Dewan Muslimat PAS Kudat

Dewan Muslimat PAS Kudat >> ๐ƒ๐Œ๐๐Š๐Š

*ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู*๐ŸŒฟ *AHLAN WASAHLAN YA RABIโ€™UL AWWAL* ๐ŸŒฟBulan yang menyaksikan kelahiran kekasih Alla...
13/08/2026

*ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู*

๐ŸŒฟ *AHLAN WASAHLAN YA RABIโ€™UL AWWAL* ๐ŸŒฟ

Bulan yang menyaksikan kelahiran kekasih Allah SWT, penutup para Nabi ๏ทบ.

Marilah kita bersama-sama menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan *selawat, mengingati sirah Rasulullah ๏ทบ, serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda* dalam kehidupan seharian.

> *โ€œKelahiran Baginda SAW membuktikan kebaikan asal keturunannya. Alangkah bahagianya orang yang baik permulaan keturunannya (Adam AS) dan baik hujung keturunannya (Abdullah bin Abdul Muttalib).โ€*
> โ€” Qasidah Burdah oleh Imam Al-Busiri

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui amal, akhlak serta selawat yang berterusan. ๐Ÿค

*ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ*

๐ŸŒฟ *Ahlan Wasahlan Rabiโ€™ul Awwal* ๐ŸŒฟ

*DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN KUDAT*




Kesimpulan dari Ucapan Penangguhan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kudat ialah:Pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan wan...
02/08/2026

Kesimpulan dari Ucapan Penangguhan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kudat ialah:

Pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan wanita adalah kunci dalam melahirkan "Wanita Berkarisma Memimpin Perubahan". Muslimat perlu berdikari, berniaga secara halal, dan menjadi penggerak ekonomi ummah sebagaimana yang dicontohkan oleh Saidatina Khadijah RA.

Dengan cabaran kadar pengangguran di Sabah yang masih tinggi, Dewan Muslimat perlu lebih proaktif menyediakan latihan, bimbingan dan jaringan perniagaan agar lebih ramai wanita mampu berdaya saing.

Segala usaha ini mesti dipandu dengan syariat, integriti, semangat kerjasama dan ketakwaan. Dengan itu, ekonomi yang kita bina bukan sahaja menguntungkan, bahkan membawa keberkatan kepada keluarga, masyarakat dan perjuangan Islam.

Waallahualam. Sekian, terima kasih.



02/08/2026

Perikatan Nasional (PN) Sabah digesa menampilkan calon berwibawa, berintegriti dan berpengalaman bagi bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.



02/08/2026
[ ]Alhamdulillah.YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan turut hadir ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Kali Ke-3...
01/08/2026

[ ]

Alhamdulillah.

YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan turut hadir ke
Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri
Sabah Kali Ke-36, juga beliau merasmikan sekaligus
program tersebut.

Kehadiran YB memberi suntikan semangat kepada
seluruh Muslimat yang hadir.



ALHAMDULILLAHMuslimat PAS Kawasan Kudat telah hadir keMUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH KALI KE-361 Ogos ...
01/08/2026

ALHAMDULILLAH

Muslimat PAS Kawasan Kudat telah hadir ke
MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH KALI KE-36

1 Ogos 2026 bersamaan 17 Safar 1448H
Kunak, Sabah
Tema: Wanita Berkarisma, Memimpin Perubahan




INSYAALLAH DMPK KUDAT, AKAN HADIR! ๐Ÿค๐Ÿ’šMuktamar Tahunan DMPNS kali ke-36 pada 1ogos2026 bertempat di Kunak.
25/07/2026

INSYAALLAH DMPK KUDAT, AKAN HADIR! ๐Ÿค๐Ÿ’š
Muktamar Tahunan DMPNS kali ke-36 pada 1ogos2026 bertempat di Kunak.


Assalamualaikum w.b.t*INFAK MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH*Dengan penuh hormat kami memohon sumbangan ikhlas d...
24/07/2026

Assalamualaikum w.b.t

*INFAK MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH*

Dengan penuh hormat kami memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi membantu menjayakan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

Semoga keprihatinan dan kemurahan hati tuan puan, dapat melancarkan dan meringankan beban untuk tampung kos perbelanjaan program tersebut

Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan tersebut bolehlah disalurkan ke akaun berikut:

๐Ÿ“10025010041509
๐Ÿ›Bank Islam
๐Ÿ“ŒDewan Muslimat PAS Negeri Sabah

๐Ÿ–Š Rujukan : Infak Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada pautan whatsapp berikut:

๐Ÿง• Nursakina Adama
http://www.wasap.my/601116993473

Marilah sama-sama kita berkongsi rezeki sebagai mana pengajaran daripada sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah

"Sedekah tidak akan mengurangi harta.Tidaklh Allah menambah kepada seseorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklh sesorang merendahkan diri karena Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya". (HR Muslim No 2588)

Barakallahulakum.

[ ] ๐ŸŒ™ JOM PUASA HARI TASU'A & ASYURA ๐ŸŒ™Jangan lepaskan peluang setahun sekali ini untuk merebut ganjaran pahala di bulan ...
24/06/2026

[ ]

๐ŸŒ™ JOM PUASA HARI TASU'A & ASYURA ๐ŸŒ™

Jangan lepaskan peluang setahun sekali ini untuk merebut ganjaran pahala di bulan Muharam ๐Ÿค

๐Ÿ—“ Puasa Tasu'a
๐Ÿ“ Khamis | 25 Jun 2026

๐Ÿ—“ Puasa Asyura
๐Ÿ“ Jumaat | 26 Jun 2026

Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasa pada hari Asyura, sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Mari sama-sama hidupkan sunnah dan ajak keluarga, sahabat serta kenalan untuk beramal bersama.

โœจ Jangan sekadar baca, terus niat dan sebarkan ๐Ÿ˜Š .



[ ]Tarikh: 20 Jun 2026 / SabtuTempat: Hotel Friendly TownAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Mesyuarat Agung Tahunan (...
20/06/2026

[ ]

Tarikh: 20 Jun 2026 / Sabtu
Tempat: Hotel Friendly Town

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Muslimat PAS Kawasan Kudat Kali Ke-3 bagi sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa DMPK Kudat atas segala kerjasama, komitmen, tenaga dan pengorbanan dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama seluruh saf Muslimat.

Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan gerak kerja dakwah serta perjuangan Islam sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

โ€œMemantapkan Saf, Memperkasa Gerak Kerjaโ€ โœจ



Address

Kudat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share