Persatuan Tionghwa Muslim Melaka

Persatuan Tionghwa Muslim Melaka PERTIM merupakan sebuah NGO yang menjaga kebajikan mualaf masyarakat Tionghwa & ahli-ahli bersekutu.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025! Persatuan Tionghwa Muslim Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada ...
28/01/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025!

Persatuan Tionghwa Muslim Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia khususnya di Melaka.

Semoga sambutan perayaan ini dapat disambut dalam suasana harmoni bersama ahli keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.

Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!





Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani. Apa khabar saudara mualaf sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih ...
02/06/2024

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani. Apa khabar saudara mualaf sekalian? Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin.

MAIM baru sahaja mengumumkan mengenai agihan bantuan Aidiladha buat mualaf di negeri Melaka. Butiran tertera pada poster di bawah dan tuan puan boleh berhubung dengan pihak yang berkenaan sekiranya terdapat sebarang persoalan berkaitan.

Tak lama lagi nak raya dah kan? Jadi, buat sahabat yang menepati syarat yang digariskan oleh pihak MAIM, boleh hadir beserta dokumen pada sesi agihan bantuan tersebut kelak ya. Mudah-mudahan sedikit banyak dapat meringankan urusan keperluan menjelang sambutan hari raya nanti.

05/05/2024

HEBAHAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID SELAT MELAKA TAHUN 1445H/2024M

Raya kan sebulan? Jom kita meriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Masjid Selat Negeri Melaka pada ketetapan berikut :

πŸ—“οΈ 7 Mei 2024 (Selasa)
⏰ 11.00 AM - 2.30 PM
πŸ“Dataran Masjid Selat Negeri Melaka

Semua dijemput hadir bagi merapatkan silaturahim sesama kita. InsyaAllah, kita jumpa di sana!

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›β— Tahniah diucapkan kepada Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam M...
02/05/2024

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›β—

Tahniah diucapkan kepada Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin untuk terus menerajui Majlis Agama Islam Melaka ke arah yang lebih cemerlang.
Tulus ikhlas daripada warga Persatuan Tionghwa Muslim Melaka (PERTIM).
Ahli Sejahtera, PERTIM Wibawa

23 April, Taman Kesidang - Mesyuarat Jawatankuasa PERTIM Bil. 1 di bawah kepimpinan Pengerusi baru, Dr. Adam Wong Yoon K...
24/04/2024

23 April, Taman Kesidang - Mesyuarat Jawatankuasa PERTIM Bil. 1 di bawah kepimpinan Pengerusi baru, Dr. Adam Wong Yoon Khang telah dijalankan malam tadi bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM. Turut hadir Bendahari baru, Puan Khadijah Cheong & 2 orang AJK baru iaitu Puan Lim Chin Yau serta Puan Serena Tan May May.

Mesyuarat berjalan dengan penuh suasana muhibbah dan yang paling utama, kesatuan dalam fikrah untuk berkhidmat demi ummah khususnya bagi memperkasa masyarakat Tionghwa Muslim di Melaka serta komuniti mualaf amnya.

Dr. Adam Wong dalam amanatnya turut menyatakan bahawa kerjasama untuk terus menggerakkan NGO ini ke tahap lebih baik memerlukan komitmen berterusan yang mantap daripada semua pihak.

Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah SWT terutamanya melibatkan tugas kesukarelawanan, dakwah, kebajikan serta pendidikan. Didoakan agar PERTIM terus cemerlang di masa akan datang.

Unit Media PERTIM.

Address

Melaka
Melaka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Tionghwa Muslim Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Tionghwa Muslim Melaka:

Share