FELDA Tenggaroh 7

Call Contact the organization

FELDA Tenggaroh 7 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Tenggaroh 7, Community Service, PEJABAT FELDA TENGGAROH 7, , Jalan MANGGIS,, Mersing.

📢 HEBAHAN PROGRAM JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHORAssalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Pr...
17/10/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh:19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa:2.00 petang
📍 Tempat:Balairaya FELDA Tenggaroh 7

Sehubungan itu, seluruh warga FELDA Tenggaroh 7 dijemput hadir bagi memeriahkan program ini serta bersama-sama menyemarakkan semangat Jalinan Kasih Sekampung, Bangsa Johor.

🤝 Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan.

Ayuh warga Tenggaroh 7! Bersama kita eratkan silaturahim, perkukuh perpaduan dan jayakan program ini demi kesejahteraan komuniti kita.




🇲🇾 JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG! 🇲🇾Sempena Bulan Kebangsaan, ayuh kita sama-sama meriahkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di...
14/08/2026

🇲🇾 JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG! 🇲🇾
Sempena Bulan Kebangsaan, ayuh kita sama-sama meriahkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di FELDA Tenggaroh 7! ❤️💙💛

📅 1 Ogos – 16 September 2026
🏠 Kibar di rumah, premis dan kawasan masing-masing.

Tak perlu tunggu orang lain — kita mula dari diri sendiri! 🙌
Jom kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga sebagai tanda cinta kita kepada Malaysia. 🇲🇾

Satu Jiwa • Satu Negara ❤️
Jom Kibar Jalur Gemilang!

💙Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati❤️

Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah Mersing, COMBI Tenggaroh 6 dan seluruh warga Felda Tenggaroh 7 bersama-sama dalam ...
24/07/2026

Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah Mersing, COMBI Tenggaroh 6 dan seluruh warga Felda Tenggaroh 7 bersama-sama dalam program gotong royong membasmi nyamuk aedes di kawasan2 awam Felda Tenggaroh 7.

📢🦟 *JOM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI!* 🧹💪Assalamualaikum & salam sejahtera.Warga *Felda Tenggaroh 7* dijemput hadir berama...
23/07/2026

📢🦟 *JOM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI!* 🧹💪

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Warga *Felda Tenggaroh 7* dijemput hadir beramai-ramai ke **Program Gotong-Royong Membasmi Denggi** dengan kerjasama **Pejabat Kesihatan Daerah Mersing**.

📅 *Jumaat | 24 Julai 2026*
🕣 *8.30 pagi*
📍 *Berkumpul di Balairaya Felda Tenggaroh 7*

📌 Kawasan gotong-royong:
• Balairaya
• Bangunan GPW
• Koperasi
• Sekolah Agama & Surau
• Bangunan RELA
• Bangunan KRT

🦟 *Luangkan sedikit masa, demi persekitaran yang bersih, sihat dan bebas denggi.*

🤝 *Ayuh bawa ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan. Ramai-ramai kita jayakan program ini!*

**Jumpa anda pada 24 Julai nanti! 💚**

16 April 2026Alhamdulillah Selesai Majlis Jamuan Raya Sekampung Bangsa Johor Peringkat Rancangan Felda Tenggaroh 7.Terim...
17/04/2026

16 April 2026

Alhamdulillah Selesai Majlis Jamuan Raya Sekampung Bangsa Johor Peringkat Rancangan Felda Tenggaroh 7.

Terima Kasih kepada Yang Berhormat Dun Tenggaroh Raven Kumar a/l Krisnasamy dan Yang Berbahagia Ketua bahagian UMNO cawangan Mersing Tuan Haji Youzaimi bin Yusof atas kesudian untuk bersama-sama komuniti Felda Tenggaroh 7 dalam program ini.

Tidak lupa juga kepada semua ahli blok, warga Felda Tenggaroh 7, kakitangan Felda, Fpmsb, Fgv Holding 13, dan guru-guru sevengers(SKLKTPT7) yang bersama-sama menjayakan program ini.

JEMPUTAN JAMUAN RAYA SEKAMPUNG FELDA TENGGAROH 7Tarikh      : 16 April 2026Hari         : KhamisTempat   : Balairaya Fel...
14/04/2026

JEMPUTAN JAMUAN RAYA SEKAMPUNG FELDA TENGGAROH 7

Tarikh : 16 April 2026
Hari : Khamis
Tempat : Balairaya Felda Tenggaroh 7
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang

DI JEMPUT SEMUA WARGA PENDUDUK FELDA TENGGAROH 7 HADIR UNTUK MEMERIAHKAN SUASANA...



*MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026*Assalamualaikum dan Salam Maju Johor...
26/03/2026

*MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN TAHUN 2026*

Assalamualaikum dan Salam Maju Johor.

Kepada anak-anak dan generasi FELDA Johor perantuan, terutamanya yang berada di sekitar Lembah Klang atau Kuala Lumpur, *Kerajaan Negeri Johor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Generasi FELDA Johor Di Perantauan bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi*, sebagaimana ketetapan berikut:

📅 Tarikh: *19 April 2026 (Ahad)*
🕙 Masa: *10.00 pagi*
📍 Tempat: *The MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sri Kembangan Selangor*

👉 *Penyertaan adalah terhad, mohon tuan/puan SEGERA untuk membuat pendaftaran kehadiran melalui pautan berikut (Link V2):*
https://forms.gle/FeAVxFp3ktuYZZvA9

Yok seluruh *anak dan generasi FELDA Johor* di perantauan, kita sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dalam suasana penuh kemesraan, mengeratkan ukhuwah walau di mana jua kita berada. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi *Cik Anis Hammani (Urusetia) di talian 017-7511531* .

Semoga majlis ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan, memperluas jaringan dan menyatukan anak FELDA Johor di perantauan.

----

*SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR*





Syukur Alhamdulillah, sebanyak RM12.3 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menyokong pembangunan ser...
25/03/2026

Syukur Alhamdulillah, sebanyak RM12.3 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menyokong pembangunan serta kesejahteraan komuniti FELDA di negeri ini, selaras dengan usaha berterusan untuk memastikan kebajikan warga peneroka terus dipelihara dan komuniti FELDA terus maju serta berdaya tahan.

Dalam majlis berbuka puasa bersama komuniti FELDA ini menghimpunkan hampir 1,500 orang yang terdiri daripada ketua blok, kepimpinan rancangan, wakil agensi serta pemimpin komuniti FELDA dari seluruh Johor, Kerajaan Negeri telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi menyokong pembangunan dan kesejahteraan komuniti FELDA, antaranya:

1. Geran Aidilfitri RM5,000 kepada setiap 73 rancangan FELDA bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat rancangan;
2. Peruntukan RM10,000 kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) di 73 rancangan FELDA;
3. Peruntukan RM5,000 kepada setiap Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di 73 rancangan FELDA;
4. Sumbangan bakul makanan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang menetap di rancangan FELDA dan kakitangan FELDA di Negeri Johor;
5. Geran RM7,500 kepada setiap Pejabat Rancangan FELDA di Negeri Johor;
6. Peruntukan RM200,000 kepada Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor;
7. Meneruskan kuota khas Haji kepada 10 orang warga FELDA;
8. Meneruskan kuota khas Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah Yayasan Pelajar Johor (YPJ) kepada 50 orang anak muda FELDA untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Inisiatif ini diharap dapat terus menyokong kebajikan komuniti peneroka serta memperkukuh peranan kepimpinan FELDA di peringkat akar umbi dalam menyelaras pembangunan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Semoga melalui kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan FELDA, usaha memperkasa komuniti FELDA dapat terus diperkukuh demi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran yang berterusan kepada warga peneroka di Johor. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

Alhamdulillah terima kasih kepada YB  Kumar Krishnasamy DUN Tenggaroh dan MB Johor Onn Hafiz Ghazi atas pemberian BKJ Ke...
25/03/2026

Alhamdulillah terima kasih kepada YB Kumar Krishnasamy DUN Tenggaroh dan MB Johor Onn Hafiz Ghazi atas pemberian BKJ Ketua Blok Felda di dun tenggaroh

Address

PEJABAT FELDA TENGGAROH 7, , Jalan MANGGIS,
Mersing
86810

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

077912777

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Tenggaroh 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FELDA Tenggaroh 7:

Shortcuts

Share