04/02/2026
Diuji Kesihatan, Namun Cekal Berdikari: Inisiatif Akademi Ibnu Rusyd Memperkasa Ekonomi Asnaf
Baru-baru ini, wakil Akademi Ibnu Rusyd berkesempatan menziarahi sahabat kami, Tuan Syafiq dan isterinya, Puan Hajar bagi bertanya khabar dan melihat keadaan semasa mereka.
Kunjungan ini telah membuka mata kami tentang erti ketabahan dalam menghadapi ujian hidup.
Ujian Kesihatan & Ekonomi
------------------------------
Puan Hajar telah diserang strok separuh badan pada 10 Januari lalu. Sebelum ini, beliau sangat aktif membantu ekonomi keluarga dengan berniaga kecil-kecilan seperti menghasilkan sabun, kuih siput, dan keropok lekor. Namun, akur dengan keadaan kesihatan, perniagaan tersebut terpaksa dihentikan sementara.
Suaminya, Tuan Syafiq p**a memiliki keterbatasan penglihatan (mata kiri buta dan mata kanan 50% penglihatan) akibat kemalangan industri terdahulu. Ini membatasi peluang beliau untuk melakukan pekerjaan berat atau berisiko di kilang.
Solusi Dari Akademi:
-----------------------
Memberi Kail, Bukan Sekadar Ikan Menyedari semangat mereka yang enggan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan semata-mata, pihak Akademi telah berbincang untuk mencari jalan keluar bagi menjana pendapatan jangka panjang yang sesuai dengan kemampuan fizikal Tuan Syafiq.
Hasil perbincangan, kami mencapai persetujuan berikut:
Latihan Kemahiran:
---------------------
Tuan Syafiq akan dilatih menjadi jurubekam. Kerjaya ini dilihat sesuai kerana ia tidak memerlukan penglihatan yang terlalu tajam (seperti kerja kilang) dan persekitarannya lebih selamat.
Tajaan Akademi:
------------------
Pihak Akademi Ibnu Rusyd akan menaja kos latihan serta menyediakan set peralatan bekam yang lengkap untuk membolehkan beliau memulakan perkhidmatan terus.
Semangat Waja Untuk Berdikari Satu perkara yang sangat kami kagumi adalah prinsip pasangan ini. Walaupun layak menerima bantuan, Tuan Syafiq sendiri menyatakan hasrat untuk berusaha keluar daripada senarai asnaf dan kembali berdikari menyara keluarga dengan titik peluh sendiri.
Kisah cinta dan pengorbanan mereka juga wajar dicontohi. Jika dahulu Puan Hajar menjaga Tuan Syafiq ketika matanya sakit, kini giliran Tuan Syafiq p**a menyantuni isterinya yang sedang sakit.
Doa & Harapan Kami di Akademi Ibnu Rusyd mendoakan agar Puan Hajar diberikan kesembuhan segera dan Tuan Syafiq dipermudahkan urusan untuk menguasai ilmu bekam ini.
Semoga usaha kecil kami dalam memberikan "pancing" ini mampu membuka pintu rezeki yang luas buat mereka sekeluarga. Sedikit sumbangan juga disalurkan buat kemudahan mereka.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan pasangan hebat ini.