melakukan dosa, kesilapan, kesalahan yang kadangnya manusia tak mudah untuk terima.
Tetapi yang sentiasa mengampuni dosa kita walau sebesar mana pun, sentiasa ada.
Yakni ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Tidak pernah tertutup pintu taubat untuk hamba berdosa seperti kita semua.
Tugas kita, menyesali dan kembali kepada Dia dengan penuh harapan, agar tidak kembali jatuh ke lembah dosa.
Kita semua sama, yang membezakan cuma amalan dan taqwa.