MGP Kawasan Marang

Call Contact the organization

MGP Kawasan Marang Page rasmi untuk perkongsian aktiviti, makluman dan info terkini MGP Kaw Marang

Salam Aidiladha 1447Hاللّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدُ.Alhamdulillah, sekali lagi ki...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

اللّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، اللّهُ أَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدُ.
Alhamdulillah, sekali lagi kita direzekikan untuk bertemu dengan hari yang penuh keberkatan ini. Seluruh warga Majlis Guru PASTI Kawasan Marang ingin mengucapkan
𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽 𝓗𝓪𝓻𝓲 𝓡𝓪𝔂𝓪 𝓐𝓲𝓭𝓲𝓵𝓪𝓭𝓱𝓪 kepada seluruh umat Islam, khususnya buat semua pendidik, ibu bapa, dan warga komuniti di Marang.

Semoga keberkatan Aidiladha membawa kesejahteraan kepada kita semua, serta menjadi asbab untuk kita terus istiqamah dalam mendidik generasi pewaris ilmu dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

"Sama-sama kita hayati semangat pengorbanan dan ketaqwaan dalam diri."
Salam Aidiladha daripada kami

Lensa sekitar Program Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Marang.Momen-momen indah sepanjang program berlangsung yang penu...
23/05/2026

Lensa sekitar Program Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Marang.

Momen-momen indah sepanjang program berlangsung yang penuh dengan gelak tawa, semangat dan pengalaman bermakna buat anak-anak kecil kita.

Setiap langkah kecil mereka hari ini membawa seribu pengajaran — belajar tentang sabar, disiplin, kerjasama dan cinta kepada ibadah sejak usia muda.

Semoga memori ini menjadi salah satu kenangan paling manis buat anak-anak PASTI.

Labbaikallahumma Labbaik.Alhamdulillah, pada 21 Mei 2026 (Khamis), Program Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Marang tela...
23/05/2026

Labbaikallahumma Labbaik.

Alhamdulillah, pada 21 Mei 2026 (Khamis), Program Simulasi Haji Cilik PASTI Kawasan Marang telah berlangsung dengan penuh semangat dan penghayatan.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat kerana berjaya mengikuti setiap aktiviti dengan baik, tertib dan penuh adab. Tidak lupa juga penghargaan buat para guru serta ibu ayah yang sentiasa memberi sokongan sepanjang program berlangsung.

Walaupun masih kecil, anak-anak didedahkan dengan perjalanan ibadah haji agar lahir rasa cinta kepada Islam, memahami erti pengorbanan, kesabaran dan ketaatan kepada Allah sejak usia awal lagi.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan benih awal untuk mereka menjadi anak soleh solehah yang sentiasa rindu untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.


SELAMAT HARI GURU 2026 “Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat s...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

“Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik PASTI yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh hikmah, kasih sayang dan pengorbanan.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi murabbi yang membina generasi Islam, menyemai fikrah perjuangan dan menguatkan jemaah demi masa depan ummah.

Semoga setiap penat lelah, doa dan pengorbanan para guru menjadi amal soleh yang berterusan serta dikurniakan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Terima kasih cikgu… Jasamu mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.

Cikgu Zubaidah binti Ghani
Ketua Majlis Guru PASTI Marang

Alhamdulillah, suasana sekitar Majlis Usrah Perdana & Majlis Hari Raya Majlis Guru PASTI Negeri Terengganu yang berlangs...
10/04/2026

Alhamdulillah, suasana sekitar Majlis Usrah Perdana & Majlis Hari Raya Majlis Guru PASTI Negeri Terengganu yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan ukhuwwah.
Semoga pertemuan ini terus mengeratkan silaturrahim serta membawa keberkatan kepada semua yang hadir.



Sedang berlangsung Usrah Perdana & Jamuan Hari Raya Aidilfitri MGP Negeri Terengganu.
10/04/2026

Sedang berlangsung Usrah Perdana & Jamuan Hari Raya Aidilfitri MGP Negeri Terengganu.



20/03/2026



Satu syawal menjelang tiba,takbir bergema menggegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta di hari mulia.Sel...
20/03/2026

Satu syawal menjelang tiba,
takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami, AJK MGP kawasan Marang. Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan buat semua.



Mutiara kata 21 Ramadan 1447 HijrahDi penghujung Ramadan, hati terasa sayu. Bulan yang mengajar kita sabar, doa, dan tau...
10/03/2026

Mutiara kata 21 Ramadan 1447 Hijrah

Di penghujung Ramadan, hati terasa sayu. Bulan yang mengajar kita sabar, doa, dan taubat kini hampir pergi, meninggalkan harapan agar jiwa ini terus istiqamah selepasnya.”

Cikgu Ismanira Binti Razak
AJK MGP MARANG





MUTIARA KATA 20 RAMADAN 1447 HIJRAH"Di hening malam Ramadan, doa terbang perlahan menuju langit, air mata taubat jatuh m...
09/03/2026

MUTIARA KATA 20 RAMADAN 1447 HIJRAH

"Di hening malam Ramadan, doa terbang perlahan menuju langit, air mata taubat jatuh membasahi hati. Pada saat itulah seorang hamba belajar bahawa cinta paling indah adalah saat dirinya kembali mendekat kepada Allah."

CIKGU NORAIDA BINTI AWANG
AJK MGP MARANG





Address

Marang
21080

Telephone

+60139219663

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MGP Kawasan Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MGP Kawasan Marang:

Shortcuts

Share