KPUK Felda Sahabat Lahad Datu,Sabah

KPUK Felda Sahabat Lahad Datu,Sabah GEREJA KPUK FELDA Senarai AJK Liturgi KPUK Felda Sahabat Lahad Datu 2011

Pengerusi : En. Harry Maul Kambing

Ajk : -
1) En. Gilchrit Everis
2) En. Emilda Dauni

Ruspin Sundang
3) En. Charlis
4) Sdra. Udin Gabriel
5) Sdra. Rayner Singoi
6) Sdra Jon Ngai
7) Sdra. Moritus Sukarto
8) Pn. Maria Klau
9) Pn. Catherine Gunolon
10) Sdri.

Hari Minggu Biasa Ke-22Lawatan Romo Dominikus Yolintau Danu ke Gereja KPUK Felda.
31/08/2026

Hari Minggu Biasa Ke-22

Lawatan Romo Dominikus Yolintau Danu ke Gereja KPUK Felda.

Hari Minggu Biasa Ke-20Suasana Ibadat Sabda di gereja KPUK Felda yang bermula pada pukul 1.00 petang dan ibadat dipimpin...
19/08/2026

Hari Minggu Biasa Ke-20

Suasana Ibadat Sabda di gereja KPUK Felda yang bermula pada pukul 1.00 petang dan ibadat dipimpin oleh EMC Sdra. Rayner

09/08/2026
Hari Minggu Biasa ke-19.9.8.2026.Ibadat Sabda dipimpin oleh Emc sdra.Blasius.Liturgi Minggu ini bertemakan kepercayaan p...
09/08/2026

Hari Minggu Biasa ke-19.
9.8.2026.
Ibadat Sabda dipimpin oleh Emc sdra.Blasius.
Liturgi Minggu ini bertemakan kepercayaan penuh kepada Yesus ditengah badai kehidupan. Umat diajar agar tidak bimbang ketika menghadapi ujian kerana tuhan sentiasa hadir menyelamatkan.

2. 8.2026. Hari Minggu Biasa ke-18. Dipimpin oleh EMC Adrian Jerry.”Mencari makanan rohani serta kasih sejati daripada A...
02/08/2026

2. 8.2026. Hari Minggu Biasa ke-18.
Dipimpin oleh EMC Adrian Jerry.
”Mencari makanan rohani serta kasih sejati daripada Allah yang memuaskan jiwa dan raga”.

Dalam bacaan injil hariini, kita melihat betapa besarnya belas kasih dan kepedulian Yesus terhadap orang banyak yang mengikutinya. Ketika hari mulai malam, para murid berasa cemas melihat situasi tempat yang sunyi dan menyarankan orang banyak itu disuruh pergi membeli makanan sendiri. Namun Yesus memberikan jawapan yang mencabar iman mereka.” Tidak perlu mereka pergi, kamu harus memberi mereka makan”.

Melalui kisah ini ada tiga pengajaran rohani penting yang boleh kita renungkan. Pertama, mengikis sifat egois. Yesus mengajak kita untuk membuka mata dan hati kepada kesusahan orang lain di sekeliling kita. Kedua, Membawa apa yang ada. para murid merasa mustahil dapat memberi makan ribuan orang hanya dengan lima roti dan dua ekor ikan, Namun apabila perkara yang sedikit itu dibawa dan diserahkan kepada Yesus dengan penuh kepercayaan ia menjadi berkat yang melimpah sehingga semua orang kenyang dan bersisa dua belas bakul. Ketiga, menjadi saluran berkat. Tuhan tidak meminta perkara yang besar atau luar biasa untuk membantu sesama. Dia hanya meminta kerelaan hati kita untuk berkongsi apa adanya.

Hari Minggu Biasa Ke-17(26 Julai 2026)Ibadat sabda di pimpin oleh EMC Rayner ."Yesus mengajar orang banyak hal kerajaan ...
26/07/2026

Hari Minggu Biasa Ke-17
(26 Julai 2026)

Ibadat sabda di pimpin oleh EMC Rayner .

"Yesus mengajar orang banyak hal kerajaan syurga itu seumpama harta yang terpendam,hal kerajaan syurga itu seumpama seorang pedagang yang mencari mutiara yang indah , kerajaan syurga itu seumpama pukat yang di labuhkan di laut,lalu mengumpulkan pelbagai jenis ikan".

Hari Minggu Biasa ke-16. Ibadat Sabda dipimpin oleh EMC Blasius.“Tetap Baik ditengah yang jahat”Yesus mengajar umat untu...
19/07/2026

Hari Minggu Biasa ke-16. Ibadat Sabda dipimpin oleh EMC Blasius.
“Tetap Baik ditengah yang jahat”
Yesus mengajar umat untuk bersabar menghadapi orang jahat didunia kerana tuhan masih memberikan kesempatan untuk bertobat dan menjadi orang baik.

*KPUK FELDA* - Hari ini merupakan hari minggu Biasa Ke 15 Dan EMC Rayner S Dalam Perkongsiannya Tentang Seorang Penabur ...
12/07/2026

*KPUK FELDA* - Hari ini merupakan hari minggu Biasa Ke 15 Dan EMC Rayner S Dalam Perkongsiannya Tentang Seorang Penabur Berkata,

Yesus menjelaskan bahawa "benih" itu melambangkan Firman Tuhan (Khabar Baik), manakala jenis-jenis tanah melambangkan keadaan hati manusia yang menerima Firman tersebut:

Tanah di pinggir jalan: Melambangkan orang yang mendengar Firman tetapi tidak memahaminya, lalu Si Jahat (Iblis) datang merampas apa yang ditabur dalam hati mereka.

Tanah yang berbatu: Melambangkan orang yang menerima Firman dengan gembira pada mulanya, tetapi iman mereka tidak mendalam. Apabila menghadapi kesusahan atau penganiayaan kerana Firman itu, mereka segera murtad atau jatuh.

Tanah di tengah semak duri: Melambangkan orang yang mendengar Firman, tetapi kekuatiran hidup dan tipu daya kekayaan kebendaan menghimpit Firman itu sehingga ia tidak berbuah.

Tanah yang baik: Melambangkan orang yang mendengar, memahami, dan menerima Firman itu dalam hati mereka. Mereka membiarkannya tumbuh lalu menghasilkan buah yang melimpah dalam kehidupan seharian melalui perbuatan baik dan iman yang teguh.

Secara keseluruhannya, perkongsian ini mengajak setiap umat beriman untuk memeriksa keadaan hati sendiri dan berusaha menjadi seperti "tanah yang baik" agar Firman Tuhan dapat hidup, bertumbuh, dan berbuah dalam diri mereka.

PERTEMUAN SINGKAT SOCCOM KPUK FELDA“Memelihara Wajah dan Suara Manusia”10 Julai 2026 – Aktiviti ini telah dihadiri oleh ...
11/07/2026

PERTEMUAN SINGKAT SOCCOM KPUK FELDA
“Memelihara Wajah dan Suara Manusia”

10 Julai 2026 – Aktiviti ini telah dihadiri oleh tujuh (7) orang peserta dan bermula pada pukul 1.00 petang.

Buat julung kalinya, SOCCOM KPUK FELDA telah menganjurkan aktiviti sesi pengenalan. Pada asalnya, aktiviti ini dikhususkan kepada ahli SOCCOM yang baharu. Namun, setelah perbincangan dibuat, penyertaan turut dibuka kepada para belia KPUK yang berminat untuk mengenali SOCCOM dengan lebih mendalam.

Aktiviti pada hari ini merangkumi tiga (3) sesi, iaitu penerangan mengenai peranan ahli SOCCOM, teknik asas fotografi, dan teknik asas videografi.

Syukur dan puji Tuhan, walaupun tempoh perancangan bagi aktiviti ini agak singkat, semuanya dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Harapan kami agar setiap peserta tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa pulang ilmu pengetahuan, pengalaman baharu, serta semangat untuk terus berkarya dalam pelayanan. Semoga segala perkongsian yang telah disampaikan dapat memberi manfaat dan membantu para peserta memahami peranan SOCCOM dengan lebih jelas.

Melalui aktiviti ini juga, kita belajar bahawa “Tiada yang mustahil dalam rencana Tuhan.” Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memuliakan nama Tuhan serta melayani Gereja melalui bakat, kreativiti, dan dedikasi setiap peserta. Semoga SOCCOM KPUK FELDA terus berkembang sebagai wadah komunikasi yang menyampaikan khabar baik, membina komuniti, dan menjadi saksi kasih Kristus melalui media.

“Pergilah ke seluruh dunia dan beritakanlah Injil kepada segala makhluk.” (Markus 16:15)

Address

Felda Sahabat Cenderawasih
Lahad Datu
91150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPUK Felda Sahabat Lahad Datu,Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPUK Felda Sahabat Lahad Datu,Sabah:

Shortcuts

Share