Boules Sports Melaka

Boules Sports Melaka “Persatuan Sukan Boules Melaka ditubuhkan bertujuan untuk pembangunan sukan boules dan memupuk perpaduan dalam negeri Melaka.”

SESI LATIHAN ATLET SUKMA MELAKA (12–14 JUN 2026)Alhamdulillah, sesi latihan Atlet SUKMA Melaka yang berlangsung pada 12 ...
14/06/2026

SESI LATIHAN ATLET SUKMA MELAKA (12–14 JUN 2026)

Alhamdulillah, sesi latihan Atlet SUKMA Melaka yang berlangsung pada 12 hingga 14 Jun 2026 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan jurulatih, Cikgu Afif, En. Amirrudin, dan Ain yang sentiasa komited dalam membimbing, memantau serta membantu para atlet meningkatkan tahap kecergasan fizikal, kemahiran teknikal dan prestasi permainan sebagai persediaan menghadapi temasya SUKMA yang bakal berlangsung.

Terima kasih juga kepada semua atlet atas disiplin, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang sesi latihan. Semoga segala usaha, pengorbanan dan komitmen yang diberikan akan membuahkan hasil yang membanggakan buat Melaka.

02/06/2026
SIRKIT REMAJA BOULES (PETANQUE) KEBANGSAAN BAWAH 17 TAHUN 2026Satu platform pembangunan atlet remaja Boules (Petanque) y...
31/05/2026

SIRKIT REMAJA BOULES (PETANQUE) KEBANGSAAN BAWAH 17 TAHUN 2026

Satu platform pembangunan atlet remaja Boules (Petanque) yang lebih tersusun, sistematik dan berterusan kini diperkenalkan melalui Sirkit Remaja Kebangsaan U17 2026.

Program ini memberi peluang kepada atlet muda dari seluruh negara untuk bersaing sepanjang tahun melalui sistem ranking kebangsaan yang objektif dan telus sebelum layak ke Grand Final Kebangsaan.

✅ Pertandingan berterusan sepanjang tahun
✅ Sistem ranking kebangsaan yang tersusun
✅ Platform pencarian bakat baharu negara
✅ Laluan ke Grand Final Kebangsaan
✅ Peluang ke Kejohanan Remaja Asia dan Dunia

Paling terdekat jom ke program :
📍 Siri 1 – Zon Selatan
🗓️ 27 & 28 Jun 2026
📌 Arena Petanque Hang J***t, Melaka

Program ini diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat muda serta melahirkan lebih ramai atlet Boules (Petanque) yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ayuh sertai dan buktikan kemampuan anda!

Bermain Hari Ini, Cemerlang Esok! 🇲🇾🎯







Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 kepada seluruh umat Islam khus...
26/05/2026

Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 kepada seluruh umat Islam khususnya warga Boules (Petanque), atlet, jurulatih, pegawai, pengadil, ibu bapa serta semua yang sentiasa menyokong pembangunan sukan ini.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai semangat pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan dalam kehidupan kita semua.

“Bersatu • Berkorban • Bersempurna”

Ikhlas daripada
Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka

Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 kepada seluruh umat Islam khus...
26/05/2026

Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 kepada seluruh umat Islam khususnya kepada warga Boules (Petanque), atlet, jurulatih, pegawai, pengadil, ibu bapa serta semua yang sentiasa menyokong pembangunan sukan ini.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan serta perpaduan dalam kehidupan dan perjuangan kita bersama.

Ikhlas daripada:
Prof Madya Rawi Nordin
Presiden
Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet remaja wanita Pasukan Melaka atas kejayaan muncul 🥇 Johan Double Wanita Remaja...
24/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet remaja wanita Pasukan Melaka atas kejayaan muncul 🥇 Johan Double Wanita Remaja iaitu Damia Darwiesyah binti Sufian dan Saidatul Ummairah dalam Kejohanan Boules (Petanque) Remaja Kebangsaan yang berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2026 di Bera.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih atlet, komitmen jurulatih serta sokongan padu daripada ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa bersama dalam pembangunan Boules (Petanque) negeri Melaka.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melahirkan lebih ramai atlet muda berpotensi dan mengharumkan nama Melaka di peringkat kebangsaan serta antarabangsa

Ucapan Tahniah daripada PERSATUAN SUKAN BOULES NEGERI MELAKATerima kasih pihak Penganjur Mat Jue Bera Pahang atas pengan...
24/05/2026

Ucapan Tahniah daripada PERSATUAN SUKAN BOULES NEGERI MELAKA

Terima kasih pihak Penganjur Mat Jue Bera Pahang atas penganjuran ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan jurulatih serta pegawai pasukan Melaka iaitu Cikgu Mohd Norafif, En. Amirrudin dan Ain atas komitmen, usaha serta pengorbanan dalam membimbing atlet-atlet Melaka di Kejohanan Boules (Petanque) Remaja Kebangsaan yang berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2026 di Bera.

Syukur Alhamdulillah, kontinjen Pasukan Melaka berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan pencapaian membanggakan:

🥇 Johan
🏅 Tempat ke-5
🏅 Tempat ke-6
🏅 Top 14
🏅 Top 16 terbaik

Tahniah juga kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Pihak persatuan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Melaka, ibu bapa, pihak pengurusan pasukan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pembangunan Boules (Petanque) negeri Melaka.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan lebih ramai atlet muda berpotensi dan mengharumkan nama Melaka di masa hadapan.

Majlis Sukan Negeri Melaka
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Seluruh warga PERSATUAN SUKAN BOULES NEGERI MELAKA mendoakan agar kontinjen Melaka diberikan kejayaan, kekuatan dan dipe...
22/05/2026

Seluruh warga PERSATUAN SUKAN BOULES NEGERI MELAKA mendoakan agar kontinjen Melaka diberikan kejayaan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang penyertaan di Kejohanan Remaja Bera Pahang 2026.

Semoga semua atlet dapat memberikan aksi terbaik, bermain dengan penuh disiplin, semangat kesukanan serta berjaya mengharumkan nama negeri Melaka di pentas kebangsaan.

Teruskan berjuang demi Melaka ❤️

22 hingga 24 Mei 2026




Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Boules Sports Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Boules Sports Melaka:

Share