Malacca Deaf Sports

Malacca Deaf Sports Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (English: Malacca Deaf Sports Association - MaSDeaf) adalah sebua

MaSDeaf adalah sebuah badan sukan warga pekak peringkat negeri yang tunggal di Negeri Melaka yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan bergabung dengan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia.

MARIA MELISA LENGKAPKAN HARI TERAKHIR PINGAT KETIGA PERIBADI. Kuching| 5 Okt. 2025| 13 RabiulAkhir 1447H.Hari terakhir a...
05/10/2025

MARIA MELISA LENGKAPKAN HARI TERAKHIR PINGAT KETIGA PERIBADI.
Kuching| 5 Okt. 2025| 13 RabiulAkhir 1447H.

Hari terakhir acara olahraga memberi hadiah yang paling manis buat Maria Melisa atlet olahraga dengan merangkul emas ketiga buat Melaka dan ketiga peribadi bagi dirinya.

Disebalik kejayaan hebat dan manis ini bagi Negeri Melaka tidak seorangpun daripada rakan-rakannya berjaya memenangi sebarang pingat ditemasya SOPMA XXII kali ini iaitu dalam acara badminton, orienteering, tenpin boling dan futsal.

MelSDeaf mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diatas pencapaian yang cukup gemilang yang telah dicipta oleh Maria Melisa.

Penyampaian pingat telah dihadiri oleh YB Dato' Seri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.






05/10/2025

BENDERA NEGERI MELAKA BERKIBAR MEGAH DIBUMI SARAWAK.






EMAS KEDUA MARIA MELISA ACARA MEREJAM LEMBING CERIAKAN KONTINJEN MELAKA. Kuching. 4 Okt 2025 | 11 RabiulAkhir 1447H.Atle...
05/10/2025

EMAS KEDUA MARIA MELISA ACARA MEREJAM LEMBING CERIAKAN KONTINJEN MELAKA.
Kuching. 4 Okt 2025 | 11 RabiulAkhir 1447H.

Atlet sensasi Pekak Melaka, Maria Melissa Mohd Mohtiar menceriakan sekali lagi kem olahraga Pekak Melaka kerana sekali lagi berjaya mengunguli acara merejam lembing wanita di SOPMA XXII 2025 kali ini.

Ini adalah pingat emas kedua Maria, pingat pertama atlet ini diperoleho dalam acara lontar cekera semalam.

Maria mempunyai satu lagi acara iaitu lontar peluru dan diharap beliau berjaya untuk mempertahankan emas yang pernah beliau raih semasa di SOPMA XXI 2023 lalu.






MARIA MEaLISA HADIAHKAN EMAS PERTAMA KONTINJEN MELAKA.Kuching 4 Okt. 2025.Maria Melisa menceriakan kem Kontinjen Melaka ...
04/10/2025

MARIA MEaLISA HADIAHKAN EMAS PERTAMA KONTINJEN MELAKA.
Kuching 4 Okt. 2025.

Maria Melisa menceriakan kem Kontinjen Melaka pada hari pertama acara olahraga berlangsung di Stadium Sarawak.

Emas yang dihadiahkan oleh Maria hadir hanya pada balingan pertama sudah cukup untuk atlet Melaka tersebut meraih emas dengan jarak balingan sejauh 23.34 meter.

Maria mempunyai beberapa acara lagi iaitu lontar peluru dan merenjam lembing peluang untuk Maria meraih pingat amat cerah.

MelSDeaf mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Maria Malisa diatas pencapaian yang cukup cemerlang ini.






KONTINJEN MELAKA DI PEMBUKAAN SOPMA XXII 2025.Kuching, Sarawak. 2 Okt. 2025 |10 RabiulAkhir 1447H.Kontinjen Melaka seram...
03/10/2025

KONTINJEN MELAKA DI PEMBUKAAN SOPMA XXII 2025.
Kuching, Sarawak. 2 Okt. 2025 |10 RabiulAkhir 1447H.

Kontinjen Melaka seramai 39 orang adalah antara 14 Kontinjen Negeri yang menyertai majlis Pembukaan SOPMA XXII 2025 yang secara rasminya membuka tirai.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pramier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Turut hadir YB Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta juga beberapa orang kenamaan lain.

Kontinjen Melaka mensasarkan beberapa pingat menerusi olahraga, orienteering dan juga badminton selain tenpin bowling.






KONTINJEN MELAKA BERLEPAS KE KLIA UNTUK SERTAI SOPMA XXII 2025.Paya Krubong, Melaka. 30 September 2025 | 8 RabiulAkhir 1...
30/09/2025

KONTINJEN MELAKA BERLEPAS KE KLIA UNTUK SERTAI SOPMA XXII 2025.
Paya Krubong, Melaka. 30 September 2025 | 8 RabiulAkhir 1447H.

Kontinjen Pekak Negeri Melaka seramai 39 orang yang diketuai oleh Ketua Kontinjen Puan Hamidah MP Maricar sedia berlepas menaiki bas sewa khas sumbangan YB Datuk Zahari Abdul Khalil Exco Kerjaraya, Infrastrultur Kemudahan Pengangkutan Negeri Melaka Merangkap Adun Durian Tunggal.

Kontinjen Pekak Melaka akan menyerti 5 acara sukan yang dipertandingkan di SOPMA XXII 2025 Sarawak iaitu Futsal, Badminton, Olahraga, Orienteering dan Tenpin Bowling.
Mereka akan berlepas ke Kucing, Sarawak pada 1 Oktober 2025.

Didoakan semuga semua dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi.





Address

D/a CO-294-A Jalan Kampung Lapan, Bachang
Malacca City
75200

Telephone

+60136100116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malacca Deaf Sports posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malacca Deaf Sports:

Share