Mahersaham Ummah

Mahersaham Ummah Bersama kita memberi khidmat dan berbakti kepada masyarakat yang memerlukan bantuan

Syukur Alhamdulillah 200 balang Kurma Ajwa Madinah habis terjual. Terima kasih kepada semua pembeli. Selamat menyambut R...
29/03/2022

Syukur Alhamdulillah 200 balang Kurma Ajwa Madinah habis terjual. Terima kasih kepada semua pembeli.
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

INFAQ RAMADHAN Insha ALLAH pada 7 April 2022 PKMU akan ke sebuah rumah anak yatim di KRUBONG MELAKA untuk menjamu berbuk...
22/03/2022

INFAQ RAMADHAN

Insha ALLAH pada 7 April 2022 PKMU akan ke sebuah rumah anak yatim di KRUBONG MELAKA untuk menjamu berbuka puasa anak yatim seramai 30 orang dan 6 orang penjaga anak yatim.
Jika tuan puan nak infaqkan boleh sumbangkan di

https://pkmu.onpay.my/order/form/infaqramadhan
https://pkmu.onpay.my/order/form/infaqramadhan
https://pkmu.onpay.my/order/form/infaqramadhan

100% infaq tuan puan akan di sumbangkan kepada anak yatim tersebut.

KOS untuk program ini adalah RM1700

Setakat ini dana program ini terkumpul sebanyak RM1300

tinggal lagi RM400 sahaja diperlukan.

Jika terlebih, duit lebihan itu kami akan belikan barang keperluan untuk rumah anak yatim.

100% kami akan bagi kepada anak yatim.

Kurma Ajwa Madinah Mahersaham Ummah. Membeli sambil mendermaMaaf stok tak banyak. Hasil jualan untuk digunakan INFAQ RAM...
15/03/2022

Kurma Ajwa Madinah Mahersaham Ummah.
Membeli sambil menderma
Maaf stok tak banyak. Hasil jualan untuk digunakan INFAQ RAMADHAN. Target INFAQ RAMADHAN kali ini adalah rumah anak yatim. Jadi stok hanya ada 200 balang sahaja.
1 balang bersamaan dengan 500GRAM
Harga pasaran 1kg RM100-RM130
Harga Mahersaham ummah 500 gram RM40 (termasuk pos, RM10 untuk INFAQ RAMADHAN. )
Amacam?
Nak tak?
Kalau nak join channel telegram di bawah sekarang
https://t.me/mahersahamummah
https://t.me/mahersahamummah
https://t.me/mahersahamummah

08/03/2022

Kalau kami open order KURMA AJWA MADINAH untuk ramadhan ini ada yang nak tak? Membeli sambil menjayakan INFAQ RAMADHAN

Insha Allah hari ini kami akan mengagihkan kepada lebih 40 orang asnaf yang layak sedikit foodbank dan juga duit zakat. ...
08/12/2021

Insha Allah hari ini kami akan mengagihkan kepada lebih 40 orang asnaf yang layak sedikit foodbank dan juga duit zakat. List nama ini diterima dari MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA

Doakan kami dapat bantu lagi ramai orang di luar sana. Insha Allah amin

Alhamdulillah selesai sesi membeli barang di Mydin untuk projek FOODBANK dan memunggah barang untuk di letakkan di ofis....
08/08/2021

Alhamdulillah selesai sesi membeli barang di Mydin untuk projek FOODBANK dan memunggah barang untuk di letakkan di ofis. Part memunggah barang ini agak perit. Dari bawah kena angkut ke atas. Tapi dengan kerjasama dan kerja berkumpulan ia menjadi mudah.
Projek FOODBANK ini mensasarkan kepada 60 keluarga. Setiap keluarga akan menerima satu kotak foodbank.
Kos FOODBANK untuk 60 keluarga ini adalah RM3000 keseluruhannya.
Kos ini hasil derma ahli PKMU serta para student saham Mahersaham. Moga semua penderma dimurahkan rezeki dah dipermudahkan segala urusan.
SIAPA YANG LAYAK FOODBANK
1. Yang betul memerlukan keperluan
2. Area bukit katil dan ayer keroh ( anda perlu hadir sendiri mengambilnya)
Jika anda betul- betul memerlukan sila tekan link di bawah untuk proses tapisan di whatsapp. Bila layak terus ambil sahaja nanti

Klik link ini https://bit.ly/37sQuyw
https://bit.ly/37sQuyw
https://bit.ly/37sQuyw

Mohon viralkan post ini supaya 60 keluarga yang betul-betul memerlukan boleh ke proses tapisan FOODBANK

Sekian terima kasih
Pertubuhan Kebajikan Mahersaham Ummah

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T tahun ini kami berjaya korbankan 2 ekor lembu. Daging daging korban ini telah diag...
21/07/2021

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T tahun ini kami berjaya korbankan 2 ekor lembu.
Daging daging korban ini telah diagihkan kepada

1. Balai polis taman tasik ayer keroh (menghargai pergorbanan mereka menjaga kesejahteraan negara )
2. Surau Taman Tasik Utama ( diagihkan kepada fakir miskin)
3. Masjid Sayyidina Ali Bukit katil ( diagihkan kepada fakir miskin)
4. Masjid kampung tun razak bukit katil
( diagihkan kepada fakir miskin)
5. Surau As Sakinah Taman Bukit katil Damai
( diagihkan kepada fakir miskin)
Moga kami mampu membuat banyak lagi kebaikan untuk ummah.
Doakan untuk kami.
Pertubuhan Kebajikan Mahersaham Ummah
Join channel kami di https://t.me/mahersahamummah

Alhamdulillah untuk program Qurban Mahersaham Ummah , insha ALLAH tahun ini 2 ekor lembu. 2 ekor diambil dari sumbangan ...
12/07/2021

Alhamdulillah untuk program Qurban Mahersaham Ummah , insha ALLAH tahun ini 2 ekor lembu. 2 ekor diambil dari sumbangan ahli-ahli Mahersaham Ummah yang ingin melaksanakan ibadah Qurban tahun ini.
Insha ALLAH daging-daging qurban ini akan diagih-agihkan kepada penduduk setempat kawasan Bukit Katil dan Ayer Keroh.
Tahun ini dapat 2 ekor moga tahun depan dapat lebih lagi. Insha ALLAH. Amin
Sekian sahaja
Pertubuhan Kebajikan Mahersaham Ummah

Jemput join channel kami di
t.me/mahersahamummah untuk update terkini

Sama-sama kita berkhimat untuk masyarakat

06/07/2021

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Insa ALLAH Mahersaham Ummah akan buat program FOODBANK untuk cover area melaka terutama ayer keroh bukit katil dahulu.

Target 30 keluarga yang terjejas. Detail akan kami umumkan nanti. Doakan ye.
Boleh sebarkan post ini supaya ramai alert pengumuman kami nanti

Kenyataan Rasmi MAHERSAHAM UMMAH Kami mengutuk secara keras apa yang berlaku di Palestin. Kami tidak mengiktiraf ISRAEL ...
16/05/2021

Kenyataan Rasmi MAHERSAHAM UMMAH
Kami mengutuk secara keras apa yang berlaku di Palestin. Kami tidak mengiktiraf ISRAEL sebagai satu buah negara. Mereka adalah pengganas yang menjajah Palestin dengan rakus.
Ini bukan soal agama semata-mata. Ini adalah soal kemanusian. Mereka tentera tentera zionis begitu terkutuk. Mereka menyerang masjid, orang awam seperti orang tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
ZIONIS adalah pengganas❗️
Ayuh seluruh rakyat malaysia kita bantu negara palestin melalui

1. Doa kepada tuhan
(Mengikut kepercayaan masing2)
Bagi muslim ingat doa adalah senjata kita yang paling kuat
2. Kita hulurkan bantuan kepada NGO-NGO yang memberikan sumbangan ke GAZA seperti AMAN PALESTIN, CINTA GAZA MALAYSIA , VIVA PALESTIN dan lain-lain2 . Kami di mahersaham ummah setakat ini tidak membuat sebarang kutipan ye untuk misi kemanusian palestin. Kami fokus untuk bantu yang terdekat terlebih dahulu sebelum lebarkan fokus ke luar negara.

Senarai badan-badan NGO untuk anda menyumbang kepada Palestin dari Page HARMONI MALAYSIA

1. MyCARE
Humanitarian Care Malaysia Berhad

https://donate.mycare.org.my/c/savealaqsa
Or
CIMB Islamic
8602 135 592

2. Cinta Gaza Malaysia - CGM

https://infakpalestin.com/
Or
Maybank Islamic
564810507826
Ref: savealquds

3. Global Peace Mission (GPM) Malaysia

https://jomsedekah.com/donations/emergencypalestine/
Or
564221611602
Maybank Islamic
Ref: peduli palestin

4. Cinta Syria Malaysia - CSM
Persatuan Cinta Syria Malaysia

https://beacons.ai/cintasyriamalaysia
Or
Maybank Islamic
562834640983
Ref: savealquds

5. Yayasan Al Quds Malaysia
CIMB BANK
YAYASAN AL QUDS MALAYSIA
8600499329

ATAU
https://yayasanalquds.yezza.store/instagram

6. Cakna Palestin

https://www.billplz.com/TabungKemanusiaanCP

7. Viva Palestina: PERTUBUHAN VIVA PALESTINA MALAYSIA

Maybank
564324601324

8. HALUAN

https://www.haluan.org.my/donations/aqsaambulance
Or
Maybank Islamik Berhad
564490208528
Ref: aqsa ambulance

9. Islamic Relief

Maybank Islamic
5621 4270 8704
CIMB Islamic
860 2073818
Or
http://bit.ly/rebuildingpalestine-irmalaysia
https://www.instagram.com/p/CO1iho3tfCg/?igshid=nmmddosua4n

10. Aman Palestin

Bank Islam
1202 9010 0478 80
Maybank
5622 6301 0787
CIMB
8600 4603 53

Or

https://www.billplz.com/TKAQ

https://www.instagram.com/p/CO19SDdN6fh/?igshid=164ae2vllwsbg

Setiap sumbangan yang diberikan adalah sebagai usaha kecil kita membantu rakyat Palestin.
Ayuh kita sebarkan. Pakat share






Pagi tadi berjaya selesaikan program INFAQ RAMADHAN. Alhamdulillah malam pulak berjaya menjamu pelajar-pelajar Madrasah ...
06/05/2021

Pagi tadi berjaya selesaikan program INFAQ RAMADHAN. Alhamdulillah malam pulak berjaya menjamu pelajar-pelajar Madrasah berbuka puasa.
Walaupun agak keletihan dengan event pagi tadi tapi para sukarelawan masih mampu memberi 100% tenaga untuk menjayakan majlis MENJAMU PARA PELAJAR MADRASAH BERBUKA puasa.
Alhamdulillah.
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)
Terima kasih semua. Doakan kami di mahersaham ummah terus dapat bantu ramai lagi orang yang memerlukan di luar sana.
Join channel kami di https://t.me/mahersahamummah

P/s Sumbangan anda amat kami alu-alukan.

06/05/2021

Menjamu sebuah Madrasah Berbuka Puasa

Hari ini di bawah nama NGO MAHERSAHAM UMMAH kami bersatu hati turun rumah ke rumah untuk memberi sedikit sumbangan. Mere...
06/05/2021

Hari ini di bawah nama NGO MAHERSAHAM UMMAH kami bersatu hati turun rumah ke rumah untuk memberi sedikit sumbangan. Mereka ini adalah penerima sumbangan dari ZAKAT MELAKA. Hari ini kami perlu selesaikan 30 keluarga untuk misi INFAQ RAMADHAN MAHERSAHAM UMMAH
Jadi team di pecahkan kepada dua iaitu team 1 dan team 2. Setiap team perlu selesaikan 15 keluarga.
Agak sukar juga. Kami ada list. Kami ada alamat . Kami ada no tel tapi kami kena cari sendiri. Lagi sukar andai kami pergi REMBO rumah ke rumah tu tapi orang tersebut tiada pun dirumah. Jadi sebelum kami mulakan misi ini. Kami telah sitdown bersama untuk atur strategi.
Kami listkan dari rumah pertama sampai ke 15. Kami buat flow supaya xde istilah patah balik. Kira satu jalan sampai habis.
Selain itu dalam perjalanan menyempurnakan misi ini, hujan membasahi bumi. Ada teammate kata nak rest biar hujan reda dulu. Tapi last sekali kami teruskan juga. Biar LOKOS sekalipun tapi perjuangan kita biar selesai juga. Itu misi kita.
Alhamdulillah hujan panas kami tetap redah
Dari rumah ke rumah sebenarnya banyak kisah2 yang kami dapat. Ada yg sakit lumpuh. Ada yg dtinggalkan suami. Ada yang anak lumpuh sejak lahir.
Paling terkesan adalah sorang pakcik ini lumpuh. Buang air kecil dan besar pun dalam tiub taw. Allah hu akbar besar betul dugaan beliau.
Apa pun misi kami di Mahersaham Ummah berjaya hari ini. Syukur. Semoga kami mampu bantu lebih ramai lagi diluar sana yang memerlukan bantuan.
Terima kasih kepada 15 sukarelawan yang sanggup berhujan panas menyelesaikan misi INFAQ RAMADHAN. Mereka tidak dibayar apa pun. Mereka hadir dengan ikhlas niat membantu orang dalam kesusahan
Join channel telegram kami di https://t.me/mahersahamummah



06/05/2021

Sumbangan Infaq Ramadhan untuk 30 asnaf

03/05/2021

6/5/2021
Kami akan mula buat agihan INFAQ RAMADHAN kepada asnaf dan menjamu sebuah madrasah berbuka puasa
Doakan segalanya dipermudahkan

01/05/2021

Alhamdulillah selesai para sukarelawan pack barang semua untuk diagihkan minggu depan kepada 20-30 orang yang dalam golongan asnaf.
Kami mendapatkan bantuan list nama penerima zakat dari pusat zakat melaka. Terima kasih Pusat Zakat Melaka.
Dari list pusat Zakat kami akan agihkan INFAQ RAMADHAN ini.
Doakan kami dapat bantu lebih ramai masyarakt di luar sana yang dalam kesusahan.
Amin
Jemput join CHANNEL RASMI kami di t.me/mahersahamummah




Dikala orang lain masih berehat dirumah hujung minggu ini, para sukarelawan MAHERSAHAM UMMAH sedang bertungkus lumus mem...
01/05/2021

Dikala orang lain masih berehat dirumah hujung minggu ini, para sukarelawan MAHERSAHAM UMMAH sedang bertungkus lumus membeli barang-barang keperluan di Mydin. Mereka sanggup korbankan masa cuti untuk menjayakan misi INFAQ RAMADHAN MAHERSAHAM UMMAH.
Ini adalah aktiviti kedua dalam bulan RAMADHAN yang dibuat oleh PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAHERSAHAM UMMAH.
Kami akan menyalurkan kepada 20-30 keluarga yang betul2 susah dalam bentuk barang keperluan. Semoga meringankan sedikit beban mereka ini.
Jadi hari ini para sukarelawan ini membantu MAHERSAHAM UMMAH untuk membeli barang terlebih dahulu. Insha Allah minggu depan kami akan mula salurkan.
Doakan MAHERSAHAM UMMAH terus dapat membantu ramai lagi masyarakat di luar sana.
Jemput join CHANNEL RASMI kami di t.me/mahersahamummah




Address

NO 29-1 Jalan KNMP 1 KOMPLEKS NIAGA MELAKA PERDANA MELAKA
Melaka
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 17:15
Friday 08:00 - 17:15

Telephone

+60197784918

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahersaham Ummah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mahersaham Ummah:

Share