Persatuan Alumni UITM Melaka- UMAT

Persatuan Alumni UITM Melaka- UMAT Page Rasmi :
PERSATUAN ALUMNI UITM CAWANGAN MELAKA
(ROS NO : PPM-026-04-18062019)

RESEARCH & INDUS MELAKA....DI SINI SEGALANYA BERMULA...

09/04/2026

JALINAN SYAWAL UMAT 2026 - Jom bersama-sama kami meraikan bulan Syawal ini. Semua alumni UiTM Cawangan Melaka/ ITM Melaka, pensyarah, staf, pelajar, dan pesara dijemput hadir beramai-ramai pada 18 April nanti di Kampus Alor Gajah (Kampus Lendu).

YB Duyong, Datuk Noor Helmy pun akan turut sama hadir ke majlis tersebut! Jom kita dengarkan apa seruan daripada YB untuk semua ☺️

*Jemputan ke Jamuan Aidilfitri Jalinan Syawal UMAT 2026*Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) dengan sukacitanya ...
07/04/2026

*Jemputan ke Jamuan Aidilfitri Jalinan Syawal UMAT 2026*

Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) dengan sukacitanya menjemput semua alumni ITM Melaka dan UiTM Cawangan Melaka untuk menghadiri Jamuan Aidilfitri Jalinan Syawal UMAT 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka

Semua alumni, pelajar, warga kerja & mantan kakitangan ITM Melaka dan UiTM Cawangan Melaka dari Kampus Lendu/Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka, dan Kampus Jasin, tanpa mengira fakulti dan tahun pengajian, dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan semula ukhuwah sesama alumni.

Pergi ke taman memetik bunga,
Bunga melati di tepi jambatan,
Syawal diraikan penuh bermakna,
Jalin ukhuwah eratkan persahabatan.

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dalam keluarga besar alumni UiTM Cawangan Melaka.

Jumpa di sana🌷

Salam Aidilfitri 1447H/2026M buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga anda semua menikmati detik-detik indah nan berharg...
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H/2026M buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga anda semua menikmati detik-detik indah nan berharga untuk mengeratkan ukhwah sesama keluarga, saudara-mara, dan sahabat-handai yang tercinta. Berhati-hati di jalan raya & jaga kesihatan. Maaf zahir dan batin untuk semua.

Bersempena Sambutan 20 Tahun Penubuhan UiTM Kampus Bandaraya Melaka, pihak jawatankuasa ingin memohon kerjasama warga ka...
12/03/2026

Bersempena Sambutan 20 Tahun Penubuhan UiTM Kampus Bandaraya Melaka, pihak jawatankuasa ingin memohon kerjasama warga kampus dan alumni untuk berkongsi koleksi gambar-gambar kenangan dan nostalgia yang berkaitan dengan penubuhan serta perkembangan awal kampus ini.

Gambar-gambar yang dikumpulkan akan dijadikan bahan dokumentasi dan rujukan sejarah serta berkemungkinan diterbitkan dalam penerbitan khas sempena sambutan tersebut.

Kerjasama dan sumbangan pihak tuan/puan amatlah dihargai dalam usaha mengabadikan sejarah dan legasi kampus tercinta.

Sila muat naik gambar sebelum 31 Ogos 2026 dipautan yang disediakan

https://forms.gle/cbj6DrRs2mXGe4Ey6

Sekian Terima Kasih

09/03/2026

Salam Ramadhan kepada semua.

Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) akan mengeluarkan sampul raya eksklusif (material 140gsm linen) untuk Tuan/Puan miliki sebagai kenangan ataupun diberikan kepada insan yang tersayang bersempena lebaran nanti. Bermotifkan lakaran imej ikonik UiTM Kampus Alor Gajah, Bandaraya Melaka, dan Jasin—semestinya menggamit kenangan setiap individu yang pernah mengukir memori di alma mater yang dicintai ini.

Sila hubungi En. Mohd Amirul (Setiausaha UMAT) melalui WhatsApp (010-7066418) untuk tempahan. READY STOCK (self collection di UiTMCM/sekitar Melaka atau secara postage). Stok adalah terhad & tarikh akhir utk tempahan melalui pos ialah pada 12 Mac 2026.

Salam Ramadhan kepada semua. Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) akan mengeluarkan sampul raya eksklusif (mater...
24/02/2026

Salam Ramadhan kepada semua.

Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) akan mengeluarkan sampul raya eksklusif (material 140gsm linen) untuk Tuan/Puan miliki sebagai kenangan ataupun diberikan kepada insan yang tersayang bersempena lebaran nanti. Bermotifkan lakaran imej ikonik UiTM Kampus Alor Gajah, Bandaraya Melaka, dan Jasin—semestinya menggamit kenangan setiap individu yang pernah mengukir memori di alma mater yang dicintai ini.

Sila hubungi En. Mohd Amirul (Setiausaha UMAT) melalui WhatsApp (010-7066418) untuk tempahan. READY STOCK (self collection di UiTMCM/sekitar Melaka atau secara postage). Stok adalah terhad & tarikh akhir utk tempahan melalui pos ialah pada 12 Mac 2026.

Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) ingin mengucapkan tahniah & selamat melaksanakan tugas kepada: YBrs. Dr. Mo...
19/02/2026

Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) ingin mengucapkan tahniah & selamat melaksanakan tugas kepada:

YBrs. Dr. Mohammad Nor Afandi Ibrahim di atas lantikan semula sebagai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik)
UiTM Cawangan Melaka bermula 01 Januari 2026

YBrs. Dr. Mohd Halim Mahpoth di atas lantikan sebagai Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Jaringan Industri) UiTM Cawangan Melaka bermula 15 Februari 2026

YBrs. Prof. Madya Dr. Nurazree Mahmud di atas lantikan sebagai Penolong Rektor Kampus Bandaraya Melaka
UiTM Cawangan Melaka bermula 15 Februari 2026

Pihak UMAT juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Hayati Abd Rahman, mantan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Melaka di atas segala jasa bakti dan sumbangan di sepanjang tempoh menggalas jawatan tersebut.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H buat semua Muslimin dan Muslimat.
18/02/2026

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H buat semua Muslimin dan Muslimat.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada...
01/01/2026

SELAMAT TAHUN BAHARU 2026

Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh warga alumni, rakan strategik, penaja serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan berterusan kepada UMAT.

Tahun 2025 telah menyaksikan pelbagai inisiatif bermakna hasil kebersamaan dan kepercayaan yang diberikan, khususnya dalam usaha memperkasa kebajikan anak-anak UiTM Cawangan Melaka. Memasuki tahun 2026, UMAT akan meneruskan komitmen dan kesinambungan Projek TULUS 3.0 sebagai salah satu inisiatif utama demi membantu pelajar yang memerlukan, insya-Allah.

Sehubungan itu, UMAT menyeru seluruh alumni dan warga prihatin untuk terus bersama-sama menyumbang, menyokong dan menggerakkan usaha kebajikan ini agar manfaatnya dapat dirasai secara berterusan oleh anak-anak UiTM Cawangan Melaka.

Semoga tahun 2026 membawa sinar baharu, keberkatan, dan kejayaan untuk kita semua.

UMAT Night of HOPES telah berlangsung dengan jayanya pada 8 November 2025 di Royale Chulan Seremban. Program ini bermatl...
11/11/2025

UMAT Night of HOPES telah berlangsung dengan jayanya pada 8 November 2025 di Royale Chulan Seremban. Program ini bermatlamat untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahim keluarga alumni UiTM Cawangan Melaka daripada batch pertama ITM Melaka sehinggalah yang terkini.

Majlis ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga merupakan alumni ITM Melaka & Penaung UMAT iaitu Dato’ Seri Aminuddin Harun. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Presiden Persekutuan Alumni UiTM (PAU), Kelab Pesara UiTM, UMAT Council of Elders (UCOE), pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka, dan para alumni.

Antara lain, UMAT Night of HOPES juga telah berjaya mengumpulkan kira-kira RM153,000.00 hasil sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan dan para penyumbang lain yang mana ianya akan digunakan bagi menjayakan program TULUS 3.0 anjuran UMAT. Untuk makluman, TULUS 3.0 akan melaksanakan projek baikpulih kolej kediaman di UiTM Kampus Alor Gajah (dan akan dijenamakan semula sebagai Kolej UMAT) dan juga menyediakan 1 unit skrin LED di Auditorium Ibu Zain, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Jom bersama-sama kita menyumbang bagi menjayakan kutipan dana untuk TULUS 3.0. Semoga segala hasrat murni dan kebajikan kita untuk anak-anak di UiTM Cawangan Melaka beroleh balasan dan ganjaran olehNya. Insha Allah.

Barisan kepimpinan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) sesi 2025-2027.
11/11/2025

Barisan kepimpinan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka (UMAT) sesi 2025-2027.

Address

Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, KM 26 Jalan Lendu
Lendu
75300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni UITM Melaka- UMAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share