Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir Menyampaikan info-info dan perkembangan aktiviti semasa khususnya di dalam DUN Manir serta saentero dunia umumnya

12/02/2026

( Live )
Forum Ambang Ramadan Peringkat DUN Manir Surau Al-Ikhwan Sekati.

๐ŸŽ“โœจ Tuisyen Rakyat Terengganu Sejahtera 2025 (DUN Manir)๐Ÿ“š Calon SPM 2025, jom sertai kelas percuma khas untuk anda!Empat ...
14/10/2025

๐ŸŽ“โœจ Tuisyen Rakyat Terengganu Sejahtera 2025 (DUN Manir)

๐Ÿ“š Calon SPM 2025, jom sertai kelas percuma khas untuk anda!

Empat subjek utama:
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Bahasa Melayu
๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง Bahasa Inggeris
๐Ÿ“– Sejarah
๐Ÿงฎ Matematik

๐Ÿ—“๏ธ 24โ€“25 Oktober 2025 (Jumaat & Sabtu)
๐Ÿ•— 8.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manir, Kubang Lembek

๐Ÿ“… Tarikh tutup pendaftaran: 23 Oktober 2025

๐Ÿ“ž Hubungi sekarang!
Encik Danial: 016-511 4961
Puan Hanisah: 010-512 3849

๐Ÿ’š Percuma untuk calon SPM 2025 sahaja!

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Khalil Abdul Hadi berkata demikian sebagai ...
12/10/2025

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Khalil Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas persepsi yang timbul apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution sering mengaitkan isu dadah dengan negeri-negeri dalam kelompok SG4, sedangkan data rasmi menunjukkan kadar penyalahgunaan dadah di negeri lain lebih tinggi berbanding Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
Menurutnya, kerajaan Terengganu telah menyedari hakikat tersebut sejak sebelum mengambil alih pentadbiran pada 2018, lalu memasukkan cadangan penubuhan pusat pemulihan Darul Barakah dalam manifesto pilihan raya.
Artikel penuh di ruangan komen

Surah Al-Ahqaf 47: Ayat 7
12/10/2025

Surah Al-Ahqaf 47: Ayat 7

Mohon perhatian kepada semua ๐ŸŒง๏ธ๐Ÿ’ชKini anda boleh daftar sebagai mangsa bencana dengan mudah melalui aplikasi MyIBJKM ๐Ÿ“ฑApl...
12/10/2025

Mohon perhatian kepada semua ๐ŸŒง๏ธ๐Ÿ’ช

Kini anda boleh daftar sebagai mangsa bencana dengan mudah melalui aplikasi MyIBJKM ๐Ÿ“ฑ
Aplikasi ini membantu mempercepatkan proses pendaftaran mangsa di pusat pemindahan sementara supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat dan teratur.

โœ… Muat turun sekarang! (rujuk poster dibawah)
๐Ÿ“ฒ Google Play: [Imbas kod QR di poster]
๐ŸŽ App Store: [Imbas kod QR di poster]

Jom sama-sama kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana dengan lebih efisien! ๐Ÿ’ง

11/10/2025

"Khaybar, Khaybar, ya yahud! Jaish Muhammad soufa yaสฟoud !

"Birruh biddam nafdika ya aqsa !!
'Dengan roh, darah, kami bela kau Ya Aqsa'
๐Ÿ“ฑ San Somic

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—น ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€œ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—ป...
11/10/2025

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”
๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—น ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
โ€œ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ๐—ฟโ€
Saya merakamkan penghargaan atas pembentangan Belanjawan MADANI 2026 oleh Menteri Kewangan yang memperincikan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan kesejahteraan rakyat serta menstabilkan kedudukan fiskal negara.
Secara prinsipnya, pembangkang menyokong segala langkah yang dapat membantu rakyat keluar daripada tekanan kos sara hidup, memperkukuh ekonomi tempatan, serta menambah baik tadbir urus dan ketelusan pengurusan kewangan negara.
Namun, setelah meneliti keseluruhan kandungan belanjawan ini, saya berpandangan bahawa wujud jurang ketara dari sudut keseimbangan pembangunan wilayah, khususnya bagi negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang Timur. Sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, saya ingin menegaskan bahawa pembangunan nasional mesti bersifat adil, seimbang dan menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada wilayah tengah dan selatan Semenanjung.
1. Lembaga Pelabuhan Kemaman Perlu Berdikari dan Berfokus
Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah kedudukan Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn).
Pada masa ini, struktur pengurusan yang dikongsi bersama Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) telah mewujudkan ketidakseimbangan dari segi keutamaan strategi, agihan pelaburan dan promosi.
Kita dapat lihat bahawa banyak inisiatif pembangunan dan promosi pelabuhan tertumpu kepada Pelabuhan Kuantan, sedangkan Pelabuhan Kemaman mempunyai potensi besar sebagai pelabuhan laut dalam nasional berasaskan industri tenaga, minyak dan gas, pembinaan kapal serta maritim hijau.
Saya menyeru agar kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
- Menstruktur semula tadbir urus dengan menubuhkan Lembaga Pelabuhan Kemaman yang berdikari dan berkuasa penuh, agar dapat memberi tumpuan khusus terhadap perancangan dan promosi strategik pelabuhan tersebut.
- Menyediakan dana khas bagi menambah baik kemudahan pelabuhan, termasuk dermaga laut dalam, zon logistik dan kemudahan kontena.
- Menyegerakan pelaksanaan Kemaman Maritime Industrial Hub di bawah ECER dengan penyertaan aktif kerajaan negeri serta industri tempatan.
Langkah ini penting bagi menjadikan Kemaman sebagai nadi pertumbuhan ekonomi baharu Pantai Timur, sekaligus menyokong agenda ekonomi maritim dan tenaga negara.
2. Pembangunan Pantai Timur Mesti Dipacu dengan Agenda Strategik
Walaupun pelbagai inisiatif diumumkan dalam sektor pertanian, perikanan dan infrastruktur, pelaksanaannya di negeri seperti Terengganu perlu diberi keutamaan yang jelas dan tidak hanya berhenti pada peringkat pengumuman.
Beberapa perkara yang memerlukan tindakan segera termasuk:
- Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Ibai dan anak-anak sungainya di Kuala Terengganu mesti disegerakan kerana ia melibatkan keselamatan ribuan isi rumah setiap kali musim tengkujuh.
- Industri perikanan dan nelayan Pantai Timur perlu diberi tambahan insentif bagi menghadapi kenaikan kos bahan api serta ancaman cuaca ekstrem.
- Sektor pertanian dan penanaman padi di Terengganu wajar disokong dengan pelaburan dalam mekanisasi dan sistem pengairan moden agar setara dengan negeri-negeri utama pengeluar padi lain.
- Industri tenaga hijau dan nadir bumi (REE) mesti memastikan rakyat tempatan menikmati manfaat pekerjaan, latihan dan penyertaan kontraktor negeri bukan hanya memberi keuntungan kepada pelabur luar.
3. Isu Kesihatan: Peruntukan Besar Mesti Disertai Tindakan di Lapangan
Saya juga ingin menegur secara konstruktif terhadap peruntukan besar yang diumumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaupun angka peruntukan meningkat, isu kapasiti dan kesiapsiagaan hospital utama di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya di Terengganu, masih amat membimbangkan.
Di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sering berlaku kes di mana bayi yang dilahirkan di klinik swasta dan mengalami komplikasi serius terpaksa dirujuk ke hospital tersebut, namun ditolak kemasukan kerana kekangan kapasiti sama ada kekurangan peralatan atau pegawai pakar.
Akibatnya, bayi-bayi ini terpaksa dibawa jauh ke hospital universiti seperti UIA atau HUSM, menempuh perjalanan berjam-jam yang boleh mengancam nyawa. Beberapa kes tragik telah dilaporkan di mana bayi meninggal dunia kerana tidak sempat diselamatkan.
Saya mendesak agar:
- KKM segera menaik taraf kapasiti rawatan neonatal dan kecemasan di HSNZ, termasuk menambah peralatan inkubator, mesin ventilator dan katil ICU bayi.
- Penempatan pegawai pakar kanak-kanak dan neonatal di Terengganu ditambah, agar tiada lagi kes rujukan rentas negeri yang melibatkan nyawa.
- Hospital-hospital daerah seperti Dungun, Besut dan Setiu turut diperkasa supaya mampu menampung kes rujukan awal dengan lebih cekap.
Kita tidak boleh berpuas hati dengan angka peruntukan semata-mata selagi nyawa bayi dan ibu terus terdedah kepada risiko akibat kelemahan kapasiti sistem kesihatan awam di negeri ini.
4. Keadilan Fiskal dan Agihan Wilayah
Belanjawan ini juga mesti menekankan prinsip keadilan fiskal antara negeri.
Sebagai negeri penyumbang hasil minyak dan gas, Terengganu wajar menikmati pulangan pembangunan yang setimpal dengan sumbangan tersebut.
Saya mencadangkan supaya:
- Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) diperkasa untuk menilai semula keutamaan projek strategik negeri.
- Dana penyelidikan dan inovasi diagihkan secara lebih seimbang kepada universiti dan agensi di Pantai Timur seperti UMT, UniSZA dan TATIUC.
Autonomi pelaksanaan projek negeri diberikan kepada kerajaan negeri pengeluar sumber agar dapat memacu projek strategik berimpak tinggi mengikut kekuatan tempatan.
5. Menyokong yang Baik, Menegur yang Perlu
Saya menyambut baik langkah kerajaan memperkukuh jaringan keselamatan sosial melalui STR dan SARA, serta pelaburan dalam infrastruktur luar bandar. Namun, pelaksanaannya mesti benar-benar sampai kepada rakyat luar bandar termasuk di Terengganu, yang masih berdepan isu capaian internet, air bersih dan peluang pekerjaan anak muda.
Sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan sebahagian daripada blok pembangkang, saya mengambil pendekatan kritis tetapi membina. Tugas kami bukan sekadar menentang, tetapi memperbetulkan agar pembangunan negara tidak bersifat berpusat (central-centric), sebaliknya menyeluruh, adil dan inklusif.
Sudah tiba masanya Pelabuhan Kemaman, Kuala Terengganu, Dungun, Kerteh dan seluruh Terengganu diangkat sebagai teras pertumbuhan ekonomi maritim, tenaga dan inovasi Pantai Timur. Belanjawan yang baik mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata, termasuk dalam aspek kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.
Saya akan terus memperjuangkan agar Terengganu dan Pantai Timur tidak lagi menjadi wilayah pinggiran, tetapi pemacu utama masa depan Malaysia.
๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—”๐—บ๐˜‡๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ@๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ต๐—ถ๐—บ
๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚
๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Alhamdulillah ..moga Allah permudahkan urusanTurkiye memberi jaminan akan membantu membawa pulang sembilan aktivis Malay...
09/10/2025

Alhamdulillah ..moga Allah permudahkan urusan

Turkiye memberi jaminan akan membantu membawa pulang sembilan aktivis Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalitionโ€“Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) yang ditahan rejim Zionis semalam.
Artikel di bawah.

Terengganu termasuk antara enam negeri di Malaysia yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman gempa bumi berdasarkan kaj...
09/10/2025

Terengganu termasuk antara enam negeri di Malaysia yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman gempa bumi berdasarkan kajian terkini Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Peta Seismotektonik Malaysia.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii, berkata selain Terengganu, negeri lain yang turut berada dalam zon berisiko ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Ikuti berita lebih di sini : https://www.trdi.my/terengganu-antara-enam-negeri...

Terengganu termasuk antara enam negeri di Malaysia yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman gempa bumi berdasarkan kajian terkini Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Peta Seismotektonik Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato' Sri Huang Tiong Sii, berkata selain Terengganu, negeri lain yang turut berada dalam zon berisiko ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Ikuti berita lebih di sini : https://www.trdi.my/terengganu-antara-enam-negeri-berisiko-gempa-bumi

Hari, esok dan seterusnya di Terengganu.Sekejap lagi kita sambut sukarelawan anak Terengganu yang dijangka tiba di Lapan...
09/10/2025

Hari, esok dan seterusnya di Terengganu.
Sekejap lagi kita sambut sukarelawan anak Terengganu yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 2.30 petang.
Esok kita akan berarak di laut.
Pagi Ahad, tiga anak Terengganu yang menyertai Sumud Flotila, Farah Lee, Hazwani dan Heliza Helmi akan berkongsi cerita tentang perjuangan P.
Semua ini bukan tentang aku, dia atau kamu, tetapi tentang P.
Ibarat kata Greta, perjuangan ini bukan tentang kita, tetapi tentang rakyat yang dibun beramai-ramai oleh Is.
Semua perlu bangkit menghentikan kezaliman ini.

Insya-Allah jam 2.30 petang nanti jumpa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud belake semua.Foto : UMK Sumud Nusantara
09/10/2025

Insya-Allah jam 2.30 petang nanti jumpa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud belake semua.
Foto : UMK Sumud Nusantara

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐๐€๐‹๐€๐ (๐๐„๐‹๐€๐”๐“) โ€“ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐„๐Œ๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐€๐๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”Satu inisiatif kerjasama strategik antara Majlis ...
09/10/2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐‹๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐๐€๐‹๐€๐ (๐๐„๐‹๐€๐”๐“) โ€“ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐„๐Œ๐€๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐€๐๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”
Satu inisiatif kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM dan Terengganu Safety Training Centre Sdn Bhd (TSTC) membuka peluang keemasan buat anak-anak Terengganu yang layak, khususnya anak asnaf fakir dan miskin untuk menyertai
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฉ๐š๐ฅ๐š๐ง (๐๐ž๐ฅ๐š๐ฎ๐ญ)
๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง: ๐Ÿ›‘๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ›‘
๐‹๐ข๐ง๐ค :https://ypmaidam.my/.../KURSUS-KELASI-PERKAPALAN-PELAUT.pdf
"๐‘ณ๐’‚๐’•๐’Š๐’‰๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’…๐’†๐’Œ, ๐’‘๐’†๐’๐’–๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚ ๐’‘๐’‚๐’๐’‹๐’‚๐’๐’ˆ."
Jom manfaatkan peluang ini untuk membina masa depan yang lebih baik melalui pendidikan teknikal berkualiti dan jaringan industri yang kukuh. Ini bukan sekadar latihan, ini adalah titik mula transformasi hidup.

Address

Kg Kubang Lembek
Manir
21200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 17:30

Telephone

+6096151111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir:

Share