Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai

  • Home
  • Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai

Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai, Non-Governmental Organization (NGO), KAMPUNG JAMBU BONGKOK, .

Alhamdullilah, pada hari Khamis, malam Jumaat yang lepas Kelab Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai telah mengadakan Prog...
31/10/2023

Alhamdullilah, pada hari Khamis, malam Jumaat yang lepas Kelab Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai telah mengadakan Program Santai KRT ke Kuala Selangor dan Melaka. Program tersebut telah disertai oleh AJK KRT sendiri dan juga penduduk kampung yang aktif dalam setiap program KRT Jambu Bongkok Pantai telah adakan juga dipilih untuk menyertai Program Santai tersebut. Pelbagai tempat menarik telah kami kunjungi sepanjang berada di Kuala Selangor dan Melaka. Diucapkan sekalung tahniah dan penghargaan terima kasih kepada semua AJK KRT dan penduduk kampung yang terlibat dalam menjayakan Program Santai KRT ke Kuala Selagor dan Melaka tersebut.

Tarikh: 26 October 2023 - 28 October 2023
Tempat: Kuala Selangor dan Melaka

Program Gerak Rahmah 2023 "JOM BERSIH DAN INDAH " telah dilakasanakan oleh Kawasan Rukun Tetangga di Seluruh Negara bagi...
04/07/2023

Program Gerak Rahmah 2023 "JOM BERSIH DAN INDAH " telah dilakasanakan oleh Kawasan Rukun Tetangga di Seluruh Negara bagi peringkat Negeri Terengganu.
Program pada pagi ini disertai oleh AJK dan juga penduduk Kampung Jambu Bongkok. Diucapkan terima kasih kepada peduduk kampung yang hadir pada hari ini untuk sama-sama membantu menjayakan program ini.

Tarikh: 24 June 2023

Program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung pada bulan May lepas. Program terse...
04/07/2023

Program Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung pada bulan May lepas. Program tersebut disertai oleh Ahli Jawatan Kuasa Kampung Jambu Bongkok Pantai bersama penduduk setempat. Diucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir untuk sama-sama membantu memeriahkan lagi program ini.
Terdapat pelbagai program telah dilaksanakan seperti:
- Explorace
- Food Truck
- Pemeriksaan Kesihatan
- Rumah Kami
- Sukan Rakyat
- Sukan Traditional

Tarikh: 27 May 2023
Tempat: Dataran Merdeka Arena Square, Dungun, Terengganu

Alhamdullilah, pada Jumaat yang lepas telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dijayakan oleh Kawasan Rukun Tetan...
22/05/2023

Alhamdullilah, pada Jumaat yang lepas telah diadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dijayakan oleh Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai. Jamuan tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada tengah hari dengan jayanya. Jamuan pada pagi yang mulia ini disertai oleh AJK dan juga penduduk Kampung Jambu Bongkok. Diucapkan terima kasih kepada peduduk kampung yang hadir pada hari tersebut untuk sama-sama memeriahkan majlis jamuan raya tersebut.

Majlis Jamuan Raya tersebut juga dihadiri oleh Dato' Nik Dir (Ketua UMNO Bahagian Marang), En. Jasmira (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang) dan En. Hanafiah (Pegawai Perpaduan Daerah Marang) bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tarikh: 19 May 2023
Tempat: Perkarangan Pengkalan Pok Su Muda

Program Gerak Rahmah 2023 "JOM MASAK BUBUR LAMBUK " telah dilakasanakan oleh Kawasan Rukun Tetangga di Seluruh Negarabag...
04/04/2023

Program Gerak Rahmah 2023 "JOM MASAK BUBUR LAMBUK " telah dilakasanakan oleh Kawasan Rukun Tetangga di Seluruh Negarabagi peringkat Negeri Terengganu.

Program pada pagi ini disertai oleh AJK dan juga penduduk Kampung Jambu Bongkok. Diucapkan terima kasih kepada peduduk kampung yang hadir pada hari ini untuk sama-sama membantu menjayakan program ini.

Tarikh: 01 April 2023

Program Gerak Rahmah "JOM SIHAT" dijayakan oleh Kawasan Rukun Tetangga di Seluruh Negara dan dirasmikan oleh Pegawai Per...
25/02/2023

Program Gerak Rahmah "JOM SIHAT" dijayakan oleh Kawasan Rukun Tetangga di Seluruh Negara dan dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Marang.

Program pada pagi ini disertai oleh AJK dan juga penduduk Kampung Jambu Bongkok. Diucapkan terima kasih kepada peduduk kampung yang hadir pada hari ini untuk sama-sama membantu menjayakan program ini.

Tarikh: 25 February 2023
Tempat: Perkarangan Pengkalan Pok Su Muda

Program gotong-royong membina tandas untuk kemudahan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Kampung Jambu Bongkok Pan...
12/02/2023

Program gotong-royong membina tandas untuk kemudahan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Kampung Jambu Bongkok Pantai.

Program pada pagi ini disertai oleh AJK dan juga warga sekitar pantai Kampung Jambu Bongkok. Diucapkan terima kasih kepada peduduk kampung yang hadir pada hari ini untuk sama-sama membantu menjayakan program ini.

Tarikh: 10 February 2023
Tempat: Perkarangan Pengkalan Pok Su Muda

Mesyuarat KRT kali pertama bagi tahun 2023 dan Sambutan Hari Lahir AJK KRT pada bulan January dan bulan Feburary🥳Tarikh:...
12/02/2023

Mesyuarat KRT kali pertama bagi tahun 2023 dan Sambutan Hari Lahir AJK KRT pada bulan January dan bulan Feburary🥳

Tarikh: 03 February 2023
Masa: 3.30 petang

Biro Kebajikan Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok mengunjungi ke rumah penduduk kampung yang sakit dan yang terlibat d...
24/08/2022

Biro Kebajikan Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok mengunjungi ke rumah penduduk kampung yang sakit dan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tarikh: 23 August 2022
Tempat: Sekitar Kampung Jambu Bongkok

Program Semarak Merdeka Kawasan Rukun Tetangga Kampung Jambu Bongkok.Program pada pagi ini dimeriahkan dengan Kacau Bubu...
19/08/2022

Program Semarak Merdeka Kawasan Rukun Tetangga Kampung Jambu Bongkok.

Program pada pagi ini dimeriahkan dengan Kacau Bubur Lambuk, Pertandingan Hias Kek Merdeka, dan Gotong-royong. Diucapkan terima kasih kepada peduduk kampung yang hadir pada hari ini untuk memeriahkan lagi program pada hari ini.

Tarikh: 19 August 2022
Tempat: Perkarangan Pengkalan Pok Su Muda

14/08/2022

Program Komuniti Kemerdekaan bersama KKM dan KRT Jambu Bongkok Pantai.

Dimeriahkan dengan pertandingan memancing, bola tampar pantai, tarik tali, dan juga pembahagian bendera kepada setiap ketua pengkalan yang dibina di Kampung Jambu Bongkok.

Tarikh: 5 Ogos 2022
Tempat: Pengkalan Buai Kampung Tengah Jambu Bongkok

Address

KAMPUNG JAMBU BONGKOK

21610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kawasan Rukun Tetangga Jambu Bongkok Pantai:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share