PAPISMA Sarawak

PAPISMA Sarawak PAPISMA Sarawak adalah sebuah NGO perubatan yang juga dikenali sebagai Pertubuhan Pengamal Perubatan Ibnu Sina Malaysia untuk cawangan Sarawak

✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨Daripada seluruh warga PAPISMA SarawakAidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan ke...
27/05/2026

✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨

Daripada seluruh warga PAPISMA Sarawak

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi untuk kita terus berbakti kepada agama, masyarakat dan ummah.

Allah SWT berfirman:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain daripada menumpahkan darah (ibadah korban).”
— Riwayat Tirmizi

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta mengeratkan ukhuwah, kasih sayang dan semangat membantu golongan yang memerlukan.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha
🕋 Maaf Zahir & Batin
🤍 “Pengorbanan Membina Kemanusiaan”

🌿 Selamat Hari Jururawat 2026 🌿“𝗢𝘂𝗿 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀. 𝗢𝘂𝗿 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲. 𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗲𝗱 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀 𝗦𝗮𝘃𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲𝘀”Tema Hari Jururawat 2026 menzahirkan...
12/05/2026

🌿 Selamat Hari Jururawat 2026 🌿

“𝗢𝘂𝗿 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀. 𝗢𝘂𝗿 𝗙𝘂𝘁𝘂𝗿𝗲. 𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗲𝗱 𝗡𝘂𝗿𝘀𝗲𝘀 𝗦𝗮𝘃𝗲 𝗟𝗶𝘃𝗲𝘀”

Tema Hari Jururawat 2026 menzahirkan penghargaan terhadap peranan besar jururawat sebagai tunjang utama sistem kesihatan negara. Jururawat bukan sekadar petugas kesihatan, bahkan insan yang membawa harapan, ketenangan dan kekuatan kepada pesakit dalam setiap detik perjuangan mereka.

“Empowered Nurses Save Lives” membawa maksud bahawa jururawat yang diperkasa dengan ilmu, kemahiran, sokongan emosi dan persekitaran kerja yang baik mampu memberikan rawatan yang lebih berkualiti, selamat dan berkesan demi kesejahteraan masyarakat.

Di sebalik setiap rawatan, terdapat pengorbanan.
Di sebalik setiap senyuman pesakit, ada keikhlasan seorang jururawat.

✨ Terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas jasa, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai dalam menjaga amanah kesihatan ummah.

Semoga profesion kejururawatan terus dimuliakan, diperkasakan dan menjadi asbab kebaikan dunia serta akhirat.

PAPISMA Sarawak

MEDICAL STANDBY : PROGRAM KEJOHANAN BOLA SEPAK BOLA JARING PASTI KAWASAN KOTA SAMARAHANHari ini PAPISMA Sarawak mendapat...
09/05/2026

MEDICAL STANDBY : PROGRAM KEJOHANAN BOLA SEPAK BOLA JARING PASTI KAWASAN KOTA SAMARAHAN

Hari ini PAPISMA Sarawak mendapat jemputan daripada PASTI Kawasan Kota Samarahan bagi membantu program berjalan dengan lancar.

Dr Najwa merangkap Setiausaha PAPISMA Sarawak turun padang sebagai medical standby mewakili team PAPISMA.

Program yang meriah dan bersemangat ini sangat penting untuk pasukan perubatan bersedia terutama jika ada masalah kesihatan yang “emergency”.

Walaubagaimanapun alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan penuh dengan semangat persahabatan.

Moga program ini dapat merapatkan ukhwah persaudaraan, memupuk minat bersukan dan yang paling penting dapat manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

PAPISMA Sarawak

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Dalam keheningan takbir yang bergema, hadirnya Syawal membawa seribu makna tentang pengo...
20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Dalam keheningan takbir yang bergema, hadirnya Syawal membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan, kehambaan dan kasih sesama insan.

PAPISMA Sarawak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli PAPISMA baik di Sarawak ataupun dimana-mana anda berada.

Di sebalik senyuman dan kemeriahan, marilah kita terus memaknai Aidilfitri dengan memperkukuhkan ukhuwah, menyantuni yang memerlukan, dan mengekalkan semangat memberi tanpa henti.

Semoga setiap amal dan pengorbanan sepanjang Ramadan diterima serta menjadi asbab keberkatan dalam kehidupan kita semua.

‎رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا فِى رَمَضَان وَقِيَامَنَا وَرُكُوْعَنَا وَسُجُوْدَنَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحمِين

“Wahai Tuhan kami terimalah puasa kami dalam bulan Ramadan, solat kami, rukuk kami, sujud kami, Dengan rahmat-Mu wahai Dzat yang paling mengasihi di antara orang-orang yang mengasihi.”

Ikhlas daripada,
PAPISMA Sarawak

IFTAR JAMAIE PAPISMA SARAWAKAlhamdulillah, acara tahunan iaitu Iftar Jamaie dapat dilaksanakan pada Ramadan kali ini di ...
10/03/2026

IFTAR JAMAIE PAPISMA SARAWAK

Alhamdulillah, acara tahunan iaitu Iftar Jamaie dapat dilaksanakan pada Ramadan kali ini di E’nang Sari, Kota Samarahan.

Program ini sangat penting untuk menautkan ukhwah keluarga kecil PAPISMA Sarawak yang berada berjauhan.

Moga program ini memberi manfaat kepada ahli dan PAPISMA Sarawak.

HEALTH TALK (RAMADAN) : SRIITIZ MIRITanggal 8 Februari 2026, alhamdulillah wakil PAPISMA Sarawak, Dr Muhammad Bin Aziz, ...
08/02/2026

HEALTH TALK (RAMADAN) : SRIITIZ MIRI

Tanggal 8 Februari 2026, alhamdulillah wakil PAPISMA Sarawak, Dr Muhammad Bin Aziz, pegawai perubatan Miri dijemput memberi topik penting kepada guru-guru Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Miri (SRIITIZ Miri).

Banyak nasihat dan tips kesihatan dikongsikan untuk persediaan bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi.

Ahlan ya Ramadan

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Sya’ban dan Kau pertemukan kami dengan bulan Ramadan”.

PAPISMA Sarawak

ZIARAH KEBAJIKAN DI SEBUYAUHari ini lajnah DAKAP(Dana Kemanusiaan PAPISMA) PAPISMA Sarawak turun berjumpa dengan masyara...
24/01/2026

ZIARAH KEBAJIKAN DI SEBUYAU

Hari ini lajnah DAKAP(Dana Kemanusiaan PAPISMA) PAPISMA Sarawak turun berjumpa dengan masyarakat Sebuyau.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah peribahasa yang sesuai apabila melihat keadaan sesetengah masyarakat yang kurang bernasib baik dari segi nikmat kesihatan dan ekonomi.

Lajnah DAKAP diwakili oleh pengerusi PAPISMA sendiri hari ini cuba menyampaikan sedikit bantuan kepada keluarga² yang terlibat dari segi barang² keperluan dan juga nasihat kesihatan.

Moga usaha ini dapat menyuburkan sikap bantu-membantu antara kita serta cakna dengan masyarakat sekeliling.

PAPISMA Sarawak

SELAMAT MAJU JAYA Selamat maju jaya PAPISMA Sarawak ucapkan kepada Puan Syahirah yang akan berpindah ke Semenanjung bagi...
18/01/2026

SELAMAT MAJU JAYA

Selamat maju jaya PAPISMA Sarawak ucapkan kepada Puan Syahirah yang akan berpindah ke Semenanjung bagi menyambung pengajian PHD. Pengerusi PAPISMA Sarawak, Dr Shazrina mewakili PAPISMA Sarawak menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan di Airport Kuching pagi ini sebelum beliau bertolak ke destinasi.

Untuk pengetahuan, Pn Syahirah merupanya MT PAPISMA Sarawak yang memegang jawatan Bendahari dan Dana Kemanusiaan PAPISMA (DAKAP) PAPISMA Sarawak sesi 2025-2027.

Selamat maju jaya dan terima kasih atas jasa serta bakti kepada PAPISMA Sarawak.

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KAMPUNG IBAN SIOL KANDISAlhamdulillah PAPISMA Sarawak dijemput bagi menjalankan pemeriksaan kes...
18/12/2025

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KAMPUNG IBAN SIOL KANDIS

Alhamdulillah PAPISMA Sarawak dijemput bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan bersama penduduk Iban Siol Kandis. Suasana sangat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik oleh orang kampung dan pihak penganjur.

Beberapa aktivitis PAPISMA Sarawak turut serta bagi membantu untuk slot kesihatan dalam masa yang sama memeriahkan lagi suasana program.

PAPISMA Sarawak komited dalam melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan juga kesedaran tentang penjagaan kesihatan untuk masyarakat Sarawak khususnya.

Moga tahap kesedaran tentang kesihatan masyarakat kita semakin bertambah.

PAPISMA Sarawak

*HARI AIDS SEDUNIA*Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS y...
01/12/2025

*HARI AIDS SEDUNIA*

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV.

Peringatan ini penting direalisasikan memandangkan HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyerang sel darah putih dalam tubuh (limfosit) serta boleh mengakibatkan turunnya kekebalan tubuh manusia. Oleh itu, pelbagai penyakit mudah memasuki tubuh dan sukar untuk disembuhkan. Untuk mudah faham, HIV merupakan virus yang menyerang sistem imun, manakala AIDS atau Acquired Immune Deficiency Syndrome p**a merupakan tahap paling serius jangkitan HIV sekiranya tidak dirawat.

Beberapa pakar ilmuan, doktor, termasuk agamawan telah memberikan segala upaya dalam rangka mencegah penyebaran HIV/AIDS ini. Hal ini memberikan kesan bahawa seharusnya kita semua bekerjasama dalam memberantas penyakit HIV ini daripada tular.

Asalnya penyakit ini tidak pernah dikenali oleh generasi terdahulu, namun ia mula dikesan apabila pengambilan dadah berleluasa dan merebak melalui perkongsian jarum suntikan oleh para penagih. Pada zaman ini, gejala penularan virus HIV dan penyakit AIDS terus meningkat disebabkan perlakuan maksiat seperti seks bebas, hubungan songsang dan luar tabi’i.

Benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 41: yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan pesakit HIV/AIDS ini dihidapi bukan disebabkan maksiat dan juga perbuatan terkutuk. Bagi golongan penghidap virus HIV dan penyakit AIDS, jika ia berpunca daripada kesilapan lalu, ketahuilah bahawa Allah SWT sentiasa membuka pintu taubatNya dan menawarkan keampunan kepada hamba-hambaNya yang menyesal dan insaf.

Manakala bagi mereka yang menjadi mangsa akibat jangkitan, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan redha serta terus berikhtiar menjalani rawatan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan memelihara zuriat keturunan kita daripada penyakit berbahaya ini.

Berikan penerangan, sebarkan peringatan, luaskan kesedaran, bantu mereka, dan kita sama-sama berganding bahu mewujudkan dunia yang boleh memberi harapan kepada pesakit HIV/AIDS dan juga agen yang boleh mencegah perbuatan² yang menyumbang kepada penularan penyakit.

Jom sama-sama cegah penularan HIV/AIDS!

PAPISMA Sarawak

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAPISMA Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share