Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam • Anjung Gapam Residents Association

  • Home
  • Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam • Anjung Gapam Residents Association
Website

Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam • Anjung Gapam Residents Association • Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam • Anjung Gapam Residents Association • PPM-004-04-26032021 •

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! 😊🏌️‍♂️🏌️‍♀️ *JOM GOLF!* ⛳️Satu Perlawanan Golf Persahabatan antara Taman Anjung...
09/10/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! 😊

🏌️‍♂️🏌️‍♀️ *JOM GOLF!* ⛳️

Satu Perlawanan Golf Persahabatan antara Taman Anjung Gapam 🆚 Taman Tasik Utama akan diadakan seperti berikut:

📅 *Tarikh*: 7 November 2026 (Sabtu)

⏰ *Pendaftaran*: 7.15-7.45 pagi

📍*Tempat* : AKCC, Ayer Keroh

🏌️**Format Perlawanan* : Top 4 Gross - Combined

Perlawanan ini terbuka kepada semua penduduk Taman Anjung Gapam yang berminat untuk turun padang dan mewakili taman kita — tak kira lelaki atau wanita, atau umur😄💪

Yang penting, kita join, kita enjoy dan kita cuba bawa nama Taman Anjung Gapam! 🔥⛳️

Jadi, kepada semua yang berminat, jangan malu-malu… jom daftar! 😎

💢*Tarikh tutup penyertaan sebelum 10 Oktober 2026*💢

👉 Klik link di bawah untuk pendaftaran:

https://forms.gle/ZogtuSAxkSBAXwuUA

Jom kita meriahkan game ni dan tunjukkan semangat sporting Taman Anjung Gapam! 💪🏌️‍♂️⛳️

*PPTAG*

pssst… bulan 11 ada bowling. Get ready 😉

Hari Malaysia adalah hari kita. Bukan sekadar tentang sejarah, tetapi tentang masa depan yang kita bina bersama. Selamat...
15/09/2026

Hari Malaysia adalah hari kita. Bukan sekadar tentang sejarah, tetapi tentang masa depan yang kita bina bersama. Selamat Hari Malaysia 2026, semoga terus maju ke hadapan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan jiran Taman Anjung Gapam semua. Sempena Sambutan Hari Kebangs...
30/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan jiran Taman Anjung Gapam semua.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-69, PPTAG ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua🇲🇾

Di musim cuti ni pun sama2 kita jaga keselamatan rumah dan jiran2 kita, dan sentiasa berhati-hati walau dimana kita berada, dan semoga selamat sejahtera kami doakan kepada semua.

Kemerdekaan bukan sahaja tentang sejarah negara, tetapi juga tentang semangat perpaduan, keharmonian, dan toleransi yang kita amalkan sesama jiran tetangga setiap hari. Semoga komuniti kita terus bersatu padu, aman, dan harmoni.Sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing sebagai tanda cinta akan negara!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! ✨PPTAG akan menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan khas buat semua penduduk Tam...
21/08/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! ✨

PPTAG akan menganjurkan Program Bulan Kemerdekaan khas buat semua penduduk Taman Anjung Gapam! Banyak aktiviti menarik menanti anda:

🎨 1. Pertandingan Mewarna Tema Kemerdekaan
Khas untuk anak-anak mengikut kategori:
7 tahun ke bawah
8 – 12 tahun
13 – 17 tahun
(sila letakkan nama, num fon penjaga dan alamat ye)

Template mewarna mengikut kategori :

https://drive.google.com/drive/folders/1nwfHac-gvC8gO44Kb9AMxSE3r4VTCXjd

🇲🇾 2. Kempen ‘Kibarkan Jalur Gemilang’
Jom hias dan kibarkan bendera di rumah masing-masing. Ambil foto dan hantarkan kepada kami!

📸 3. Pertandingan Foto Kreatif Merdeka di AG
Tunjukkan bakat fotografi kreatif anda bertemakan ‘Merdeka di AG!’

Maklumat lanjut, penyertaan, dan pengumuman pemenang akan dikemas kini di Facebook PPTAG:
https://fb.com/pptag

🎁 Penyampaian hadiah akan diadakan sempena Program Hari Malaysia nanti. Jangan lepaskan peluang!📌

PERATURAN UMUM
i)Terbuka kepada penduduk Taman Anjung Gapam sahaja.

ii)Tarikh tutup penyertaan: Sebelum 8:00 malam, 5 September 2026.

iii)Karya/penyertaan mestilah asli (hasil sendiri) dan tidak diubah suai secara digital.

CARA HANTAR PENYERTAAN:

i)Salinan fizikal (Hard copy): dimasukkan ke dalam peti surat 6-1, Jalan Anjung Tulip Utama (sebelah Speedmart / Restoran Irfan), atau

ii)E-mel: Hantar ke [email protected],

atau

iii)Serahan tangan: Serah terus kepada mana-mana AJK PPTAG.

💬 Sebarang pertanyaan, boleh terus tanya dalam komen ya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan daripada kami! 🇲🇾❤️

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Taman Anjung Gapam. Semoga selamat walau di mana anda berada 😊
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Taman Anjung Gapam.

Semoga selamat walau di mana anda berada 😊

🎉 Website Rasmi Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam Kini Dilancarkan!Assalamualaikum & salam sejahtera warga Taman Anj...
16/05/2026

🎉 Website Rasmi Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam Kini Dilancarkan!

Assalamualaikum & salam sejahtera warga Taman Anjung Gapam 👋

Layari website baharu rasmi kami di 🌐 pptag.org
Kini lebih mudah untuk urusan keahlian persatuan 😊

Di website ini anda boleh :
✅ Kemaskini maklumat ahli sedia ada
✅ Daftar sebagai ahli baharu
✅ Dapatkan info & hebahan terkini persatuan

📍Ahli sedia ada sejak 2021 : klik ‘Forgot Password’ dan masukkan email anda semasa mula-mula mendaftar (tidak perlu daftar baru)

📍Ahli baru : klik ‘Sign Up’ dan daftar akaun baru

📍Sila email kami di [email protected] untuk sebarang bantuan dan pertanyaan, atau ajukan di Whatsapp.

Kami mengalu-alukan semua penduduk untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat masing-masing supaya lebih mudah untuk kami berkongsi aktiviti serta info komuniti nanti 👍

Jom layari sekarang 🌐
pptag.org

Terima kasih atas sokongan semua warga Taman Anjung Gapam ❤️

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua ibu dan pendidik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengorban...
16/05/2026

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua ibu dan pendidik. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan ♥️

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercutiiiii!Long weekend kannn 😋Semoga semuanya selamat walau di mana anda berada. Ting...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja dan selamat bercutiiiii!
Long weekend kannn 😋

Semoga semuanya selamat walau di mana anda berada. Tingkatkan keselamatan dan sentiasa waspada ya!

Rumah Terbuka Raya Setaman, satu program bersama PPTAG, PPJTTAG, STAG, KSRAG, SRS dan GJH berlangsung malam tadi dan dih...
20/04/2026

Rumah Terbuka Raya Setaman, satu program bersama PPTAG, PPJTTAG, STAG, KSRAG, SRS dan GJH berlangsung malam tadi dan dihadiri lebih kurang 600 penduduk. Program turut diserikan dengan kehadiran Penyelaras JAPERUN DUN Bemban, JPKK DUN Bemban (Ayer Panas) dan Ketua Balai Polis Bemban.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis dan aktiviti-aktiviti kecil majlis, dan kami menyusun sepuluh jari, mohon maaf atas sebarang kekurangan.

Pelancaran website rasmi PPTAG turut berlangsung, dan akan di hebahkan kepada ahli-ahli dan bakal-bakal ahli dalam masa terdekat.

Kalau ada gambar2 nak share, minta tolong post dalam komen ye, boleh kami simpan sebagai kenang-kenangan 😄

Gambar-gambar lain di

https://photos.app.goo.gl/q2yrseswJCHzdXkp7

Kredit Gambar : Wan Racing, Fairuzazli, Kak Fyda

Address

Taman Anjung Gapam

77200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Taman Anjung Gapam • Anjung Gapam Residents Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed non profit organization?

Share