Kampungku Telok Rimba

Kampungku Telok Rimba News, Activity, and Program Kg. Telok Rimba

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.Saya mengambil ...
16/05/2026

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Saya mengambil maklum pandangan, suara dan harapan rakyat Johor serta kepimpinan akar umbi UMNO dan Barisan Nasional Johor berhubung hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa Barisan Nasional Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Bagi UMNO dan Barisan Nasional Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi negeri Johor yang kita cintai ini.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

Dato Onn Hafiz Ghazi
Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor

Jualan Kasih JohorTempat : Dewan Serbaguna Penghulu LongTarikh : 16hb Mei 2026, SabtuMasa : 8.00 pagi - 1.30pm
16/05/2026

Jualan Kasih Johor
Tempat : Dewan Serbaguna Penghulu Long
Tarikh : 16hb Mei 2026, Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 1.30pm

SESI LIBAT URUS SURI RUMAH MUKIM KUNDANGAssalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Maju JohorUntuk makluman semua,  Pr...
11/05/2026

SESI LIBAT URUS SURI RUMAH MUKIM KUNDANG

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Maju Johor

Untuk makluman semua, Program Libat Urus Suri Rumah Mukim Kundang dan Ramah Mesra bersama YB Hjh Khairin Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Adun Serom akan di adakan seperti ketetapan berikut :-

*Tarikh* : 11 Mei 2026 (Isnin)
*Masa* : 3.00 pm-5.00pm
*Tempat* : Dewan Serbaguna Penghulu Long, Telok Rimba

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk terus menjaga kebajikan rakyat.S...
05/05/2026

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk terus menjaga kebajikan rakyat.

Syukur Alhamdulillah, sebanyak 22 inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan peruntukan sebanyak RM138 juta yang dijangka memanfaatkan lebih 600,000 Bangsa Johor telah saya umumkan dalam Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang ke-15.

S**a untuk saya kongsikan, setakat 30 April 2026, Johor mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan hasil negeri mencecah RM1 bilion, peningkatan sebanyak RM307 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kejayaan ini hanyalah permulaan dan setiap peningkatan hasil akan dipulangkan semula kepada rakyat melalui inisiatif berimpak tinggi yang benar-benar dirasai oleh Bangsa Johor.

Sehubungan itu, dengan hasil negeri yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri akan memperluaskan sebanyak BKJ Fasa 4 bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat merangkumi bantuan tunai kepada warga emas, suri rumah tidak bekerja, pasangan yang baru berkahwin, OKU, anak yatim, serta penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan PBT.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memperkukuh pelaksanaan Jualan Kasih Johor dengan menambah peruntukan sebanyak RM30 juta daripada peruntukan asal, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM45.4 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 750,200 keluarga Bangsa Johor.

Saya sedar dan insaf, segala usaha ini masih belum mencukupi. Namun, dalam keterbatasan yang ada, inilah yang mampu Kerajaan Negeri laksanakan pada ketika ini dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah, sekiranya hasil negeri terus meningkat dan rezeki Johor terus bertambah, lebih banyak bantuan akan dapat disalurkan kepada seluruh Bangsa Johor.

Justeru, marilah kita bersama-sama berdoa agar Johor terus dimurahkan rezeki, dikurniakan keberkatan, dijauhkan daripada segala bencana, serta kekal aman, maju dan makmur demi kesejahteraan rakyat negeri ini. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR DUN SEROMSaya hadir menyantuni program Raya Sekampung Bangsa Johor DUN Serom melibatkan Kamp...
22/04/2026

RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR DUN SEROM
Saya hadir menyantuni program Raya Sekampung Bangsa Johor DUN Serom melibatkan Kampungku Serom 3, Kampungku Telok Rimba dan Kampung Paya Kepong. Suasana cukup meriah dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai kaum yang hadir bersama-sama memeriahkan sambutan dalam penuh harmoni dan muhibah.
Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong serta Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor HRH Crown Prince of Johor. Sejak sekian lama, Baginda Tuanku telah menerapkan nilai perpaduan melalui konsep Bangsa Johor yang menjadi asas cara hidup masyarakat negeri ini.
Program seperti ini selari dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, dalam memperkukuh perpaduan dan merapatkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Berserah





18/04/2026
RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR DUN SEROM KAMPUNG TELOK RIMBASabtu | 18 April 2026 | 3:00 Petang - 6.00 PetangTempat : Dewan...
18/04/2026

RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR DUN SEROM KAMPUNG TELOK RIMBA

Sabtu | 18 April 2026 | 3:00 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Dewan Penghulu Long, Kg. Telok Rimba.

Majlis berjalan sekitar jam 3.00 petang hingga 6.00 petang, di hadiri oleh tetamu warga Kampungku Telok Rimba dan yang berhampiran dengan Kampungku Telok Rimba.
Kemeriahan Raya Sekampung Bangsa Johor Dun Serom, JPKK Kg. Telok Rimba Tangkak jelas terasa dengan kehadiran masyarakat dan warga kampung Telok Rimba.

Majlis juga turut di hadiri oleh YB ADUN SEROM / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, juga turut hadir bersama Datuk Hj Abdul Rahim bin Talib, Ketua Bahagian UMNO Ledang sekitar jam 3.30 petang di Dewan Serbaguna Penghulu Long, Kg. Telok Rimba.

Juga turut hadir Penghulu Mukim Kundang, Tok Penghulu Mahathir bin Ab. Ghani, Ketua Kampung Parit Sialang - Tok Zulkifli bin Shakor, Ketua Kampung Paya Kepong - Tok Amir bin Samad, dan Ketua Kampung Gelugor - Tok Jais bin Samingan, Norizan bin Azali - Focal Person, PIBKS Daerah Tangkak dan turut terlibat Ahli Majlis ZON 9: BUKIT KANGKAR - Tn. Haji Mohd Fadli bin Saat.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan disantuni sendiri oleh Ketua Kampung Telok Rimba - Tok Ismail bin Long Bersama barisan jawatankuasa JPKK Kg. Telok Rimba pada tetamu yang hadir.

Majlis juga berjalan lancar mengikut jadual.

YB ADUN SEROM - Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On juga turut menyantuni, bertanya khabar serta beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Suasana penuh harmoni ini memperlihatkan bagaimana sambutan Aidilfitri menjadi wadah mengeratkan silaturahim tanpa mengira latar belakang.

Untuk makluman semua, program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, dalam usaha memperkukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Jelas, semangat Bangsa Johor terus subur melalui program seperti ini. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan dan keharmonian kita bersama.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor








ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.DIJEMPUT SEMUA WARGA KG. TELOK RIMBA UNTUK HADIR PADA MAJLIS @ PROGRAM RAYA SEKAMP...
16/04/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.

DIJEMPUT SEMUA WARGA KG. TELOK RIMBA UNTUK HADIR PADA MAJLIS @ PROGRAM RAYA SEKAMPUNG MENGIKUT WAKTU SEPERTI BERIKUT :

Program Raya Sekampung Kg. Telok Rimba.
Tarikh : 18hb April 2026
Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Dewan Serbaguna Penghulu Long, Kg. Telok Rimba

Pakaian : Baju Raya
(Baju Melayu/Baju Kurung/Pakaian Yang Sopan Dan Menutup Aurat)

TENTATIF RAYA SEKAMPUNG KG. TELOK RIMBA 18HB APRIL 2026

**Majlis berjalan serentak dengan aturcara dan jamuan makan**
**Majlis bermula pada jam 3.00petang dan selesai pada jam 6.00petang.

1. : Marhaban
2. : Ucapan Alu-aluan Ketua Kg. Telok Rimba, Tn Haji Ismail bin Long
3. : Ucapan YB ADUN SEROM, YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On
4. : Ucapan Ketua UMNO Bahagian Ledang, Datuk Abdul Rahim bin Talib
5. : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kg. Telok Rimba
(Cemerlang SPM 2025, Cemerlang Sijil Darjah Khas Agama)
6. : Persaraan Tuan Bilal En. Jailani bin Yusuf.
7. : Meraikan Badal Haji
8. : Cabutan bertuah

Terima kasih.

Address

KAMPUNG TELOK RIMBA
Muar
84410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampungku Telok Rimba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kampungku Telok Rimba:

Shortcuts

Share