Kelab Rakan Muda Bandar Labuan

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan No Pendaftaran - PPBM : KT8338/15/25
Akaun Rasmi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.

Aktivis Belia Rakan Muda yang berfokus pembangunan rakan muda berumur 15-30 tahun di WP Labuan.

🌟 AYUH WARGA LABUAN! 🌟Jangan lepaskan peluang untuk sertai program paling happening tahun ini! 🔥💃 AEROBICTHON 90 MINIT R...
28/05/2026

🌟 AYUH WARGA LABUAN! 🌟

Jangan lepaskan peluang untuk sertai program paling happening tahun ini! 🔥
💃 AEROBICTHON 90 MINIT RAKAN MUDA 🕺

🎶 Senam, hiburan & gaya hidup sihat dalam satu program yang penuh energi!
Sesuai untuk semua peringkat umur 😍

📍 Gelanggang Tenis, Kompleks Belia & Sukan WP Labuan
📅 14 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 7:30 Pagi

PENDAFTARAN DITUTUP PADA : 10 JUN 2026❗️❗️

🎁 Cabutan & hadiah menarik menanti anda!

🏆 Menariknya… hadiah wang tunai menanti pemenang!
✨ Individu Lelaki
✨ Individu Perempuan
✨ Kumpulan Bertanding

🔥 Jom challenge diri anda dan rasai kemeriahan bersama instructor terkenal Tony Kong!

📲 Tag member anda & daftar sekarang!
“Rakan Muda, Kekal Sihat, Ceria & Aktif!” 💪✨

_🔗 Link Pendaftaran:🔗_

Individu Terbuka:
https://forms.gle/1Ly2sy73E5taoptT8

Individu Bertanding:
-https://forms.gle/ku9UmnJxQ9QZscru5

Kategori Berkumpulan:
-https://forms.gle/2LTmM3LG6AktV9Ao8

BeliaLabuan

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat w...
26/05/2026

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Labuan.

Bagi kita generasi muda, Aidiladha adalah refleksi tentang erti pengorbanan yang sebenar sama ada dalam menuntut ilmu, menyumbang tenaga kepada komuniti, mahupun mendidik hati untuk sentiasa ikhlas dalam setiap tindakan.

Mengambil ibrah daripada ketabahan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, jom kita bawa semangat pengorbanan ini untuk terus memacu impak positif demi Wilayah Persekutuan Labuan yang tercinta.

Selamat Hari Raya Aidiladha, tulus ikhlas daripada kami di Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.

🕌🕋

🏆⚽️🔥 SATU MINGGU SATU SUKAN 🔥⚽️🏆Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) melalui portfol...
25/05/2026

🏆⚽️🔥 SATU MINGGU SATU SUKAN 🔥⚽️🏆

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) melalui portfolio Rakan Aktif telah menganjurkan aktiviti futsal bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan belia 💪⚽️

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kesukanan, malah memberi peluang kepada para belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat, bermanfaat dan penuh semangat berpasukan 🔥

Terima kasih kepada semua peserta, penyokong dan pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadap setiap aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.






BeliaAktif
YakinBoleh
Labuan

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan mengucapkan syabas kepada 4 orang wakil yang telah menyertai Kursus Pemimpin Baharu ARPRM...
25/05/2026

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan mengucapkan syabas kepada 4 orang wakil yang telah menyertai Kursus Pemimpin Baharu ARPRM Peringkat W.P. Labuan 2026 pada 19–21 Mei 2026 di Dewan Desa Tunas, W.P. Labuan.

Teruskan melangkah maju dalam melahirkan generasi pemimpin muda yang berkualiti dan berdaya saing!




15 - 17 MEI 2026: SELESAI TUGASAN DI KOTA BELUD 🏁Pada hujung minggu yang lalu, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah meng...
19/05/2026

15 - 17 MEI 2026: SELESAI TUGASAN DI KOTA BELUD 🏁

Pada hujung minggu yang lalu, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah menghantar dua orang wakil kelab untuk menyertai Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah ARPRM 2026 Peringkat W.P. Labuan bertempat di Dewan Masyarakat Kg. Tambatuon, Sabah.

Penyertaan mereka bukan sekadar memenuhi jemputan, tetapi satu usaha kelab untuk memastikan kepimpinan kita sentiasa relevan dan bertauliah mengikut standard kebangsaan. Semoga semangat yang dibawa pulang dari Kota Belud ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program hebat untuk belia di Labuan kelak.



🏸⚽🎯 SATU MINGGU SATU SUKAN🏐🏃‍♂️🏓Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) melalui portfol...
19/05/2026

🏸⚽🎯 SATU MINGGU SATU SUKAN🏐🏃‍♂️🏓

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) melalui portfolio Rakan Aktif telah menganjurkan program Satu Minggu Satu Sukan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan belia🔥

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memberi ruang kepada para belia melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat🤝

Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.






BeliaAktif
Labuan

📚✨ SELAMAT HARI GURU 2026✨📚*“Guru Bitara, Nadi Negara”*Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) ingin mengucapkan Selamat Ha...
16/05/2026

📚✨ SELAMAT HARI GURU 2026✨📚

*“Guru Bitara, Nadi Negara”*

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa ikhlas mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi masa depan generasi muda.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kesabaran yang tidak ternilai dalam membentuk anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.

Sesungguhnya, guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah menjadi inspirasi dan pencorak masa depan negara.

Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar pendidik 👩‍🏫👨‍🏫





✨SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026✨Walaupun tanggal 15 Mei telah berlalu, semangat belia akan terus mekar tanpa mengira wak...
16/05/2026

✨SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026✨

Walaupun tanggal 15 Mei telah berlalu, semangat belia akan terus mekar tanpa mengira waktu 💪🔥

Kelab Rakan Muda Bandar Labuan (RMK) ingin mengucapkan Selamat Hari Belia Negara kepada seluruh anak muda yang sentiasa berani mencuba, sanggup belajar dan terus membuktikan kemampuan diri demi masa depan yang lebih baik 🌟

Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi pencipta perubahan pada hari ini 🤝

Teruskan melangkah, berkarya dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

“Teach & Prove” belajar, tunjukkan kemampuan dan buktikan bahawa belia mampu membawa perubahan.






YakinBoleh

Address

Labuan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rakan Muda Bandar Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share