21/07/2026
PERKIP Miri mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada rakyat Sarawak walau di mana sahaja anda berada!
"Jaga Sarawak bait-bait." - Satu pesanan ringkas namun penuh mendalam yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tok Nan untuk kita semua, anak watan Bumi Kenyalang.
Hari ini, 22 Julai 2026, kita dengan penuh bangga meraikan Ulang Tahun Hari Sarawak yang ke-63 sejak tanah air kita mencapai kuasa pemerintahan sendiri pada tahun 1963.
Bertemakan "Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai", sambutan ini bukan sekadar mengimbau lembaran sejarah, tetapi menjadi pemacu semangat untuk kita terus bangkit mempertahankan hak, identiti, dan maruah wilayah kita.
Sebagai warga kesihatan, mari kita bulatkan tekad untuk mengukuhkan tali persaudaraan sesama kita tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Kita jaga kebajikan sesama kita dan kita pelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum yang menjadi tunjang kekuatan Sarawak selama ini.
"Ibu Pertiwiku, Engkaulah Tanah Airku."
Tulus ikhlas daripada Ahli Jawatankuasa & Seluruh Warga PERKIP Miri 🤝❤️