ASR Nagamas FC

ASR Nagamas FC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ASR Nagamas FC, Non-Governmental Organization (NGO), ASR NAGAMAS FC, MDLD 4616 , LOT15 , Jalan KEKWA, Lahad Datu Town.

Page Rasmi Kelab Bola Sepak ASR NAGAMAS ini bertujuan berkongsi pelbagai info & program sukan yang dijalankan dalam usaha merealisasikan misi dan visi kelab kearah menghidup gerak aktifkan pembangunan sukan bolasepak akar umbi di Daerah Lahad Datu Sabah

14/10/2025

Kegagalan memahami tentang nilai-nilai Agama dikalangan pelajar... Perlu ada lebihan masa utk program keagamaan untuk pelajar...

Majlis Ilamu Maulid Akbar Lahad Datu tahun 2025 "Malam Sejuta Satu Selawat Bersama Sejuta Satu Umat"03 Okt 2025 | Masjid...
08/10/2025

Majlis Ilamu Maulid Akbar Lahad Datu tahun 2025 "Malam Sejuta Satu Selawat Bersama Sejuta Satu Umat"

03 Okt 2025 | Masjid Firdaus Kampung Sapagaya telah berlangsung Majlis Maulid Akbar dengan Jemputan Penceramah Khas oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ulama nusantara Indonesia. Dengan kehadiran lebih dari 2 ribu jemaah kaum muslimin muslimat terutamanya dari kawasan silam telah memberi banyak pengajaran dan ilmu yang disampaikan.

Dalam menghadapi pilihanraya Sabah (PRN ke 17 Sabah) Y. Bhg Dr. Haji Mohd Ayub Yakub mantan pegawai daerah Lahad Datu juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan jemputan VVIP Tuan Firuz Idzualdeen@Benetty Bin Mohd Dzul, Pegawai Daerah Lahad Datu serta pemimpin masyarakat untuk bersama-sama hadir bagi memohon keberkatan dan berserah kepada Ilahi atas usaha dan kerja yang telah dilaksanakan oleh pemimpin yang telah dipilih dan terus yakin akan dapat mengubah dan membawa perubahan dari segi kepesatan ekonomi dan meyakinkan rakyat bahawa aktiviti keagamaan tidak pernah di lupakan.

Naratif dari program ini ialah dapat mengajak semua lapisan masyarakat dan juga pemimpin untuk sama-sama berdoa dan solat hajat agar saudara kita yang dalam memperjuangkan rakyat palestin di Gaza dan mengharapkan agar aktivis negara yang membawa harapan yang tinggi membantu saudara seagama islam seperti bantuan makanan dan ubat-ubatan dapat diselamatkan dari kekejaman rejim Zionis Israel.

Semoga hasil perjuangan untuk menjadikan Y. Bhg Dr. Haji Mohd Ayub Bin Hj. Yakub dipilih sebagai pemimpin masa hadapan Daerah Lahad Datu untuk meningkatkan ekonomi, pendidikan dan agama dapat direalisasikan andai dengan izin Allah SWT beliau diangkat sebagai Pemimpin suatu hari nanti insyaAllah...






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH WANG TUNAI – PESTABOLA MERDEKA 9 SEBELAH PARLIMEN P.188 LAHAD DATU EDISI [ KASUMA 2025 ]LAHAD ...
01/10/2025

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH WANG TUNAI – PESTABOLA MERDEKA 9 SEBELAH PARLIMEN P.188 LAHAD DATU EDISI [ KASUMA 2025 ]

LAHAD DATU, 20 September 2025 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Hadiah Wang Tunai sempena Program Pestabola Merdeka 9 Sebelah Parlimen P.188 Lahad Datu Edisi [KASUMA 2025] bertempat di Blue Diamond Lahad Datu disini hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak ASR Nagamas, Encik Sharizan bin Azari @ Humphrey.

πŸ† Keputusan Rasmi Pestabola Merdeka KASUMA 2025 :-
πŸ₯‡ JUARA : 4 PENJURU FC ( RM4,000 )
πŸ₯ˆ NAIB JUARA : CMC FC ( RM2,000 )
πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA : PAKATAN FC ( RM1,000 )

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan perjuangan luar biasa sepanjang kejohanan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini, khususnya para penyokong, pengurus pasukan, serta komuniti setempat yang sentiasa memberikan sokongan padu.

ASR Nagamas FC Sharizan Azari Hyiem Asr Nagamas Vulcan

LAHAD DATU, 1 Sept – Sukan merupakan medium penting bagi mencungkil bakat dan membina semangat kesukanan serta silaturra...
02/09/2025

LAHAD DATU, 1 Sept – Sukan merupakan medium penting bagi mencungkil bakat dan membina semangat kesukanan serta silaturrahim.

β€œMelalui pertandingan seperti ini, kita bukan sahaja mengejar kejuaraan tetapi juga melahirkan anak muda berpotensi yang suatu hari nanti bakal menjadi pemimpin dan mampu mentadbir Lahad Datu ke arah lebih baik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Haji Apdal ketika merasmikan penutupan Karnival Sukan Merdeka (KESUMA) Kejohanan Pesta Bola Merdeka di sini hari ini.

Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan di padang bandaran, Jalan Tapika itu.

Sementara itu pengerusi penganjur, Ustaz Rahim berkata KASUMA 2025 merupakan kejohanan pestabola pertama seumpamanya di peringkat daerah Lahad Datu.

Beliau berkata bahawa Kelab Bola Sepak ASR Nagamas ditubuhkan pada Disember 2021 dan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 3 September 2024 dengan tujuan melahirkan bakat bola sepak dalam kalangan belia tempatan.

Hadir sama pada majlis penutupan tersebut termasuk Irwan Iskandar (Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Pantai Timur Sabah), Ustaz Rahim Hj. Abdul Rahman (Presiden Kelab Bola Sepak ASR Nagamas merangkap Pengerusi KASUMA 2025), Azmeer Samsuddin (Timbalan Pengerusi Kelab Bola Sepak Lahad Datu) serta Muhammad Hj. Abdul Karim (Penaung bersama Kelab Bola Sepak ASR Nagamas).

TAMAT
Sabah Headlines

ASR Nagamas FC Hyiem Asr Nagamas Vulcan Lahad Datu info, Lahad Datu info. Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu Persatuan Bola Sepak Daerah Kunak - 2025 Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024

4 PENJURU FC JUARA PESTABOLA MERDEKA 9 SEBELAH PARLIMEN P.188 LAHAD DATU EDISI [ KASUMA 2025 ]LAHAD DATU, 1 September 20...
02/09/2025

4 PENJURU FC JUARA PESTABOLA MERDEKA 9 SEBELAH PARLIMEN P.188 LAHAD DATU EDISI [ KASUMA 2025 ]

LAHAD DATU, 1 September 2025 | Isnin – Karnival Sukan Merdeka [KASUMA 2025] melabuhkan tirainya dengan penuh meriah melalui Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan PestaBola Merdeka 9 Sebelah yang berlangsung di Padang Bandaran Lahad Datu.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Sharif Musa bin Sharif Mabul, Pengerusi Penasihat Jawatankuasa Pusat Giat MARA Silam merangkap Ketua UMNO Bahagian Silam.

πŸ† Keputusan Rasmi Kejohanan :-

πŸ₯‡ Juara – 4 PENJIRU FC + RM4,000 + Medal.
πŸ₯ˆ Naib Juara – CMC FC + RM2,000 + Medal.
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – PAKATAN FC + RM1,000 + Medal.
πŸŽ–οΈ Tempat Keempat – ASR NAGAMAS CF + RM500 + Medal.

Al Fadil S Rahim bin Haji Abdul Rahman, Hyiem Asr Nagamas Vulcan Pengerusi Penganjur merangkap Presiden ASR Nagamas FC Lahad Datu berkata, Penganjuran ini mendapat sokongan penuh Persatuan Bola Sepak Daerah Lahad Datu, Team Pengadil SAFA LD, Team Teknikal dan Urusetia / AJK Pelaksana serta komuniti setempat. Sepanjang berlangsungnya kejohanan, sambutan hangat diterima daripada para penyokong yang hadir memberikan sorakan dan semangat kepada pasukan masing-masing.

Pihak Penganjur merakamkan Penghargaan Jutaan Terima Kasih serta Syabas dan Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding atas semangat kesukanan yang ditonjolkan, sekaligus menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan 2025 melalui aktiviti riadah dan kesukanan.

Semoga kejohanan seperti ini terus menjadi platform mempereratkan perpaduan, melahirkan bakat baharu bola sepak tempatan dan menyemarakkan lagi semangat merdeka dalam kalangan masyarakat Lahad Datu.

Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024 LAHAD DATU Update Info Lahad Datu Majlis Daerah Lahad Datu Persatuan Bola Sepak Sabah - SAFA. PakNgah Amirsham JKKK Kg Bakau Jaya Baru Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia Lahad Datu info, KELAB BOLA SEPAK MADAI Lahad Datu info. LDyou Utusan Borneo Online

Alhamdulillah Terima Kasih LAHAD DATU Update (y)                     ASR Nagamas FC Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Dat...
02/09/2025

Alhamdulillah Terima Kasih LAHAD DATU Update (y)

ASR Nagamas FC Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL SUKAN MERDEKA - KEJOHANAN PESTABOLA MERDEKA 9'S PARLIMEN P.188 LAHAD DATU [ KASUMA 202...
01/09/2025

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL SUKAN MERDEKA - KEJOHANAN PESTABOLA MERDEKA 9'S PARLIMEN P.188 LAHAD DATU [ KASUMA 2025 ]

LAHAD DATU, 1 September 2025 | Isnin – Karnival Sukan Merdeka Kejohanan Pestabola Merdeka 9’s Parlimen P.188 Lahad Datu (Kasuma 2025) melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Padang Bandaran Lahad Datu, selepas berlangsung selama 3 hari iaitu pada 23–24 Ogos dan 1 September 2025.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Haji Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.188 Lahad Datu.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Asr Nagamas Lahad Datu dengan pimpinan Pengerusi Penganjur merangkap Presiden Kelab, Al-Fadhil S. Rahim bin Haji Abdul Rahman.

Turut hadir Tuan Muhammad bin Haji Abdul Karim, Penaung Kelab Bola Sepak Asr Nagamas serta Tuan Haji Azmeer bin Samsuddin, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Lahad Datu serta Presiden Kelab-Kelab Bola Sepak di Daerah Lahad Datu.

Alhamdulillah Sepanjang kejohanan ini berlangsung, sambutan luar biasa daripada pengurus-pengurus pasukan, pemain, barisan pengadil bola sepak SAFA Lahad Datu yang mengadili sepanjang perlawanan, Team Urusetia /Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana, para penyokong serta pengunjung yang jelas membuktikan semangat kesukanan dan perpaduan masyarakat Lahad Datu terus utuh dan kukuh.

ASR Nagamas FC Hyiem Asr Nagamas Vulcan Presiden serta Pimpinan Jawatankuasa Kelab Bola Sepak Asr Nagamas Lahad Datu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sehingga kejohanan ini berjaya dilaksanakan dengan penuh gemilang.

Karnival Sukan Merdeka KASUMA 2025 bukan sekadar sebuah kejohanan, tetapi juga menjadi landasan mempererat silaturrahim, memupuk perpaduan santuni rakyat dan menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat setempat.

" BOLA SEPAK WADAH PERPADUAN MALAYSIA MADANI "

Selamat Hari Kebangsaan Ke-68 dan
Hari Sabah Tahun 2025

Persatuan Bola Sepak Lahad Datu -2024 PakNgah Amirsham Persatuan Bola Sepak Sabah - SAFA. Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia KELAB BOLA SEPAK MADAI Lahad Datu info. LAHAD DATU Update Lahad Datu info, Majlis Daerah Lahad Datu

Alhamdulillah Jutaan Terima Kasih LAHAD DATU Update  (y)Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia  ASR Nagamas FC LDyou JKKK Kg Baka...
25/08/2025

Alhamdulillah Jutaan Terima Kasih LAHAD DATU Update (y)

Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia
ASR Nagamas FC
LDyou JKKK Kg Bakau Jaya Baru

Alhamdulillah Jutaan Terima Kasih Lahad Datu info. (Y) (Y) (Y)
25/08/2025

Alhamdulillah Jutaan Terima Kasih Lahad Datu info. (Y) (Y) (Y)

Address

ASR NAGAMAS FC, MDLD 4616 , LOT15 , Jalan KEKWA
Lahad Datu Town
91100

Telephone

+601138106751

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASR Nagamas FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ASR Nagamas FC:

Share