Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar, Non-Governmental Organization (NGO), Muar.

“Bersatu, Berdaya, Berjaya.”

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Daerah Muar
Komited memperkukuh keupayaan kontraktor Melayu melalui pembangunan profesional, pemerkasaan industri, serta kerjasama strategik.

Sekitar Majlis Ramah Mesra yang sedang berlangsung.Kebersamaan ini menjadi asas kepada kerjasama dan hala tuju persatuan...
20/01/2026

Sekitar Majlis Ramah Mesra yang sedang berlangsung.

Kebersamaan ini menjadi asas kepada kerjasama dan hala tuju persatuan yang lebih kukuh. ✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Majlis Ramah Mesra Ahli PKMM Negeri Johor Daerah Muar bersama Yan...
13/01/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Ramah Mesra Ahli PKMM Negeri Johor Daerah Muar bersama Yang Dipertua dan Jawatankuasa Tertinggi PKMM Negeri Johor akan diadakan seperti berikut:

📅 Selasa, 20 Januari 2026
⏰ 9.30 pagi
📍 Restoran Bee Rich, Muar

Mohon semua ahli mematuhi dress code yang telah ditetapkan dan hadir tepat pada masanya.

Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amat dihargai.
Terima kasih.

🌟 SELAMAT TAHUN BAHARU 2026 🌟Dengan penuh kesyukuran, Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Neg...
31/12/2025

🌟 SELAMAT TAHUN BAHARU 2026 🌟

Dengan penuh kesyukuran, Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) Daerah Muar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh ahli dan warga kontraktor.

Semoga tahun baharu ini membuka lebih banyak ruang dan peluang ke arah kecemerlangan, kemajuan serta kejayaan yang berterusan dalam industri pembinaan. Diharapkan semangat kerjasama, perpaduan dan iltizam dalam kalangan ahli akan terus diperkukuhkan demi memperkasa kontraktor Bumiputera, khususnya di Daerah Muar dan Negeri Johor amnya.

Marilah kita melangkah ke hadapan dengan azam baharu, meningkatkan daya saing, profesionalisme serta integriti dalam setiap amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Semoga segala usaha dan perancangan pada tahun ini dipermudahkan serta diberkati.

✨ Bersama kita bina masa depan yang lebih gemilang. ✨






Alhamdulillah. Barisan AJK yang turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy G...
01/12/2025

Alhamdulillah. Barisan AJK yang turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG) Tanjung Emas, Muar, Johor pada 29 November 2025 yang lalu.

Dibangunkan oleh Maharani Energy Gateway Sdn. Bhd., pelabuhan laut dalam ini merupakan sebuah inisiatif sepenuhnya yang dibangunkan oleh sektor swasta dan disokong oleh Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri Johor.

Diiktiraf sebagai sebuah projek nasional, Maharani Freeport menekankan peranan strategiknya dalam memacu aspirasi jangka panjang Malaysia dalam bidang ekonomi, perdagangan dan tenaga.

Terletak dalam had sempadan Pelabuhan Muar di sepanjang Selat Melaka, salah satu laluan penghantaran minyak tersibuk di dunia, Maharani Freeport menawarkan akses semula jadi ke perairan dalam melebihi 24 meter, membolehkan operasi untuk “Very Large Crude Carriers” (VLCC).

Dalam jangka panjang, Maharani Freeport bakal menarik nilai pelaburan sebanyak RM144 bilion daripada pelabur global dan menjana gandaan yang signifikan kepada ekonomi negeri Johor dan Malaysia.

Selamat Datang ke FB Rasmi PKMM Daerah Muar!Ini adalah laman rasmi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar.Deng...
21/11/2025

Selamat Datang ke FB Rasmi PKMM Daerah Muar!

Ini adalah laman rasmi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar.

Dengan matlamat memperkasakan kontraktor Melayu di daerah Muar, kami bertekad untuk:
✨ Meningkatkan kompetensi & profesionalisme kontraktor
✨ Menyediakan sokongan, latihan & peluang pembangunan
✨ Menjadi jambatan antara pihak industri, kerajaan & komuniti

Kami sedia berkongsi info industri, program persatuan dan aktiviti kontraktor di Muar.

Terima kasih kerana mengikuti kami!

Address

Muar
84000

Telephone

+60126903840

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Daerah Muar:

Share