SKUAD Antidadah MIRI

SKUAD Antidadah MIRI Non Governmental Organization (NGO)

VISI-Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah
MISI-Agensi Utama Memerangi Dadah
MOTTO-Bersama Membasmi Dadah
OBJEKTIF-
*Mencegah Seseorang Dari Terlibat Dengan Dadah
*Merawat & Memulih Penagih Dadah
*Mencegah Penagih Semula
*Membanteras Bekalan,Pengedaran &Penyalahguna Dadah
STRATEGI-
*Menghapuskan Permintaan & Bekalan Dadah Dalam Negara Melalui
1.Pencegahan
2.Rawatan
3.Penguatkuasaan
4.Kerjasama A/Bangsa

SUKAN JADI PLATFORM BENTUK JARINGAN SOSIAL YANG SIHATPenganjuran Pertandingan Sepak Takraw antara Klien Piala Ketua Peng...
23/10/2025

SUKAN JADI PLATFORM BENTUK JARINGAN SOSIAL YANG SIHAT

Penganjuran Pertandingan Sepak Takraw antara Klien Piala Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsan (AADK) bukan sekadar acara sukan semata-mata, sebaliknya menjadi platform pembentukan jaringan sosial yang sihat.

Ketua Pengarah AADK, Dato Ruslin Jusoh berkata, sokongan rakan sepasukan dan semangat kesukanan mendorong pengukuhan identiti positif dan rasa harga diri.

“Sukan memupuk nilai ke arah kepatuhan kepada peraturan permainan, dan kerjasama dalam pasukan mengajar peserta tentangtanggungjawab, komitmen dan kawalan diri.

“Nilai-nilai ini bukan sahaja membantu prestasi di dalam gelanggang tetapi juga membentuk tabiat positif yang boleh diterapkan dalam kehidupan harian termasuk pematuhan kepada program rawatan dan rutin pemulihan.

“Bagi klien AADK, pengalaman ini membuka ruang untuk interaksi sosial yang konstruktif serta mengurangkan kebarangkalian terlibat semula dalam tingkah laku berisiko,” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan itu di sini, pada Khamis.

Teks ucapan itu dibaca Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Zainudin Abdullah.

Pertandingan ini merupakan acara sukan setiap tahun dengan melibatkan klien yang sedang mengikuti program rawatan dan pemulihan dalam institusi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara.

Bagi acara tahun ini, PUSPEN Jerantut dinobat sebagai juara sekali gus membawa pulang Piala Dato Ketua Pengarah AADK manakala PUSPEN Karak merangkul tempat kedua dan PUSPEN Tampin bagi tempat ketiga.

Turut hadir Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa.





22/10/2025
20/10/2025
https://www.facebook.com/100064698636448/posts/1247333297433280/
20/10/2025

https://www.facebook.com/100064698636448/posts/1247333297433280/

SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAH KEBANGSAAN 2025

Perbincangan mengenai isu penagihan dadah dan bahan kini semakin berkembang ke arah pendekatan berasaskan sains dan teknologi.

Justeru itu, Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2025 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjadi platform penting dalam menghimpunkan pakar untuk memahami dimensi baharu rawatan dan pencegahan dadah di Malaysia.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti temu bual Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, AADK, Zalwani Zalkaply dalam slot AWANI Pagi, Astro AWANI di saluran 501 esok (Selasa), 21 Oktober 2025, jam 7:30 pagi.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






20/10/2025
19/10/2025
18/10/2025

Address

Lot 1209 Krokop Utama, Sarawak
Miri
98000

Opening Hours

09:00 - 17:00

Telephone

+6085420068

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD Antidadah MIRI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share