Majlis Belia Perkim Kedah

Call Website Contact the organization

Majlis Belia Perkim Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Belia Perkim Kedah, Non-Governmental Organization (NGO), PERKIM BAHAGIAN NEGERI, Negeri.

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM πŸ“’πŸŒŸ JOM SERTAI BENGKEL DAKWAH SIRI 1🌟Ingin menambah ilmu, memperkukuhkan kemahiran dakwah serta membina...
15/06/2026

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM πŸ“’

🌟 JOM SERTAI BENGKEL DAKWAH SIRI 1🌟

Ingin menambah ilmu, memperkukuhkan kemahiran dakwah serta membina jaringan ukhuwah yang bermanfaat? Anda dijemput menghadiri Bengkel Dakwah Siri 1 yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.

πŸ“… Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Hotel D'Jiwa, Pendang

βœ… Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur
🍽️ Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan

Bengkel ini merupakan platform untuk memperkukuhkan kefahaman dakwah, berkongsi pengalaman serta menyemarakkan semangat menyebarkan kebaikan dalam masyarakat.

πŸ“² Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
Azimah (017-480 9367)
Sofiah (016-3092583)

πŸ“Œ Anda boleh tekan link atau imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
πŸ‘‰πŸ» https://forms.gle/eBrJDvwBLpZESQJ58

_Tempat adalah terhad. Daftar segera dan ajak keluarga serta rakan-rakan untuk bersama dalam program yang penuh manfaat ini._

πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H πŸŒ™"Daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tet...
26/05/2026

πŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H πŸŒ™
"Daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu." (Surah Al-Hajj: 37)
Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam, terutamanya keluarga, rakan-rakan, dan para pengikut di media sosial. Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima dan diberkati oleh-Nya, serta mendidik hati kita untuk sentiasa ikhlas berkongsi rezeki.
Sambil kita menikmati juadah raya bersama keluarga, jangan lupa selitkan doa buat saudara-mara kita yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci. πŸ•‹βœ¨
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin daripada kami semua! πŸ•ŠοΈ

Selamat Menyambut Hari Guru 2026! ✨"Guru Bitara, Nadi Negara" 🍎Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah mereka adalah ar...
16/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru 2026! ✨
"Guru Bitara, Nadi Negara" 🍎
Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah mereka adalah arkitek masa depan bangsa yang membentuk peribadi, menyalakan inspirasi, dan membimbing kita menuju kejayaan. Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan dedikasi yang tidak pernah luntur demi mendidik anak bangsa.
Ikhlas daripada kami di Majlis Belia PERKIM Bahagian Negeri Kedah.

πŸ“’ JOM SERTAI TIKTOK LIVE ILMIAH & SANTAI!✨ β€œBila β€˜Fun’ Jadi Tuhan: Krisis Nilai Dalam Kalangan Anak Muda”Kupasan menarik...
13/05/2026

πŸ“’ JOM SERTAI TIKTOK LIVE ILMIAH & SANTAI!

✨ β€œBila β€˜Fun’ Jadi Tuhan: Krisis Nilai Dalam Kalangan Anak Muda”

Kupasan menarik bersama:
πŸŽ™οΈ Mualim Muda Amar (Naib Juara Mualim Muda)

πŸ—“οΈ Tarikh : 16 Mei 2026
πŸ•€ Masa : 9.30 malam
πŸ“ Platform : Secara atas talian di TikTok Live Belia

Kadang-kadang kita terlalu mengejar β€œfun” sampai lupa arah dan nilai hidup sebenar. Anak muda hari ini berdepan cabaran hiburan, media sosial dan gaya hidup yang makin mengaburkan sempadan baik dan buruk.

Jom bersama-sama dengar perkongsian santai tapi penuh pengisian ini. Jangan lepaskan peluang untuk ambil ibrah dan muhasabah diri 🀍

TAHNIAH DAN SYABAS!Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan pep...
31/03/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!
Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan peperiksaan hari ini. Kejayaan anda adalah hasil daripada usaha gigih, doa, dan kesabaran yang tidak berbelah bahagi.
Semoga keputusan ini menjadi batu loncatan untuk anda terus menggapai kecemerlangan di masa hadapan. Teruslah melangkah dengan penuh yakin!

Ikhlas daripada Majlis Belia PERKIM Kedah


Dukacita dimaklumkan mengenai kepulangan ke rahmatullah, Dato' Wira Mansor Bin Haji Ismail pada hari Selasa, 24 Mac 2026...
25/03/2026

Dukacita dimaklumkan mengenai kepulangan ke rahmatullah, Dato' Wira Mansor Bin Haji Ismail pada hari Selasa, 24 Mac 2026 bersamaan 5 Syawal 1447H.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

Ikhlas dari, Majlis Belia PERKIM Kedah.

Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™Majlis Belia PERKIM Kedah dengan penuh kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf ...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H πŸŒ™

Majlis Belia PERKIM Kedah dengan penuh kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam. Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia, semoga segala amalan, pengorbanan dan doa kita diterima oleh Allah SWT.

Di kesempatan Syawal yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim, memupuk perpaduan serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan kepada kita semua.

Ikhlas daripada
Majlis Belia PERKIM Kedah

12/03/2026

Jom sertai Live petang ni: 'Dimana Al-Quran Dalam Hidup Gen Z'. Kita cari jawapannya sama-sama. See you guys! ❀️


πŸ“’ BORAK SANTAI: Di Mana al-Quran Dalam Hidup Gen Z?Pernah tak kita terfikir, di mana sebenarnya al-Quran dalam kehidupan...
11/03/2026

πŸ“’ BORAK SANTAI: Di Mana al-Quran Dalam Hidup Gen Z?

Pernah tak kita terfikir, di mana sebenarnya al-Quran dalam kehidupan Gen Z hari ini? πŸ€”

Jom sertai sesi Borak Santai bersama panel jemputan Ahmad Pirdaus bin Saifullah , dengan moderator Akmal Hakimi bin Suhardi untuk kupas isu ini secara santai tetapi penuh makna.

πŸ—“ Tarikh : 12 Mac 2026
⏰ Masa :5.00 PM – 7.00 PM

πŸ“± Saksikan secara LIVE di Instagram :
πŸŽ₯
πŸŽ₯ .official

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama dengar perkongsian menarik dan refleksi buat kita sebagai generasi muda.

Save tarikh, set reminder, dan jumpa anda di LIVE nanti! ✨

Salam Nuzul Quran πŸŒ™Peristiwa Nuzul Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukansekadar kitab untuk dibaca, tetapi petun...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran πŸŒ™

Peristiwa Nuzul Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukansekadar kitab untuk dibaca, tetapi petunjuk hidup yang membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya.

Semoga Ramadan ini mendekatkan hati kita dengan Al-Quran β€” bukan hanya pada lisan yang membaca, tetapi juga pada hati yang memahami dan kehidupan yang mengamalkannya.

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mempelajari Al-Quran dan menyampaikannya kepada orang lain. 🀍✨



Address

PERKIM BAHAGIAN NEGERI
Negeri
05300

Telephone

+6047335124

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Perkim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Perkim Kedah:

Shortcuts

Share