16/04/2026
🚓 RONDAAN SRS TAMAN MERU
PERKUKUH KESELAMATAN KOMUNITI
KLANG UTARA | 15 APRIL 2026
Persatuan Penduduk Taman Meru bersama Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan 19 telah menjalankan rondaan keselamatan di sekitar Taman Meru dan Kawasan 19 bagi meningkatkan keselamatan serta mempererat hubungan komuniti.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia, diketuai oleh Ketua Polis Balai Bandar Baru Klang, Insp Hadir Bin Mohd Hassan bersama anggota Balai Polis Bandar Baru Klang.
Rondaan ini melibatkan kerjasama aktif antara anggota SRS, pihak polis dan penduduk setempat dalam memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Hadir sama:
• Loh Min Leong (Pengerusi KRT Kawasan 19)
• Lim Kok Keong (Pengerusi PPTMK & SRS)
• Lim Boon Kian (Ketua Unit Ronda SRS)
• Er Chee Hoe (Penolong Unit Ronda)
• Ong Ti Ming (Penolong Unit Ronda)
• Ahli-ahli SRS
🤝 Bersama Jaga Keselamatan, Kukuhkan Perpaduan