16/09/2026
PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR (HSE) DAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 PERINGKAT TANJUNG BRUAS PORT ππ
TANJUNG BRUAS, 15 September 2026 β Seramai 37 orang pelajar Politeknik Melaka telah menyertai Program Sambutan Hari Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) serta Bulan Kemerdekaan 2026 yang dianjurkan oleh Tanjung Bruas Port Sdn. Bhd. (TBP) di Tanjung Bruas Port.
Program yang berlangsung dari 7.00 pagi hingga 3.00 petang ini merupakan salah satu inisiatif TBP dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan dan kesihatan serta menyemarakkan semangat patriotisme melalui penglibatan warga kerja, pelajar dan komuniti.
Antara pengisian utama program ialah Fun Run yang bertujuan menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat. Selain itu, para peserta turut berpeluang menyertai pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan, ceramah kesihatan mental dan pameran kerjaya yang disediakan sepanjang program.
Penglibatan pelajar Politeknik Melaka dalam program ini memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar, di samping mendapatkan pendedahan serta pengalaman melalui interaksi bersama pihak industri dan komuniti.