DPPK Pagoh

DPPK Pagoh Page Facebook Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh.

12/07/2026

PERLEMBAGAAN DAP

1. DAP ada banyak deklarasi - Deklarasi Setapak, Deklarasi Shah Alam, Deklarasi DAP@50, Deklarasi Malaysia Baharu dan sebagainya.

2. Dalam Deklarasi Setapak, DAP ingin hapuskan perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera. Ia menyebut dengan jelas:-

🟩“Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip ini lah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”. 🟩

3. Deklarasi Shah Alam (2012) dan Deklarasi DAP@50 (2016) memasukkan pengiktirafan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan hak-hak kaum lain selaras Perkara 153, sebagai salah satu prinsip.

3A. Deklarasi Malaysia Baharu (2019) masih merujuk kepada deklarasi-deklarasi sebelumnya. Ia adalah deklarasi terkini yang diketahui. Tidak dinyatakan dengan jelas sama ada Deklarasi Setapak sudah tidak terpakai.

4. Apapun, sefaham saya, deklarasi-deklarasi ini hanyalah dokumen polisi. Ia bukanlah Perlembagaan yang membentuk asas ideologi dan perjuangan sesebuah parti.

5. Bagi menjawab kenyataan MP Pasir Mas, YB Fadhli Shaari tentang Deklarasi Setapak, seorang MP DAP menyatakan dalam Parlimen baru-baru ini bahawa Perlembagaan DAP mengiktiraf keistimewaan orang Melayu. (Video di ruangan komen)

6. Hakikatnya, TIDAK.

7. Perlembagaan DAP menggariskan 18 matlamat DAP (dipetik sepenuhnya di bawah), dan pengiktirafan keistimewaan orang Melayu bukan salah satu daripadanya.

8. Bahkan, Perlembagaan DAP kekal memperjuangkan kesamarataan.

8A. Jadi untuk menyatakan bahawa Perlembagaan DAP yang merupakan asas ideologi DAP mengiktiraf keistimewaan orang Melayu adalah tidak benar sama sekali.

9. Saya nasihatkan agar ahli-ahli Parlimen DAP membaca dan berhujah dengan lebih cermat, supaya kita tidak terkeliru.

10. Jika benar DAP mengiktiraf keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, saya cabar DAP untuk meminda Perlembagaan mereka memasukkan perkara itu.

11. Dan DAP segera membuat kenyataan yang jelas bahawa Deklarasi Setapak sudah tidak terpakai.

DR. YUSFARIZAL YUSSOFF

———

Fasal II Perlembagaan DAP

FASAL II

MATLAMAT-MATLAMAT

Mukadimah

Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.

Prinsip-prinsip tersebut boleh memacu daya perpaduan dan penyatuan dalam masyarakat majmuk dari segi kebudayaan, kaum, agama dan budaya di tanah air kita dan juga di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Berpandukan ideal-ideal tersebut, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke arah pembangunan demokrasi dan ekonomi yang seiring; kebebasan tanpa penindasan; kesaksamaan peluang diutamakan berbanding kesaksamaan hasil; kedaulatan undang-undang demi keadilan sosial; penjanaan kekayaan diiringi pengagihan secara saksama serta kemakmuran ekonomi tanpa gejala rasuah.

Matlamat-matlamat

1. Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem parlimen berperlembagaan;

2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;

3. Memupuk integrasi kebangsaan dengan Sabah dan Sarawak, mengiktiraf hak-hak istimewa kedua-dua negeri tersebut serta memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan di antara semua kaum bagi melahirkan identiti bersama rakyat Malaysia yang bersatupadu;

4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;

5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal;

6. Menjadikan integriti, etika dan keprihatinan sebagai nilai-nilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan serta pendekatan yang liberal, saling menghormati dan persefahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza;

7. Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan serta integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka;

8. Menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang berlandaskan pemerintahan baik, demokrasi dan penghormatan terhadap hak asasi manusia, serta sebagai rantau yang bebas daripada senjata nuklear, aman, bebas dan berkecuali;

9. Memupuk, memperkembangkan serta memperluaskan demokrasi pada semua peringkat, terutamanya memulihkan pilihan raya tempatan, memperkasakan kuasa rakyat dari segi bentuk dan isi kandungannya, serta mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan berlandaskan prinsip kesaksamaan, kebebasan, keadilan, proses pilihan raya yang bebas dan kebebasan akhbar;

10. Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing serta tata ekonomi yang menegaskan penciptaan dan pengagihan kekayaan secara saksama;

11. Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, menengah dan tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu;

12. Melindungi hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja di bawah kerangka hak untuk bekerja, pembayaran gaji yang adil dan berpatutan, serta mempertahankan gaji sebenar mereka demi menjamin kesejahteraan hidup dan taraf kehidupan yang berpatutan kepada semua;

13. Menghapuskan segala bentuk diskriminasi jantina terhadap wanita dalam bidang pekerjaan, pendidikan dan kesihatan;

14. Memperkasakan remaja dengan memberikan mereka pilihan dan peluang untuk berkuasa sambil mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap kewajipan dan tanggungjawab;

15. Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat dengan menghormati kedaulatan undang-undang, mewujudkan serta menjamin kejiranan dan komuniti yang selamat dan terjamin;

16. Menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan yang bertujuan memerangi rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan, serta mewujudkan nilai-nilai integriti dan amanah dalam pentadbiran kerajaan;

17. Mewujudkan perkhidmatan kesihatan awam yang mampu dibiayai oleh semua, mudah dinikmati dan bertanggungjawab, yang menjamin keperluan golongan yang sakit, kurang berupaya dan berusia; dan

18. Menghalang kemerosotan dan pemusnahan alam sekitar demi memelihara pusaka warisan semula jadi yang bersih, sihat dan selamat.

04/07/2026

Malam ni kita ada sesuatu yang akan mengujakan. Ayuh hadir semua warga Simpang Jeram untuk kita dengar penjelasan isu semasa bersama pimpinan dan menampilkan saudara Isham Jalil

Bersama Perikatan Nasional
Undilah Awang Calon No.4 Dun Simpang Jeram

🎓 SELAMAT DATANG WARGA BAHARU PTSN PAGOH! 🎓Tahniah kepada adik-adik dan sahabat-sahabat pelajar baharu Sesi I 2026/2027 ...
23/06/2026

🎓 SELAMAT DATANG WARGA BAHARU PTSN PAGOH! 🎓

Tahniah kepada adik-adik dan sahabat-sahabat pelajar baharu Sesi I 2026/2027 yang memilih untuk memulakan perjalanan ilmu di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh.

📚 Datanglah sebagai pelajar, 🌱 Pulanglah sebagai insan yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Di sinilah tempat untuk menimba ilmu, membina sahabat, mencipta kenangan dan mengasah potensi diri.

Jangan takut untuk mencuba perkara baharu. Jangan malu untuk belajar. Dan jangan pernah berhenti bermimpi besar.

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Bandar Universiti Pagoh. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap usaha diberkati Allah SWT.

"Jadilah pelajar yang berilmu, berakhlak dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara."

/2027

Alhamdulillah, pada 24 Mei 2026 (Ahad), Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh telah berjaya melaksanakan agenda wajib organisas...
25/05/2026

Alhamdulillah, pada 24 Mei 2026 (Ahad), Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh telah berjaya melaksanakan agenda wajib organisasi dan jamaah iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dalam suasana penuh ukhwah, tersusun dan harmoni.

Setiap perwakilan turut mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan serta lontaran pandangan demi memperkukuhkan gerak kerja perjuangan Pemuda PAS Kawasan Pagoh.

Semoga DPPK Pagoh terus istiqamah membawa agenda Islam, memperkukuh kebajikan rakyat serta aktif bersama pemuda dan masyarakat khususnya di DUN Bukit Pasir dan Parlimen Pagoh.

Pemuda Ribat!

Berkat, Prihatin & Sejahtera.


25/05/2026

“ROH PKR YANG SEBENAR ADA PADA RAFIZI”- SANUSI

Oleh: Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Gerakan reformasi atau ‘roh’ sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berada pada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bukannya dalam kalangan pemimpin parti itu dalam Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semangat perjuangan reformasi yang pernah menjadi asas perjuangan PKR kini dilihat semakin hilang daripada parti itu.

“Sesungguhnya saya rasa roh PKR yang sebenar ada pada Rafizi. Tak ada dah dekat PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atau dekat orang-orang dalam Kerajaan Persekutuan.

“Roh itu telah beralih dan berjalan sewaktu tidur pergi kepada Rafizi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lembu sempena Aidiladha 1447H di Seri Mentaloon, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah mengalu-alukan kehadiran Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan Rafizi untuk mengambil alih PKR khususnya di Kedah.

Katanya, kemunculan Bersama mampu memecah-belahkan PKR dan tidak mustahil sehingga menyebabkan ahli-ahlinya berhijrah kepada parti diterajui Rafizi.

“Saya alu-alukan kehadiran mereka untuk ambil alih PKR di Kedah ini. Pecahkan PKR itu bagi berselerak habis semua, masuk Bersama.

“Ada ka PKR lagi? Untuk hidupkan roh politik reformasi itu, masuklah parti Bersama ramai-ramai khususnya ahli PKR, biar berselerak habis semua,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi dan bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (Bersama). Penyerahan parti yang diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilaksanakan pada majlis pengumuman hala tuju politik mereka pada 17 Mei lalu.

Pada masa sama, mereka turut mengumumkan keluar dari PKR dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

https://www.kedahonline.com/2026/05/roh-pkr-yang-sebenar-ada-pada-rafizi.html

🌙 AMALAN DI HARI ARAFAH 🌙Hari Arafah (9 Zulhijjah) merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam. Ia adalah har...
25/05/2026

🌙 AMALAN DI HARI ARAFAH 🌙

Hari Arafah (9 Zulhijjah) merupakan antara hari yang paling istimewa dalam Islam. Ia adalah hari wukuf di Padang Arafah bagi jemaah haji, dan bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji, ia adalah peluang besar untuk memperbanyakkan amal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan pada hari Arafah ialah:

1. Berpuasa pada Hari Arafah

Puasa Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

2. Memperbanyakkan doa dan zikir

Hari Arafah adalah antara waktu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.

3. Menghidupkan takbir muqayyad

Dimulakan selepas Subuh 9 Zulhijjah hingga Asar 13 Zulhijjah, sebagai mengagungkan Allah SWT selepas solat fardhu.

🌿 Rebutlah peluang hari yang penuh keberkatan ini dengan amalan soleh, mudah-mudahan kita tergolong dalam hamba yang diampunkan dan dirahmati Allah SWT.

📌 Disediakan oleh:
Akademi Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh

Address

Muar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DPPK Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share