18/08/2026
13 Ogos 2026 - KOSISWA UMT Berhad Terlibat dalam Sesi Temu Bual Kajian Kelestarian Koperasi Siswa.
Universiti Malaya melalui Fakulti Perniagaan dan Ekonomi sedang menjalankan satu projek penyelidikan bertajuk A Strategic Business Model for the Sustainable Development of Koperasi Siswa (KOSISWA) in Malaysian Higher Learning Institutions.
Sehubungan itu, Cik Nurul Aina Batrisyia, Research Assistant di bawah seliaan Dr. Diana Abdul Wahab, telah menjalankan sesi temu bual bersama wakil KOSISWA Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Berhad.
Sesi temu bual yang melibatkan Dr. Mohd Shaari Bin Abd Rahman, Pengerusi dan En. Muhammad Aiman Bin Abd Llah Pengurus KOSISWA UMT Berhad ini bertujuan mendapatkan perkongsian pengalaman, pandangan serta maklumat berkaitan pengurusan dan operasi koperasi, termasuk aktiviti perniagaan yang dijalankan, penglibatan pelajar, cabaran yang dihadapi serta strategi yang dilaksanakan bagi memastikan kelestarian KOSISWA.
Kajian ini secara keseluruhannya bertujuan untuk memahami amalan pengurusan, cabaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian KOSISWA di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Semoga perkongsian ini dapat menyumbang kepada penerbitan yang bermanfaat, sekali gus memperkenalkan peranan koperasi mahasiswa dengan lebih meluas serta menjadi rujukan kepada generasi akan datang.
Terima kasih kerana memilih KOSISWA UMT sebagai salah satu koperasi yang terlibat dalam kajian ini. Semoga segala urusan penyelidikan dan penerbitan buku tersebut dipermudahkan serta mencapai kejayaan.