21/08/2023
21 Ogos 2023.
Sesi Kunjungan Hormat PEWASA Kudat ke atas YB Ben Chong @ Chong Chen Bin, ADUN N4 Tg Kapor merangkap Ketua Bahagian PGRS N4 Tg Kapor.
Rombongan lawatan yang diketuai oleh Puan Hajah Sabtiah Hj Abd Majid selaku Pengerusi PEWASA Cawangan Kudat, diiringi oleh Timbalan Pengerusi, Puan Norasiah Hj Abd Salleh, Setiausaha, Puan Hajah Rozita Hj Budiman dan 7 orang AJK yang lain.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk sesi perkenalan AJK Pewasa dengan YB Ben Chong seterusnya memohon sumbangan untuk menghadiri program yang akan berlangsung di SICC Kota Kinabalu. Turut hadir bersama semasa kunjungan hormat ini adalah Timbalan Ketua Bahagian PGRS N4 Tg Kapor, Tuan Sulaiman Bakrin, Setiausaha Bahagian PGRS N4 Tg Kapor, Tuan Vijay Ragavan dan Ketua Biro Intra Parti Bahagian PGRS N4 Tg Kapor, Tuan Muari Munabi.
AJK PEWASA Kudat amat terharu dan berbesar hati terhadap layanan baik dan mesra YB Ben kepada semua AJK seterusnya telah memberi sumbangan yang amat besar kepada PEWASA Kudat.
Selain itu juga, YB Ben juga telah memberi beberapa idea dan saranan yang bernas kepada AJK PEWASA Kudat termasuklah memberi cadangan Agensi dan Individu yang boleh dihubungi oleh AJK PEWASA bagi membantu terutamanya dari segi dana dan latihan kursus dan sebagainya.
PEWASA Kudat amat menghargai tindakan dan keprihatinan YB Ben terhadap wanita daerah Kudat amnya, dan PEWASA Kudat khususnya. Semoga dengan sumbangan dan keprihatinan YB Ben, dapat mengembangkan dan mengaktifkan lagi PEWASA di daerah Kudat seterusnya dapat menghimpun lebih ramai wanita sekitar Kudat di dalam program-program yang akan dilaksanakan oleh PEWASA Kudat.
PEWASA Kudat akan sentiasa menyokong kepimpinan YB Ben dan sangat yakin kebajikan dan kesejahteraan warga Kudat akan terjamin di bawah pimpinan YB Ben Chong.