Pertubuhan Seni Gayong Serantau Kelantan

Call Website Contact the organization

Pertubuhan Seni Gayong Serantau Kelantan Organisasi NGO yang memperjuangkan WARISAN BUDAYA BANGSA terutamanya SENI BELADIRI MELAYU melalui wadah SILAT SENI GAYONG.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Cawangan Kelantan Darul Naim (PSGS...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Cawangan Kelantan Darul Naim (PSGSMCKDN) dengan penuh rasa bangga dan kesyukuran mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan tema rasmi “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Semoga semangat cintakan tanah air terus subur dalam diri setiap rakyat, khususnya generasi muda, agar nilai jati diri, disiplin, persaudaraan dan kecintaan terhadap warisan bangsa sentiasa terpelihara.

“KATA BERSAHUT, GAYONG BERSAMBUT”

🇲🇾 MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI 🇲🇾

PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN DARUL NAIM (PSGSMCKDN)



Salam Maulidur Rasul 1448 HijrahAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nab...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Baginda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat, petunjuk dan contoh teladan terbaik buat seluruh umat manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

«لاَ يؤمِنُ أَحَدَكُم حَتّى أَكُونَ أَحَبّ إِلَيهِ مِن وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنّاسِ أَجمَعِينَ»

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ayahnya, anaknya dan sekalian manusia."

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 15)

Marilah kita menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta berusaha mengamalkan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menjadi jalan untuk memperoleh rahmat Allah SWT serta syafaat Baginda di dunia dan akhirat.

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah.
Kata Bersahut, Gayong Bersambut.

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia
Cawangan Kelantan Darul Naim




إنا لله وإنا إليه راجعون غفر الله له وارحمه وجعله من الناجحين وأدخله الجنة مع الصالحين 🤲
29/07/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون
غفر الله له وارحمه وجعله من الناجحين وأدخله الجنة مع الصالحين 🤲

َِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Dengan penuh rasa dukacita, kami barisan kepimpinan dan seluruh anak-anak Gayong Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia (PSGSM) merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Cikgu Abdul Ghapar Bin Abdul Majid (Jebat@Tokbat) yang banyak berjasa dalam mendidik, membimbing dan mengembangkan warisan ilmu ini di sepanjang hayatnya.

Semoga Allah SWT muliakan kematiannya, mengurniakan keampunan buatnya, melapangkan kuburnya dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Pemergian Allahyarham merupakan satu
kehilangan yang besar dalam dunia persilatan Melayu.

Segala jasa, ilmu dan pengorbanan beliau akan terus dikenang dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat beliau di alam sana.🤲

AL-FATIHAH
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. امي

📚 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERCUBAAN SMU, SPM & STAM 2026بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِPertubuhan Seni Gayong Seran...
29/07/2026

📚 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERCUBAAN SMU, SPM & STAM 2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia Cawangan Kelantan Darul Naim (PSGSMCKDN) mengucapkan Selamat Menduduki Ujian Percubaan SMU, SPM & STAM 2026 kepada seluruh calon yang bakal menghadapi peperiksaan.

Jadikanlah ujian percubaan ini sebagai medan untuk menilai tahap persediaan, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan keyakinan diri sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

"Usaha Tangga Kejayaan."

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang dan diberkati.

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya-Allah, setiap usaha yang disertai keikhlasan akan membuahkan hasil.

Ikhlas daripada:

PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA
CAWANGAN KELANTAN DARUL NAIM

Allahamdulilah.... ramai yang bertanya bila nk open order baju gayong design sundang 2.0 ni......allahamdulilah mula ope...
11/07/2026

Allahamdulilah.... ramai yang bertanya bila nk open order baju gayong design sundang 2.0 ni......

allahamdulilah mula open dah ni...... mulai 11/07/2026 hingga 15/07/2026 sahaja batch pertama ni.....

PROMOSI!!! PROMOSI!! PROMOSI!! FREE POST SEMENANJUNG MALAYSIA.....

tekan link ini : https://forms.gle/Jxwa7Ya9srn4EfUq9

untuk setiap pembelian adalah untuk bantu serba sedikit untuk
pergerakan PUSAT LATIHAN NEGERI bawah selian Pertubuhan Seni Gayong Serantau Kelantan

membeli sambil menderma orang kata.....

untuk lebih detail boleh wasap cikgu Muhammad Yusop
www.wasap.my/601139118791/bajugayong2.0

hidup SEGAYONG KITA.... ZAAATTTTT....

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka ...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pertubuhan Seni Gayong Serantau Kelantan

Allah Peliharakan Sultan.

Selamat Hari Guru buat seluruh guru di Malaysia Terima kasih kerana menjadi pendidik yang sabar dan berdedikasi sepanjan...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh guru di Malaysia

Terima kasih kerana menjadi pendidik yang sabar dan berdedikasi sepanjang mendidik para murid. Semoga Allah merahmati para guru sentiasa, dimurahkan segala rezeki serta dipanjangkan umur untuk mencurahkan bakti kepada anak bangsa

"GURU BITARA NADI NEGARA"

Tahniah kepada seluruh calon SPM 2025 atas keputusan yang diperoleh. Semoga dengan keputusan ini kalian semua melangkah ...
31/03/2026

Tahniah kepada seluruh calon SPM 2025 atas keputusan yang diperoleh. Semoga dengan keputusan ini kalian semua melangkah dengan lebih maju untuk kejayaan-kejayaan lain yang akan datang.

Salam Nuzul Al-Quran 1446H kepada seluruh umat IslamMarilah kita mengambil ibrah daripada penurunan Al-Quran di bulan Ra...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1446H kepada seluruh umat Islam

Marilah kita mengambil ibrah daripada penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan tadarus serta mentadabbur ayat-ayat suci Kalamullah ini. Semoga Allah SWT merahmati kita melalui Al-Quran.

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 🌙📖 17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026Marilah kita merenung kembali peristiwa turunnya Al-Quran sebagai...
07/03/2026

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 🌙

📖 17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026

Marilah kita merenung kembali peristiwa turunnya Al-Quran sebagai petunjuk hidup bagi umat Islam. Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang kepentingan membaca, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam kitab yang mulia ini.

Semoga dengan berkahnya Al-Quran, kita dapat meningkatkan amal ibadah, memperbaiki akhlak serta memperteguh iman. Marilah kita berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua dalam menjalani kehidupan yang penuh makna.

Ikhlas daripada PSGSMCKDN



Address

Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Gayong Serantau Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Seni Gayong Serantau Kelantan:

Shortcuts

Share