Rumah Ngaji Melaka

Call Contact the organization

Rumah Ngaji Melaka Pertubuhan Pengurusan Rumah Ngaji Melaka
(PPM-014-04-03032021)

PENGAJIAN FARDHU AIN DEWASA SEKITAR MELAKA πŸ“–Alhamdulillah, pengajian Fardhu Ain bersama Ustaz Mohd Nidzam bin Hj Omar se...
17/09/2026

PENGAJIAN FARDHU AIN DEWASA SEKITAR MELAKA πŸ“–

Alhamdulillah, pengajian Fardhu Ain bersama Ustaz Mohd Nidzam bin Hj Omar setiap pagi di masjid dan surau sekitar Melaka terus berjalan seperti biasa.

Gambar dikongsikan adalah suasana pengajian di Masjid Al-Wahhab, Permatang Duyong, Melaka, pagi tadi.

Alhamdulillah, sahabat-sahabat terus istiqamah meluangkan masa mendalami ilmu agama melalui bacaan kitab-kitab Fardhu Ain.

Pengajian ini terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat, khususnya orang dewasa yang ingin kembali belajar dan memperkemaskan ilmu asas agama.

JOM HADIR - SEMUA BOLEH HADIR

ALHAMDULILLAH | REZEKI PONDOK TERUS DIPERMUDAHKAN 🀲Hari ini, Admin Rumah Ngaji Melaka & Pondok Bukit Durian Melaka berke...
17/09/2026

ALHAMDULILLAH | REZEKI PONDOK TERUS DIPERMUDAHKAN 🀲

Hari ini, Admin Rumah Ngaji Melaka & Pondok Bukit Durian Melaka berkesempatan singgah dan bertemu dengan seorang penginfak yang menyatakan kesudian untuk membantu menyediakan mangkuk tandas jenis duduk serta sinki basuh tangan bagi melengkapkan kemudahan di Pondok Bukit Durian Melaka.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kesudian beliau bersama-sama membantu pembangunan pondok ini.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan keberkatan rezeki oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal β€˜Alamin.

Dalam masa yang sama, pembangunan pondok masih memerlukan pelbagai kelengkapan untuk kegunaan pelajar, guru dan pengurusan.

Kepada sahabat-sahabat yang berhajat untuk turut serta berinfak dalam bentuk barangan seperti peralatan pejabat, meja dan kerusi, perabot, kelengkapan dapur, peralatan elektrik, kelengkapan asrama serta lain-lain keperluan pondok, sumbangan tuan/puan amatlah dialu-alukan.

Tidak semestinya besar nilainya. Insya-Allah, setiap yang memberi manfaat kepada penuntut ilmu mempunyai nilai yang besar di sisi Allah.

Terima kasih kepada semua Sahabat Pondok, para penginfak, pewakaf dan penyumbang yang terus bersama kami.

Semoga Allah menerima segala amal dan usaha kita dalam membantu membangunkan Pondok Bukit Durian Melaka. 🀲

PONDOK BUKIT DURIAN MELAKA
RUMAH NGAJI MELAKA
PONDOK USTAZ MOHD NIDZAM
PONDOK BABA MAT YUSOFF (BABA SUF)

WAKAF BATU RINGAN | PEMBANGUNAN PONDOK BUKIT DURIAN MELAKAAlhamdulillah, pembangunan Pondok Bukit Durian Melaka (PBDM) t...
16/09/2026

WAKAF BATU RINGAN | PEMBANGUNAN PONDOK BUKIT DURIAN MELAKA

Alhamdulillah, pembangunan Pondok Bukit Durian Melaka (PBDM) terus berjalan dan kini sedang menuju ke peringkat menaikkan dinding Pusat Pengajian (Balasoh).

Setelah dinilai daripada beberapa sudut, insya-Allah pembinaan dinding Balasoh dirancang menggunakan Batu Ringan AAC yang lebih ringan, kemas, cepat dipasang serta mempunyai ciri penebat haba yang baik.

Kini kami membuka peluang kepada semua Sahabat, Pewakaf, Penginfaq dan Penyumbang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pembangunan pusat ilmu ini.

🧱 Serendah RM4.05 sebiji
🧱 180 biji = 1 pallet
🧱 1 pallet = RM729

Tak perlu menunggu mampu untuk menyumbang satu pallet. RM10, RM20, RM50, RM100 atau apa sahaja jumlah mengikut kemampuan, semuanya amat bermakna apabila dihimpunkan bersama.

SUMBANGAN / WAKAF BOLEH DISALURKAN KE:

MAYBANK
Nama Akaun: PONDOK BUKIT DURIAN
No. Akaun: 554110567408

Atau lebih mudah, SCAN DUITNOW QR RASMI PONDOK BUKIT DURIAN yang disertakan pada hebahan.

πŸ“ž Pertanyaan: 012-689 1942

Kita mungkin tidak mampu membina sebuah pondok seorang diri, tetapi kita mampu menyumbang walau sebiji batu.

Semoga setiap batu yang diwakafkan menjadi sebahagian daripada amal jariah yang berkekalan ke akhirat.

PONDOK BUKIT DURIAN MELAKA
RUMAH NGAJI MELAKA


Bersama Bina, Bersama Berkat

16/09/2026

MENUNTUT ILMU ITU SATU NIKMAT.

Daripada satu nikmat itu, mudah-mudahan datang p**a nikmat yang kedua β€” kefahaman, ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan.

Jangan berhenti mencari ilmu fardhu ain di Melaka.

πŸ“– Pengajian Fardu Ain & Kuliah Dhuha
Bersama Ustaz Mohd Nidzam bin Hj Omar

πŸ•Œ Masjid Jamek Al-Faizin, Kg. Bukit Tembakau, Umbai, Melaka
πŸ“… Setiap Rabu
⏰ 9.00 pagi

Pengajian percuma β€’ Kitab-kitab disediakan
Terbuka kepada Muslimin & Muslimat.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

MENUNTUT ILMU ITU SATU NIKMAT.Dan apabila ilmu itu membawa kita kepada kebaikan yang seterusnya, di situlah hadirnya keb...
16/09/2026

MENUNTUT ILMU ITU SATU NIKMAT.

Dan apabila ilmu itu membawa kita kepada kebaikan yang seterusnya, di situlah hadirnya keberkatan.

Jom hadir dan ikuti Pengajian Fardhu Ain & Kuliah Dhuha bersama Ustaz Mohd Nidzam bin Hj Omar.

πŸ“ Masjid Jamek Al-Faizin, Kg. Bukit Tembakau, Umbai, Melaka
πŸ“… Setiap hari Rabu
⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“š Kitab-kitab disediakan

Penyertaan PERCUMA
Terbuka kepada Muslimin & Muslimat

β€œBerkat ialah nikmat kedua yang lahir daripada nikmat yang pertama.”

SEMUA DIJEMPUT HADIR.
INFO : +60126891942

UMBAI | MELAKA | 16 SEPTEMBER 2026HAMPIR 300 PESERTA RAIKAN HARI MALAYSIA DENGAN ILMU DI MASJID JAMEK AL-FAIZINUMBAI, ME...
16/09/2026

UMBAI | MELAKA | 16 SEPTEMBER 2026

HAMPIR 300 PESERTA RAIKAN HARI MALAYSIA DENGAN ILMU DI MASJID JAMEK AL-FAIZIN

UMBAI, MELAKA β€” Sambutan Hari Malaysia di Umbai hari ini diraikan dalam suasana penuh ilmu apabila hampir 300 peserta hadir memenuhi Masjid Jamek Al-Faizin, Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Melaka bagi memulakan siri Pengajian Fardu Ain & Kuliah Dhuha bersama Ustaz Mohd Nidzam bin Hj Omar.

Pengajian yang bermula pagi ini membuka lembaran baharu kepada masyarakat setempat dengan bacaan Kitab Misbahul Munir dalam bidang Tauhid dan Kitab Ta’limul Aulad dalam bidang Tasawuf.

Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Al-Faizin serta sahabat-sahabat yang bersama-sama menyediakan platform, ruang dan kemudahan yang selesa serta amat sesuai untuk masyarakat mengikuti pengajian secara berterusan.

Semoga usaha ini terus berkembang dan Masjid Jamek Al-Faizin menjadi antara masjid contoh dalam mengimarahkan masjid melalui pengajian ilmu dan Fardu Ain, khususnya kepada masyarakat sekitar Umbai dan kawasan berhampiran.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Hari Malaysia diraikan dengan ilmu.
Masjid diimarahkan, masyarakat diperkasakan dengan ilmu.

Masjid Jamek Al-Faizin
Kg. Bukit Tembakau Umbai Melaka
Rumah Ngaji Melaka
Pondok Bukit Durian Melaka

πŸ“š PENDAFTARAN PELAJAR | PONDOK BUKIT DURIAN MELAKAPendaftaran kini dibuka untuk pelajar lelaki & perempuan berumur 15 hi...
16/09/2026

πŸ“š PENDAFTARAN PELAJAR | PONDOK BUKIT DURIAN MELAKA

Pendaftaran kini dibuka untuk pelajar lelaki & perempuan berumur 15 hingga 21 tahun yang berminat mendalami pengajian agama bersama Baba Mat Yusoff Bin Md Razali.

Pengajian merangkumi Bahasa Arab, Kitab Turath dan Jawi, sebagai asas untuk membina kefahaman ilmu agama secara lebih tersusun.

πŸ“Œ Pelajar Lelaki & Perempuan
πŸ“Œ Umur 15 – 21 Tahun
πŸ“Œ Pengajian Setiap Pagi
πŸ“Œ Penyertaan PERCUMA
πŸ“Œ Kitab-kitab disediakan
πŸ“ Madrasah Pondok Bukit Durian Melaka

Peluang yang baik khususnya buat anak-anak muda untuk mengisi masa dengan ilmu serta mendekatkan diri dengan pengajian kitab dan tradisi pondok.

DAFTAR SEGERA β€” TEMPAT TERHAD

MENUNTUT ILMU SATU NIKMAT
Bersama Dalam Ilmu β€’ Ilmu Untuk Ummah

SEMUA DIJEMPUT MENDAFTAR
INFO ADMIN : +60126891942 (Saudara Qatar)

πŸ•ŒπŸ•Œ ℙ𝕆ℕ𝔻𝕆𝕂 π”Ήπ•Œπ•‚π•€π•‹ π”»π•Œβ„π•€π”Έβ„• πŸ•ŒπŸ•ŒBERMULA DENGAN KELAS PENGAJIAN AL QURAN KINI DITAMBAH BAIK DENGAN BACAAN KITAB FARDHU AIN      ...
15/09/2026

πŸ•ŒπŸ•Œ ℙ𝕆ℕ𝔻𝕆𝕂 π”Ήπ•Œπ•‚π•€π•‹ π”»π•Œβ„π•€π”Έβ„• πŸ•ŒπŸ•Œ

BERMULA DENGAN KELAS PENGAJIAN AL QURAN KINI DITAMBAH BAIK DENGAN BACAAN KITAB FARDHU AIN

TAHNIAH
Kepada Ustaz Syafiq Rashid pengajar Kelas Mengaji Ar Rashid Taman Bukit Rambai kerana berjaya mengorak langkah baru dalam usaha dakwah beliau memperkenalkan pengajian Fardhu Ain, ilmu yang wajib bagi setiap Mukallaf. Tahniah juga kepada masyarakat Taman Bukit Rambai yang penuh semangat menyambut kami.
Jom sama2 kita belajar ilmu Usulluddin atau ilmu mengenal Allah.

Terima Kasih dan sekali lagi tahniah kepada semua yang hadir bersemuka & online

SUASANA PAGI ISNIN | BERTAM JAYAAlhamdulillah, beginilah suasana Kuliah Pengajian Fardhu Ain pagi semalam bersama Ustaz ...
15/09/2026

SUASANA PAGI ISNIN | BERTAM JAYA

Alhamdulillah, beginilah suasana Kuliah Pengajian Fardhu Ain pagi semalam bersama Ustaz Mohd Nidzam bin Hj Omar di Surau Nur Iman, Taman Bertam Jaya, Cheng, Melaka.

Kuliah ini merupakan antara siri pengajian pagi bersama Ustaz Mohd Nidzam yang berlangsung di beberapa masjid dan surau sekitar Melaka.

πŸ“ Surau Nur Iman, Taman Bertam Jaya
πŸ“… Setiap Isnin | 10.30 pagi

Jom hadir pengajian Fardhu Ain setiap pagi.
Cari masa untuk ilmu, insya-Allah ada keberkatan pada perjalanan hidup kita.

SEMUA DIJEMPUT HADIR
Bersama Dalam Ilmu πŸ“–

Address

No. 393-A Jalan Seroja 1, Taman Bunga Raya, Bukit Beruang Melaka
Malacca City
75450

Telephone

+60126891942

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Ngaji Melaka:

Shortcuts

Share