Nur Hisham Ang

Nur Hisham Ang Business Owner & Networking Enthusiast. Passionate about building connections and creating value-driven opportunities.

Here to inspire growth, share insights, and collaborate with like-minded entrepreneurs. Let’s network, learn, and succeed together!

20/04/2026

Selamat pagi Isnin…
hari yang ramai orang cuba elak

Semalam masih lena…
hari ni realiti dah ketuk pintu

Bisnes tak kenal hari…
Isnin ke Ahad… tetap jalan

Baru sedar…
yang lari dari Isnin…
sebenarnya lari dari peluang

Pegangan aku simple…
hari orang malas…
itulah hari aku buat lebih

Sebab aku bukan kejar mood…
aku kejar result

Akhirnya…
Isnin bukan beban…
Isnin tu lubang rezeki… siapa berani, dia isi.

Raya belum habis… mood jangan habis.Rumah masih buka.Gelak masih ada.Orang masih lengkap.Bukan selalu kita dapat momen m...
18/04/2026

Raya belum habis… mood jangan habis.

Rumah masih buka.
Gelak masih ada.
Orang masih lengkap.

Bukan selalu kita dapat momen macam ni.

Nanti bila rindu datang… semua ni dah tak sama.

Selamat pagi Jumaat.Semoga hari ni kita semua dipermudahkan urusan.Yang bangun awal,semoga rezeki awal sampai.Yang bangu...
16/04/2026

Selamat pagi Jumaat.

Semoga hari ni kita semua dipermudahkan urusan.

Yang bangun awal,
semoga rezeki awal sampai.

Yang bangun lambat,
semoga alasan pun cukup kuat.

Hidup ni simple je sebenarnya.

Pagi-pagi semangat nak berubah.
Tengah hari dah mula lupa.
Petang nanti cakap, “Isnin lah aku start balik.”

Kita ni bukan tak nak berjaya…

Cuma kadang-kadang,
lawan paling kuat tu…
bantal sendiri.

Apa pun,

Semoga hari ni bukan sekadar rancang,
tapi jadi hari kita betul-betul buat.

Sebab azam tanpa action…
confirm tinggal jadi caption je.

04/04/2026

Sekarang ni… scam bukan lagi “kalau kena nasib buruk”.

Dia jadi permainan harian.

Call nampak macam bank.
Link nampak macam legit.
Suara… siap guna AI, macam orang betul.

Silap sikit, habis.

Zaman dulu orang takut pencuri masuk rumah.
Zaman sekarang… pencuri masuk dalam phone.

Bukan semua benda urgent tu betul.
Bukan semua yang nampak rasmi tu selamat.

Kalau rasa pelik… STOP.
Kalau rasa terdesak… DOUBLE CHECK.
Kalau rasa yakin sangat… itu yang paling bahaya.

Ingat,
Scammer tak pakai topeng dah.
Dia pakai kepercayaan kita.

Yang tahu… diam.
Yang kena… menyesal.

Jangan tunggu jadi cerita.

19/03/2026

Ramadan hampir melabuhkan tirai,
dan sahur pagi ini jadi saksi segala usaha kita.
Jika ada kekurangan, semoga diampunkan.
Jika ada kebaikan, semoga diterima.
Kerana yang kita harapkan bukan sekadar raya yang meriah, tapi hati yang kembali bersih seperti fitrah.

Ada orang ingat berniaga ni macam tekan butang “copy” dan “paste”, terus masuk duit.Hakikatnya, yang dicopy kadang maksu...
01/03/2026

Ada orang ingat berniaga ni macam tekan butang “copy” dan “paste”, terus masuk duit.

Hakikatnya, yang dicopy kadang maksud pun tak faham… tapi yakin macam dialah penulis asal.

Nak berniaga boleh, nak belajar pun boleh.

Tapi jangan sampai idea orang lain jadi tongkat sepanjang hayat.

Customer hari ni bukan bodoh.

Mereka nampak mana yang genuine, mana yang sekadar ulang ayat orang tanpa jiwa.

Kalau tak pandai buat ayat, belajar.

Kalau tak tahu maksud, fahamkan dulu.

Sebab dalam bisnes, bukan siapa paling banyak copy…

Tapi siapa paling banyak value dan usaha sendiri.

21/02/2026

Dalam hidup ini, kita tak rugi apa-apa bila memilih untuk merendahkan diri.

Merendah diri bukan bermaksud kita lemah, takut atau tiada pendirian.

Ia cuma tanda kita faham setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Secara logiknya, orang yang terlalu tinggi ego susah nak belajar benda baru.

Bila rasa diri sentiasa betul, ruang untuk perbaiki diri jadi sempit.

Tapi bila kita tunduk, kita beri ruang untuk ilmu masuk dan kesilapan diperbetulkan.

Tunduk juga bukan menjatuhkan maruah.

Malah, orang lebih hormat pada mereka yang bercakap dengan adab, bukan dengan nada meninggi diri.

Orang lebih senang bekerjasama dengan yang rendah hati, bukan yang s**a menunjuk-nunjuk.

Jadilah orang yang penunduk yang bila ditegur, boleh terima.

Yang bila dipuji, tak lupa diri.

Yang bila berjaya, tak memandang rendah orang lain.

Nak ilmu penunduk?

Kena duduk dan belajar dengan orang yang lebih berpengalaman.

Kena berani akui “saya tak tahu”.

Kena sanggup dengar pandangan berbeza tanpa cepat melatah.

Sebab realitinya, orang yang tahu tunduk itulah sebenarnya orang yang paling kuat.

Soalan pagi ni, kalau line internet tiba-tiba jadi siput 🐌… korang biasanya salahkan siapa dulu?Telco – “Line mahal tapi...
14/02/2026

Soalan pagi ni, kalau line internet tiba-tiba jadi siput 🐌… korang biasanya salahkan siapa dulu?

Telco – “Line mahal tapi slow 😌”

Phone – “Phone aku ni dah tua ke?” 📱

Cuaca – “Hujan sikit terus hilang bar” 🌧️

Diri sendiri – “Eh… aku lupa top-up ke?” 😅

Jujur sikit.

Selalunya korang jenis terus marah, restart phone, atau terus buka mode flight 5 saat?

Drop jawapan korang kat komen.

Nak tengok siapa paling ramai kena line slow pagi-pagi ni.

07/02/2026

Hujan malam ni buat Melaka makin sejuk.
Selimut ditarik, mata pejam…
Esok Ahad, rezeki tidur panjang 😴🌙

31/01/2026

StarNite 2026 redONE Mobile, yang berlangsung di First World Hotel, Genting Highlands pada 24 Januari 2026, menghimpunkan telcopreneur redONE dari seluruh negara sebagai platform strategik peringkat nasional.

Acara ini bukan sekadar majlis tahunan, malah mencerminkan kekuatan, kesatuan dan kematangan rangkaian dealer redONE Mobile di Malaysia.

Malam berprestij ini turut menyajikan elemen inspirasi, pengiktirafan dan penghargaan kepada rakan niaga atas komitmen serta pencapaian cemerlang dalam industri telekomunikasi.

12/01/2026

Pretending not to know is sometimes the best way to see who’s honest.

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Hisham Ang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share