Kawasan Rukun Tetangga- KRT TCJ

Call Contact the organization

Kawasan Rukun Tetangga- KRT TCJ Ini adalah Page Rasmi untuk Kawasan Rukun Tetangga KRT Taman Cheng Jaya Melaka .

❤️
19/06/2026

❤️

Asalamualikum, Salam Sejahtera, Dan Salam Perpaduan Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT unt...
17/06/2026

Asalamualikum, Salam Sejahtera, Dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut kedatangan tahun baharu Hijrah, 1448H. Semoga lembaran baharu ini membawa sinar keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan, kejiranan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Marilah kita menjadikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai inspirasi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, memperbaiki akhlak, mempertingkatkan amalan serta mempererat hubungan sesama jiran dan komuniti.

Pagi hari memetik melati,
Harum mewangi di tepi laman;
Tahun baharu mari dihayati,
Hijrah diri menuju kebaikan.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Hijrah Membawa Berkat, Perpaduan Mengukuhkan Masyarakat.

Ikhlas daripada
KRT Taman Cheng Jaya, Melaka

Ab Rauf Yusoh

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Melaka

“Mana lagi, Melaka lerr”

28/05/2026

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dizahirkan dalam Aidiladha terus memperkukuh perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan negara.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan Warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional



Selamat Hari Raya Aidiladha 2026/1447HJawatankuasa Kawasan Rukun  Tetangga (KRT) Taman Cheng Jaya ingin mengucapkan Sela...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 2026/1447H

Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Cheng Jaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh penduduk serta umat Islam yang menyambutnya.

Aidiladha bukan sekadar sambutan ibadah korban, malah mengajar kita tentang keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dalam kehidupan. Semoga semangat Aidiladha pada tahun ini dapat mempereratkan lagi hubungan silaturahim, memupuk perpaduan serta menyemai nilai kasih sayang dalam komuniti kita.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan terus mengukuhkan semangat kejiranan agar keharmonian yang dikecapi terus berkekalan. Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

———————————————————————————
Bunga seroja di tepi telaga,
Harum mewangi di waktu pagi,
Aidiladha eratkan keluarga,
Jiran sekampung hidup harmoni.

Ikhlas daripada:
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Cheng Jaya

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Melaka
Kawasan Rukun Tetangga- KRT TCJ

Ab Rauf Yusoh

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.🌸 Selamat Hari Guru 2026 🌸Pergi ke pekan membeli jamu,Singgah seben...
16/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

🌸 Selamat Hari Guru 2026 🌸

Pergi ke pekan membeli jamu,
Singgah sebentar membeli peria,
Terima kasih wahai cikgu,
Mendidik kami penuh setia.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang sabar membimbing, mendidik dan membentuk masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.
Setiap tunjuk ajar, nasihat dan doa seorang guru amat besar nilainya dalam kehidupan setiap pelajar.

Sempena sambutan Hari Guru ini, kami warga KRT Taman Cheng Jaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati dalam mendidik generasi masa hadapan.

✨ “Guru Bitara Nadi Negara” ✨

Ikhlas daripada,
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Cheng Jaya 🌷

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Melaka
Kerajaan Negeri Melaka
Kawasan Rukun Tetangga- KRT TCJ

Ab Rauf Yusoh

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada seluruh insan bergelar ibu yang ...
10/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan.

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada seluruh insan bergelar ibu yang sentiasa menjadi sumber kasih sayang, kekuatan serta pengorbanan tanpa batas buat keluarga tercinta.

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak mampu dibalas dengan harta ataupun kata-kata. Kasih ibu membawa ke syurga, menjadi penyeri dalam setiap langkah kehidupan serta tulang belakang dalam membentuk keluarga dan masyarakat yang harmoni.

Sempena sambutan Hari Ibu ini, kami daripada KRT Taman Cheng Jaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu atas segala pengorbanan, didikan serta kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan bersama insan tersayang.

“Kasih ibu sepanjang hayat, pengorbanannya kekal terpahat.”

Ikhlas daripada,
KRT Taman Cheng Jaya

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Perpaduan Melaka
Kerajaan Negeri Melaka



Ab Rauf Yusoh

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan,Selamat Hari Raya Aidilfitri 🎆🌌🌙Kami mewakili Jawatankuasa KRT Taman C...
20/03/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🎆🌌🌙

Kami mewakili Jawatankuasa KRT Taman Cheng Jaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk Taman Cheng Jaya dan sekitarnya yang diraikan.

- Di kesempatan ini, kami ingin menasihatkan kepada semua yang ingin pulang ke kampung halaman atau yang sudah berada di perjalanan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, patuhi peraturan lalu lintas, dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.

- Semoga perjalanan anda semua selamat dan dipermudahkan, serta sampai ke destinasi yang dituju dengan penuh kegembiraan untuk bersama insan tersayang.
————————————————————

Dari Cheng Jaya ke kota Melaka,
Singgah sebentar membeli juadah,
Aidilfitri disambut penuh ceria,
Semoga ukhuwah kekal indah.

Akhir kata, kami dari KRT Taman Cheng Jaya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga hari kemenangan ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan perpaduan buat kita semua.

Tema: “Syawal Ceria, Cheng Jaya Bersama”

Sekian, terima kasih.







06/03/2026

JANGAN BUANG MINYAK TERPAKAI‼️JUAL PADA KAMI ‼️

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dengan kerjasama SWCorp Malaysia mempelawa orang ramai untuk menjual minyak masak terpakai anda sepanjang tempoh yang ditetapkan.

📅 23 Februari – 7 Mac 2026
⏰ 4.30 petang – 6.00 petang
📍 Tapak Bazar Ramadan MITC
💰 RM3.00 sekilogram

Jangan buang minyak masak terpakai ke dalam sinki atau longkang. Jom bersama-sama kita amalkan pengurusan sisa yang lebih lestari dan menjaga kebersihan alam sekitar.

Bawa minyak masak terpakai anda dan tukarkan kepada wang tunai! ♻️

06/03/2026
Tahniah Melaka ❤️Berkat kepimpinan yang bijak mentadbir Negeri Melaka ❤️ Ab Rauf Yusoh
06/03/2026

Tahniah Melaka ❤️

Berkat kepimpinan yang bijak mentadbir Negeri Melaka ❤️

Ab Rauf Yusoh






Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 3.0 menunjukkan tahap perpaduan rakyat Malaysia yang terus kukuh.

Tiga negeri mencatat skor tertinggi dalam pengukuran ini iaitu Pahang (0.817), diikuti Melaka (0.816) dan Sarawak (0.791). Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan tadbir urus dan pembangunan yang inklusif, di samping hubungan sosial rentas etnik yang harmoni dalam kalangan masyarakat.

Kementerian Perpaduan Negara komited untuk terus memperkukuh usaha memelihara keharmonian, mempererat hubungan antara kaum serta membina masyarakat yang bersatu padu demi kemakmuran negara.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia




Address

TABIKA PERPADUAN TAMAN CHENG JAYA, Jalan 12, TAMAN CHENG JAYA
Melaka
75250

Telephone

+60105652604

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawasan Rukun Tetangga- KRT TCJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kawasan Rukun Tetangga- KRT TCJ:

Shortcuts

Share