NADI Felda Inas Utara

NADI Felda Inas Utara Inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad & Nusuara Technologies Sdn. Bhd.

Mula beroperasi pada bulan Mei 2010. Pusat ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) @ Community Broadband Center (CBC) yang kemudiannya dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara. Selepas itu, nama PI1M bertukar kepada Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Inas Utara. Terkini nama PIK di tukar pula kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) F

elda Inas Utara. PEDi ini dilengkapi 20 buah komputer berinternet di ruang yang selesa & memiliki ruang bilik kelas dan latihan serta pelbagai servis perkhidmatan sampingan turut disediakan. Malah, terkini perkhidmatan tanpa wayar (Wifi) secara percuma. Bukan itu sahaja, pusat ini juga menawarkan kelas latihan IT (Asas Komputer & Internet) juga secara percuma. Sememngnya program-program ICT yang dianjurkan bersama komuniti untuk semua pelbagai lapisan masyarakat. Pusat Internet kini telah ditukar kepada Pusat Internet Komuniti. Waktu Operasi : 9.00 AM - 6.00 PM Setiap Hari
(Tutup pada Cuti Umum)

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan. Ini pencapaian yang cukup baik dalam tem...
06/02/2025

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.

Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Selain itu, liputan 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, memperkukuh lagi infrastruktur digital negara.

Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti, serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia.

Mesyuarat juga telah meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait halatuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.

Semoga segala usaha ini dipermudah.

Webinar NADI x Cybersecurity: Melindungi Perniagaan Anda!Jom sertai kami hari ini untuk mempelajari asas keselamatan sib...
18/01/2025

Webinar NADI x Cybersecurity: Melindungi Perniagaan Anda!

Jom sertai kami hari ini untuk mempelajari asas keselamatan siber yang penting bagi melindungi perniagaan anda daripada ancaman digital. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendalami ilmu yang dapat membantu perniagaan anda kekal selamat di era digital!

📅 Tarikh: 18 Januari 2025
🕒 Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
📍 Tonton di: FB Page NADI Official Malaysia

02/02/2023

*NOTIS PENUTUPAN PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) FELDA INAS UTARA* :

PEDi Felda Inas Utara ditutup sementara atas faktor masalah teknikal. Kami akan memaklumkan kemudian tarikh operasi semula setelah masalah teknikal selesai.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan petugas kami sepanjang waktu bekerja.

Mazliza (Maz)
- Isnin-Jumaat
(011-16617064)
Ruzaini (Jai)
- Sabtu-Rabu
(011-36876690)

Segala kesulitan amat kami kesali.

Sekian, untuk makluman.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...Kepada semua warga Felda Inas Utara & kawasan yang berhampiran. Hari ini sedang berla...
29/12/2022

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Kepada semua warga Felda Inas Utara & kawasan yang berhampiran. Hari ini sedang berlangsung Program Hari Kesihatan Komuniti di Bangunan GPW Felda Inas anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) kerjasama PEDi Felda Inas Utara sudah bermula pukul 10.00 pagi sehingga 3.30 petang.

Dijemput semua beramai-ramai untuk datang bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA!!!

Address

Kulai
81000KULAI,JOHOR.

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601116617064

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Inas Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Felda Inas Utara:

Share

Our Story

Mula beroperasi pada bulan Mei 2010. Pusat ini dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) @ Community Broadband Center (CBC) yang kemudiannya dikenali sekarang sebagai Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara. Namun yang terkini, hanya dipanggil Pusat Internet Felda Inas. PI ini dilengkapi 20 buah komputer berinternet di ruang yang selesa & memiliki ruang bilik kelas dan latihan serta pelbagai servis perkhidmatan sampingan turut disediakan. Malah, terkini perkhidmatan tanpa wayar (Wifi) secara percuma. Bukan itu sahaja, pusat ini juga menawarkan kelas latihan IT (Asas Komputer & Internet) juga secara percuma. Sememngnya program-program ICT yang dianjurkan bersama komuniti untuk semua pelbagai lapisan masyarakat.