Ketua Bahagian Gagasan Matunggong-Gagasan Rakyat

Ketua Bahagian Gagasan Matunggong-Gagasan Rakyat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ketua Bahagian Gagasan Matunggong-Gagasan Rakyat, Non-Governmental Organization (NGO), Matunggong.

07/05/2026
29/04/2026
28 April / 4:30pm / Padang Bolasepak Pekan Baru Matunggong.Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru antara kakitangan UPPM Matunggo...
28/04/2026

28 April / 4:30pm / Padang Bolasepak Pekan Baru Matunggong.

Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru antara kakitangan UPPM Matunggong, MAN Matunggong Kerajaan Negeri dan kakitangan Persekutuan Sempena Kaamatan PERINGKAT Daerah Kecil Matunggong pada 9 Mei 2026.

Kejohanan ini dilangsungkan dengan sepak mula oleh YBhg. Datuk Barlus Mangabis sebagai perasmi. Terimakasih Datuk Barlus Mangabis kerana sudi memberi sokongan dan seterusnya merasmikan kejohanan ini.

19/04/2026

PRU16: Hajiji Yakin GRS Rampas Semula Parlimen Kota Marudu
KOTA MARUDU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menzahirkan keyakinan tinggi bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu memastikan Parlimen Kota Marudu kembali diwakili oleh wakil rakyat kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
Beliau berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kerjasama erat pemimpin parti komponen GRS serta kedudukan kukuh gabungan itu di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tandek, Matunggong dan Bandau.
"Saya yakin terhadap gabungan kerjasama wakil rakyat kita di sini. Walaupun DUN Bandau diwakili ADUN Bebas, Datuk Maijol Mahap, beliau menyokong penuh kepimpinan GRS. Kita akan pastikan Kota Marudu diwakili parti kerajaan pada PRU akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Bandau dan Pejabat Daerah Kota Marudu di Astaka Dataran Kota Marudu, semalam.
Jangan Terpedaya Retorik Pembangkang
Hajiji turut mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin pembangkang yang disifatkannya hanya sekadar retorik tanpa membawa sebarang perubahan.
Tegas beliau, kerajaan GRS kini berada pada fasa kedua inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dan komited menyelesaikan isu-isu kritikal rakyat seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur jalan raya dalam tempoh satu hingga dua tahun ini.
“Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri telah menyerahkan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bernilai lebih RM4 bilion untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Ini membuktikan kepercayaan kerajaan Pusat terhadap kebolehan kita mengurus projek demi kepentingan rakyat,” jelasnya.
Santuni Golongan Miskin
Dalam pada itu, Hajiji mengulangi komitmen kerajaan untuk terus membasmi kemiskinan dengan menyalurkan bantuan kepada kira-kira 140,000 rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar di seluruh Sabah pada tahun ini.
"Ribuan penduduk di Kota Marudu turut mendapat manfaat ini. Inilah usaha kerajaan GRS yang prihatin dan peduli rakyat, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini," tambah beliau.
Berita Gembira Buat Penduduk Bandau
Sebagai tanda keprihatinan, Ketua Menteri turut mengumumkan kelulusan dua projek pembangunan segera bagi kawasan DUN Bandau dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM500,000. Projek tersebut melibatkan pembinaan masjid baharu di Kampung Tambun dan pembinaan Jambatan Dasar di Kampung Lamparda.

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ADUN N6 BANDAU BERSAMA PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU 202618 April 2026 (Sabtu)10....
19/04/2026

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ADUN N6 BANDAU BERSAMA PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU 2026

18 April 2026 (Sabtu)
10.00 pagi – 4.00 petang
Pentas Utama, Astaka Dataran Kota Marudu
YBhg. Datuk Barlus Mangabis menghadiri undangan Sambutan Hari Raya DUN Bandau yang di pengerusikan oleh YB. Datuk Dr. Maijol Mahap.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.


.

18/04/2026

KOTA MARUDU: Kerjasama baik pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Parlimen Kota Marudu diwakili wakil rakyat kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka diadakan tahun depan.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berdasarkan kedudukan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tandek, Matunggong dan Bandau yang dikuasai wakil serta penyokong GRS.

Pautan berita penuh di ruangan komen....

17 April 2026 / SK. Lotong.YBhg. Datuk Barlus Mangabis menerima undangan menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Balap...
17/04/2026

17 April 2026 / SK. Lotong.

YBhg. Datuk Barlus Mangabis menerima undangan menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-35 Di SK. Lotong, Matunggong ,Kudat.

Dalam program penutupan sukan sekolah ini, DBM berbesar hati memberikan sumbangan kepada PIBG sekolah dengan tujuan mendapatkan peralatan sukan untuk kemudahan murid-murud sekolah bersukan.

Semoga SK. Lotong terus cemerlang dalam pendidikan mahupun bidang sukan.



[   PEMIMPIN BERJIWA RAKYATPEMIMPIN BERJIWA BESAR ]KUNJUNGAN HORMAT PGRS SENALLANG KE PEJABAT DVPPKOTA KINABALU, 15 Apri...
16/04/2026

[ PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT
PEMIMPIN BERJIWA BESAR ]

KUNJUNGAN HORMAT PGRS SENALLANG KE PEJABAT DVPP

KOTA KINABALU, 15 April – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh rombongan Tuan Mohd Rashdey Bin Datuk Hj. Sabardin, Ketua Bahagian PGRS Senallang Semporna, ke pejabat Dato’ Victor Peter Paut, Deputy Chairman Sawit Kinabalu Group di Kota Kinabalu.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan parti di peringkat bahagian serta bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang melibatkan pembangunan masyarakat.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa program pembangunan ekonomi rakyat, termasuk peluang dalam sektor perladangan dan keusahawanan di bawah inisiatif Sawit Kinabalu.

Dato’ Victor Peter Paut dalam ucapannya menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara pemimpin akar umbi bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen kepimpinan PGRS dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta memperjuangkan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.



15/02/2026

Cawangan Baru PGRS Matunggong



Address

Matunggong
89058

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Bahagian Gagasan Matunggong-Gagasan Rakyat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ketua Bahagian Gagasan Matunggong-Gagasan Rakyat:

Share