BELIA 4B BALIK BATU

BELIA 4B BALIK BATU Gerakan Belia 4B Balik Batu Tanjung Bidara Melaka

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA ZON SELATAN 2026Buat julung-julung kalinya Gerakan Belia 4B Cawangan Balik Batu Melaka ak...
14/01/2026

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA ZON SELATAN 2026

Buat julung-julung kalinya Gerakan Belia 4B Cawangan Balik Batu Melaka akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Zon Selatan 2026 dibawah naungan Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh selaku penaung bagi Kejohanan Sepak Takraw Zon Selatan edisi kali ini.

Kejohanan ini kali terakhir dipertandingkan sejak tahun 2008 yang diasaskan oleh Saudara Haji Johar bin Kadar yang setelah sekian lama tidak diadakan sehingga kini. Kejohanan ini merupakan Kejohanan tradisi sukan Sepak Takraw di kawasan Dun Tanjung Bidara Melaka.

Justeru, inisiatif dan sumbangan yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh merangkap ADUN Tanjung Bidara beliau telah merealisasikan semula kejohanan ini menjadikan Kejohanan Sepak Takraw Zon Selatan sebagai Sukan Tradisi di kawasan DUN Tanjung Bidara.

Tambahan, objektif kejohanan kali ini kita akan menyaksikan pemain-pemain muda yang berbakat serta pemain-pemain yang mempunyai potensi tinggi untuk dipanggil menjadi pelapis pemain Negara satu hari nanti.

Ayuh kita turun ke Melaka sekali lagi untuk menyaksikan Kejohanan Sepak Takraw Zon Selatan piala YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.
Mana lagiii......Melaka Lerrr ⚪️🔵🔴





14/12/2025

60 tahun Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia

Gerakan Belia 4B Balik Batu Tanjung Bidara Melaka menzahirkan Salam Takziah kepada keluarga YB Datuk Seri Panglima B**g ...
06/12/2025

Gerakan Belia 4B Balik Batu Tanjung Bidara Melaka menzahirkan Salam Takziah kepada keluarga YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar Radin diatas pemergian Allahyarham ke negeri abadi.

YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar bin Radin,
Ahli Parlimen Kinabatangan & Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag.

Jangan kita menilai seseorang itu dari mata kasar sahaja tetapi kita perlu lihat seseorang itu dengan mata hati juga. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🤲


Salam Takziah atas Pemergian YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar Radin

Gerakan Belia 4B Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian :

YB Datuk Seri Panglima B**g Moktar bin Radin,
Ahli Parlimen Kinabatangan & Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🤲

Assalamualaikum & Salam SejahteraGerakan Belia 4B Cawangan Balik Batu Melaka akan mengadakan KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERB...
06/12/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Gerakan Belia 4B Cawangan Balik Batu Melaka akan mengadakan KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA ZON SELATAN PIALA YAB DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH pada 31 JANUARI - 1 FEBRUARI 2026 bertempat di Dewan KBS Masjid Tanah & Dataran Pantai Tanjung Bidara.

Dijemput bagi pasukan-pasukan yang ingin bertanding untuk merebut hadiah utama kejohanan untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Zon Selatan edisi kali ini. Segala maklumat dan urusan penyertaan boleh hubungi di nombor yang tertera di dalam poster. Syarat penyertaan anda boleh scan QR Code yang tertera di dalam poster.

YURAN PENYERTAAN RM 200 SAHAJA
TERBUKA KEPADA 64 PASUKAN SAHAJA

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Firdaus - https://wa.link/90rzxx
Zarlizan - https://wa.link/i17yq0
Zaidi - https://wa.link/1yuzkj

Address

Balik Batu Tanjung Bidara
Masjid Tanah
78300

Telephone

+60123472991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BELIA 4B BALIK BATU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share