Encik Kartografi

Encik Kartografi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Encik Kartografi, Malacca City.
(1)

Shahrul Azzim Abd Aziz (Encik Kartografi) | Ketua Pegawai Penyelidik (CRO) ECRC Malaysia | Pengerusi Persatuan Kartografi Melaka | The Meridian Four

Pernah tersiar di dalam media utama semasa antaranya Kosmo, Siakap Keli, RTM, Vocket, Newswav & Liputan6.

Fakta populasi negeri Melaka pada tahun 2025.Infografik: Etiquity Cartographic Research Centre Sumber: DOSM
07/06/2026

Fakta populasi negeri Melaka pada tahun 2025.

Infografik: Etiquity Cartographic Research Centre
Sumber: DOSM

01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada pengurusan & warga kerja Etiquity Cartographic Research Centre (ECRC Malaysia).

Terima kasih Mooda, platform digital anak muda Malaysia di atas penyiaran artikel berkenaan kisah dan perjalanan Encik K...
27/05/2026

Terima kasih Mooda, platform digital anak muda Malaysia di atas penyiaran artikel berkenaan kisah dan perjalanan Encik Kartografi.

Daripada dunia engineer ke penyelidikan sejarah. Shahrul Azzim atau β€œEncik Kartografi” kini aktif merungkai rahsia peta lama dan sejarah Melaka melalui kajian kartografi yang mendapat perhatian ramai.

Artikel penuh: https://mooda.my/shahrul-azzim-kartografi-sejarah-malaysia/

Seperti kartografi yang melakar arah dan sempadan, Aidiladha mengajar bahawa setiap perjalanan hidup memerlukan pengorba...
27/05/2026

Seperti kartografi yang melakar arah dan sempadan, Aidiladha mengajar bahawa setiap perjalanan hidup memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan tujuan yang diredai Allah S.W.T. Selamat Hari Raya Aidiladha.



Salah sebuah rumah lama di Kampung Jawa, Melaka yang terletak di persisiran Sungai Melaka.Gambar:Encik Kartografi
23/05/2026

Salah sebuah rumah lama di Kampung Jawa, Melaka yang terletak di persisiran Sungai Melaka.

Gambar:
Encik Kartografi

Encik Kartografi baru-baru ini berpeluang menjejaki sebuah lagi infrastruktur bersejarah berusia ratusan tahun yang terd...
22/05/2026

Encik Kartografi baru-baru ini berpeluang menjejaki sebuah lagi infrastruktur bersejarah berusia ratusan tahun yang terdapat di pusat bandar raya Melaka. Warisan sejarah yang dimaksudkan ialah sisa binaan jambatan lama Tan Kim Seng yang terletak berhampiran Menara Jam Melaka.

Berdasarkan sejarah, Jambatan Tan Kim Seng yang asal telah dibina atau disiapkan pada tahun 1862 namun telah dimusnahkan oleh pihak British pada awal tahun 1940an dalam usaha menyekat pergerakan dan kemaraan tentera Jepun. Walaupun jambatan asal telah musnah dan diganti dengan jambatan baharu yang terletak bersebelahan seperti yang dilihat pada hari ini, warisan sejarah tinggalan binaan jambatan lama ini masih wujud sehingga saat ini. Lengkungan 'balustrade' dan plak batu menjadi saksi sejarah di lokasi tersebut sejak lebih 160 tahun yang lalu.

Kewujudan tangga batu laterit yang terletak di bersebelahan jambatan lama tersebut seperti yang terpapar di dalam gambar lama (Berkemungkinan pada pertengahan atau penghujung abad ke-19) masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Oleh: Encik Kartografi (Shahrul Azzim Abd Aziz), Etiquity Cartographic Research Centre

Sumber gambar lama:
Scrap Album Or. 27.387, Leiden University Libraries.

Sumber kartografi lama:
Federated Malay States Railways. Pamphlet of Information for Travellers. Tours in the Malay Peninsula, 1914.





Terima kasih kepada para guru & pensyarah yang pernah mengajarku di sepanjang perjalanan ilmu bermula daripada pendidika...
16/05/2026

Terima kasih kepada para guru & pensyarah yang pernah mengajarku di sepanjang perjalanan ilmu bermula daripada pendidikan awal, rendah, menengah dan tinggi di bumi Terengganu, Melaka dan Selangor. Semoga Allah sentiasa merahmati, memberkati dan membalas segala jasa kalian dengan ganjaran yang berlipat ganda serta menempatkan kalian dalam sebaik-baik kemuliaan di dunia dan akhirat.

- Tabika Kemas Bukit Kecil, Kuala Terengganu, Terengganu.
- Tadika Yayasan Islam Terengganu, Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
- SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
- SK Kesang Tua, Jasin, Melaka.
- SK Air Baruk, Jasin, Melaka.
- SRA JAIM Taman Maju, Jasin, Melaka.
- SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka.
- UniKL, UNITAR International University & UPM.

Terima kasih semua ⚘️
Ikhlas daripada: Encik Kartografi (Shahrul Azzim Abd Aziz)

Alhamdulillah. Berlangsungnya mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jabatan Warisan Negara, ECRC Malaysia, Pe...
12/05/2026

Alhamdulillah. Berlangsungnya mesyuarat bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jabatan Warisan Negara, ECRC Malaysia, Perbadanan Muzium Melaka, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Bahagian Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka & Perbadanan Aset Keretapi Malaysia (RAC) dalam usaha mengenalpasti dan mengangkat lokasi bersejarah berkaitan warisan kereta api tanah air di daerah Alor Gajah sebagai kawasan pelancongan yang berpotensi dan berprestasi tinggi di Melaka.

Semoga peninggalan warisan sejarah kereta api lama di Melaka terutama di dalam kawasan daerah Alor Gajah dapat dijadikan kawasan pelancongan utama di negeri Melaka suatu masa nanti seperti yang telah wujud di beberapa buah negeri di tanah air antaranya Jambatan Victoria di Kuala Kangsar, Perak, Jambatan Guillemard di Tanah Merah, Kelantan dan jambatan kereta api di Segamat, Johor.






Baru-baru ini Encik Kartografi berpeluang melalui kawasan yang pernah menempatkan salah satu stesen kereta api yang memb...
08/05/2026

Baru-baru ini Encik Kartografi berpeluang melalui kawasan yang pernah menempatkan salah satu stesen kereta api yang memberi nostalgia kepada pengguna khasnya di utara tanah air. Stesen tersebut adalah Stesen Keretapi Bukit Berapit yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan. Pandangan imej terkini yang dapat dilihat daripada laluan Lebuh Raya Utara Selatan dibandingkan dengan imej Google Earth tahun 2014. Kelihatan pada tahun 2014 masih terdapat bangunan stesen dan landasan kereta api tersebut walaupun tidak lagi digunakan. Pada hari ini, Stesen Keretapi Bukit Berapit tidak lagi dapat dilihat kerena strukturnya telah tiada dan hanya terakam di dalam memori pengguna yang pernah hadir dan singgah di simi suatu ketika dahulu.

Infografik:
Encik Kartografi,
Etiquity Cartographic Research Centre

03/05/2026

Menyediakan perkhidmatan konsultasi, kajian dan penyelidikan kartografi yang komprehensif bagi tujuan akademik, pembangunan, analisis lokasi dan dokumentasi spatial.

Sebarang pertanyaan atau perbincangan lanjut, sila hubungi nombor tertera atau DM halaman ini. Terima kasih.

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Encik Kartografi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share