11/01/2026
ππππππππππππ πππππ ππππππ ππππππππ πππππ πππππ
Alhamdulillah, Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Ujong Pasir anjuran Kelab Sepak Takraw Ujong Pasir (KSTUP) telah berlangsung dengan lancar dan meriah di Gelanggang Takraw, Dewan Taman May Lian, Ujong Pasir.
Ini merupakan anjuran sulung KSTUP dan sambutan yang diterima amat di luar jangka dengan kehadiran peserta serta penduduk dari pelbagai peringkat umur.
Suasana program santai dengan penuh semangat kesukanan dan kebersamaan.
Selain sepak takraw, pertandingan dart turut diadakan sebagai acara tambahan. Kaunter pendaftaran ahli baharu juga dibuka dan mendapat sambutan menggalakkan dengan ramai yang berminat mendaftar sebagai ahli KSTUP.
KSTUP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada penyumbang dan penaja dana, sama ada individu persendirian mahupun syarikat, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Melalui aktiviti seperti ini, KSTUP berharap dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk, khususnya golongan belia, serta memupuk semangat perpaduan dan kesukanan dalam komuniti.
Tahniah dan terima kasih semua!