04/08/2026
OH MY HEALTH 2026
π
2 Ogos 2026 β IKRAM Health telah bersama-sama menjayakan Program Oh My Health 2026 anjuran JCI Malacca City Entrepreneur yang berlangsung di Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC).
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung, keluarga dan rakan-rakan yang hadir memeriahkan suasana dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang! πβ¨
πΈ Antara tarikan utama aktiviti IKRAM Health:
πΉ Gerai Pameran IKRAM Health
Sesi perkongsian maklumat dan info kesihatan, tip gaya hidup sihat, aktiviti interaktif serta agihan cenderahati.
πΉ Game Mental Kental
Simulasi kawalan stres dan emosi menggunakan kereta kawalan jauh (RC) yang mendapat sambutan hangat!
Para peserta berpeluang belajar mengawal emosi serta menguji kerjasama secara berpasangan ketika melepasi pelbagai halangan. ππ¨
πΉ Jus Lemon Percuma
Agihan minuman segar kepada para pengunjung.
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik lain turut berlangsung sepanjang program seperti sesi Zumba & Aerobic Warm-Up, bengkel CPR oleh St. John, cabutan bertuah (Lucky Draw) serta aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong IKRAM Health!
Semoga ilmu dan manfaat yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama ke arah membina komuniti yang lebih sihat.
Jumpa lagi di program akan datang! πβ¨