Sahabat FAQEH USIM

Website Contact the organization

Sahabat FAQEH USIM Kelab ini ditubuhkan untuk mengenengahkan kemahiran berdakwah kepada golongan istimewa sebagai nilai tambah (value added) kepada graduan universiti. Prof.

Kelab Sahabat FAQEH@USIM dilancarkan penubuhannya pada 1 April 2015 oleh Dekan anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff. Kelab ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (juga dikenali sebagai Yayasan FAQEH) bagi menganjurkan latihan pengukuhan kemahiran berdakwah dan program-program bersama komuniti dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berdakwah terhadap golongan istimewa.

📢 HARI TONGKAT PUTIH SEDUNIA 🦯🗓️ 15 Oktober 2026Hari ini merupakan Hari Tongkat Putih Sedunia, iaitu hari untuk kita ber...
15/10/2026

📢 HARI TONGKAT PUTIH SEDUNIA 🦯

🗓️ 15 Oktober 2026
Hari ini merupakan Hari Tongkat Putih Sedunia, iaitu hari untuk kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kehidupan komuniti OKU Penglihatan.

Tongkat putih bukan sekadar alat bantuan untuk berjalan, tetapi juga membantu mereka bergerak dengan lebih yakin dan berdikari dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, tongkat putih turut menjadi simbol maruah, kebebasan dan kemampuan komuniti OKU Penglihatan untuk menjalani kehidupan secara berdikari. Penggunaannya membantu mereka mengenal pasti halangan di persekitaran serta dapat bergerak dengan lebih selamat.

Marilah kita bersama-sama belajar untuk lebih memahami, menghormati dan membantu komuniti OKU Penglihatan apabila diperlukan. Kadangkala, bantuan kecil daripada kita mampu memberi makna yang besar kepada mereka. Semoga kita semua terus menjadi masyarakat yang prihatin dan tidak meminggirkan sesiapa.
________________________________________
SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


HARI KESEDARAN DISLEKSIA SEDUNIA ❣️Hari Kesedaran Disleksia Sedunia pada 8 Oktober mengingatkan masyarakat tentang kepen...
08/10/2026

HARI KESEDARAN DISLEKSIA SEDUNIA ❣️

Hari Kesedaran Disleksia Sedunia pada 8 Oktober mengingatkan masyarakat tentang kepentingan memahami keperluan pendidikan individu disleksia. Kesukaran pembelajaran yang mereka alami tidak mencerminkan tahap kecerdasan atau menentukan sejauh mana potensi diri dapat berkembang. Kefahaman ini perlu diterjemahkan melalui usaha mengurangkan stigma serta menyediakan peluang pendidikan yang adil dan inklusif.

Nabi SAW bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”
[Riwayat Muslim 1893]

Hadis ini mengingatkan kita bahawa usaha membimbing orang lain ke arah kebaikan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Bagi individu disleksia, kesabaran pendidik dan sokongan masyarakat perlu disertai bimbingan serta kaedah pengajaran yang sesuai, termasuk dalam pendidikan agama. Marilah kita mewujudkan persekitaran pembelajaran yang peka terhadap keperluan mereka agar mereka dapat belajar dan mengembangkan potensi diri dengan yakin.
___________________________

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


📢 PENDAFTARAN KURSUS DAKWAH TANPA SUARA 2026 2.0 (KDTS 26) DITUTUPAlhamdulillah, pendaftaran Kursus Dakwah Tanpa Suara 2...
06/10/2026

📢 PENDAFTARAN KURSUS DAKWAH TANPA SUARA 2026 2.0 (KDTS 26) DITUTUP

Alhamdulillah, pendaftaran Kursus Dakwah Tanpa Suara 2026 2.0 (KDTS 26) telah ditutup.

Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Semoga pertemuan ini menjadi satu langkah untuk kita belajar, memahami dan menyampaikan dakwah dengan lebih dekat kepada komuniti OKU Pendengaran.

Nantikan makluman seterusnya daripada pihak urus setia.
_____________________________

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


1 HARI LAGI‼️‼️Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 bakal berlangsung! 🔥Jom belajar, berkongsi dan memahami dunia dakwah kepada...
06/10/2026

1 HARI LAGI‼️‼️

Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 bakal berlangsung! 🔥
Jom belajar, berkongsi dan memahami dunia dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran.

📅 Rabu, 7 Oktober 2026
⏰ 2.30 petang
📍 DKF 2.1, FPQS

Jumpa anda di sana! 🤟🏻✨

💚 HARI PALSI SEREBRUM SEDUNIA 2026 💚Hari Palsi Serebrum Sedunia meningkatkan kesedaran masyarakat tentang palsi serebrum...
06/10/2026

💚 HARI PALSI SEREBRUM SEDUNIA 2026 💚

Hari Palsi Serebrum Sedunia meningkatkan kesedaran masyarakat tentang palsi serebrum, iaitu keadaan yang menjejaskan pergerakan dan kawalan tubuh akibat gangguan perkembangan otak. Setiap individu mempunyai keupayaan dan cabaran yang berbeza serta wajar diberikan perhatian dan sokongan.💓

Nabi ﷺ bersabda:

«إِنَّمَا يَنْصُرُ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ بِضَعِيفِهَا بِدَعْوَتِهِمْ وَصَلَاتِهِمْ وَإِخْلَاصِهِمْ»

“Hanyalah Allah menolong umat ini dengan sebab orang-orang lemah mereka, iaitu dengan doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka.”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 3178)

Hadis ini mendidik umat Islam agar menghargai dan menyantuni golongan yang lemah, termasuk komuniti OKU. Doa, ibadah dan keikhlasan mereka turut menjadi sebab turunnya pertolongan Allah SWT.

Justeru, masyarakat perlu membina persekitaran yang inklusif, penyayang dan prihatin dengan memberikan ruang kepada komuniti OKU untuk menjalani kehidupan beragama serta menyumbang kepada masyarakat. 💚

_____________________________________
SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


2 HARI LAGI‼️‼️Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 bakal berlangsung! 🔥Jom belajar, berkongsi dan memahami dunia dakwah kepada...
05/10/2026

2 HARI LAGI‼️‼️

Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 bakal berlangsung! 🔥
Jom belajar, berkongsi dan memahami dunia dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran.

📅 Rabu, 7 Oktober 2026
⏰ 2.00 petang
📍 DKF 2.1, FPQS

Jumpa anda di sana! 🤟🏻✨

3 HARI LAGI‼️‼️Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 bakal berlangsung! 🔥Jom belajar, berkongsi dan memahami dunia dakwah kepada...
04/10/2026

3 HARI LAGI‼️‼️

Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 bakal berlangsung! 🔥
Jom belajar, berkongsi dan memahami dunia dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran.

📅 Rabu, 7 Oktober 2026
⏰ 2.00 petang
📍 DKF 2.1, FPQS

Jumpa anda di sana! 🤟🏻✨

Haa kenapa tu? 🫣Nantikan....
04/10/2026

Haa kenapa tu? 🫣

Nantikan....


📢KURSUS DAKWAH TANPA SUARA 2026 2.0 (KDTS 26)Mahu belajar cara menyampaikan dakwah tanpa menggunakan suara? 👀Kursus Dakw...
29/09/2026

📢KURSUS DAKWAH TANPA SUARA 2026 2.0 (KDTS 26)

Mahu belajar cara menyampaikan dakwah tanpa menggunakan suara? 👀

Kursus Dakwah Tanpa Suara 2.0 kini kembali lagi untuk siri kedua tahun ini!

Melalui KDTS 26, peserta akan didedahkan kepada kemahiran bahasa isyarat dan bahasa visual sebagai pendekatan dalam menyampaikan dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran.

Mengapa perlu sertai KDTS 26?
✨ Mempelajari asas bahasa visual dan kemahiran isyarat
✨ Memahami pendekatan dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran
✨ Berpeluang dilatih menjadi Jurubahasa Isyarat Dakwah (Da'i Pekak)
✨ Rekod e-Tullabiyah & MyTrams
✨ Sijil Kemahiran disediakan

📅 7 Oktober – 2 Disember 2026
🕑 2.30 petang – 4.30 petang
📍 DKF 2.1, FPQS, USIM

👥 Terbuka kepada:
• Mahasiswa & mahasiswi USIM
• Staf USIM
• Orang awam

⚠️ Penyertaan terhad kepada 150 peserta sahaja!

Daftar segera!

Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/pDPsgK5uj8BVoGT48

Atau imbas kod QR di poster.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Saudara Hami - https://www.wasap.my/601128608862/KDTS2.0
Saudari Nureen - https://www.wasap.my/60126859436/KDTS2.0
__________________________________
SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


Address

Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat FAQEH USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sahabat FAQEH USIM:

Shortcuts

Share